Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum guys :) Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014 29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014 Jom Support Kisahsidairy.com

Kerana Dia Istimewa Bagiku 8

Bab 8 “N ah ni upah kau. Aku nak kau siasat apa Azrie dengan Ariff buat kat PD tu. Kalau boleh aku nak kau tangkap gambar dia orang sekali. Lepas tu kau sms atau whatsapp aku alamat shalet dia orang. Jelas? Kalau tak ada apa-apa hasil, kau kena pulang balik duit aku tu...” Ujar Aida sambil menghulurkan sampul duit yang berjumlah RM 20,000 kepada Hadi. “Ni Hadilah wei. Aku takkan kecewakan sesiapa. Kerja aku sebelum ni semua orang puas hati.” Jawab Hadi sambil tersenyum sinis. “Bagus. Aku harap macam tulah.” “Kenapa kau suka sangat kat Azrie tu hah? Apalah sangat yang dia ada sampai kau tergila-gila kat dia. Aku yang lagi handsome tambah macho ni kau tak nak...” Ujar Hadi lalu memegang tangan Aida. Aida pantas menarik tangannya. “Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa? Dahlah aku malas nak layan kau! Aku akan pastikan kau siasat Azrie. Kalau tak aku saman kau. Bapak aku kaya, kau jangan main-main dengan aku ehh...” Balas Aida sinis. “Okey cik Aida...” Sepanjang b...

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Assalamulaikum guys ! Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 11/11 Lazada Malaysia (link) Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih . 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Resepi Fruit Koktail

Assalamualaikum...   Bahan-Bahan :   1 tin susu cair. 3 tin air.    2 sudu besar tepung kastard. 2 sudu besar tepung jagung.  1/2 tin gula. secubit garam. buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. Untuk makluman guna buah sahaja yer :)   nata de coco - sejatkan airnya. sumi jelly. buah-buahan segar. Cara-cara penyediaan :   Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak. Angkat periuk daripada dapur. Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll. Letakkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati okey^^      

Resepi Coconut Shake

Assalamualaikum !    Tengok gambar ni meleleh air liuk den ~ Haha Bahan-Bahan Coconut Shake : (5 orang minum) - 1 biji kelapa muda (ambil air dan isinya)  - susu cair (ikut suke, dan kemanisan)  - aiskrim perasa vanila  - ais kiub  - sedikit gula pasir Penyediaan Coconut Shake - blan isi kelapa dan airnya sampai hancur. - masukkan susu cair dan gula pasir dan blan lagi.  - letak ais kiub dalam cawan dan tuangkan bahan yang telah diblan.  - letakkan aiskrim di atasnya. 

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum guys...   Bahan-Bahan Nasi Goreng Kampung : 1 pinggan nasi putih 10 ekor ikan bilis 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 5 batang cili padi ( bagi yang gemar pedas ) 1 inci belacan 1 biji telur serbuk lada hitam secubit garam ( secukup rasa ) 2 batang sayur kangkung 4 ekor udang ( dibersihkan dan dibuang kulitnya ) nak gantikan dengan hirisan ayam pun boleh je    Cara Buat Nasi Goreng Kampung :   1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan dan garam ( tidak perlu begitu halus ) 2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing. 3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau. 4.Masukkan udang dan sotong , goreng sehingga masak. 5.Masukkan telur, kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan. 6.Masukkan sayur kangkung, kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.   Selamat mencuba ! Senang je ni... Hehe xx ...

Resepi Ais Krim Biskut Oreo ( Home made )

Assalamualaikum...   Bahan-Bahan : 1 tin susu cair 1 tin atau 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar esen vanilla 1 atau 2 sudu besar ovalette Sebungkus biskut Oreo Coklat rise untuk topping - Tak nak letak pun takpe Cara Membuat Ais Krim Oreo 1) Pertama sekali anda ambil semua bahan di atas dan hancurkan. Tidak kisah sama ada nak menumbuknya ke atau apa-apa pun. 2) Disyorkan korang blender je lagi senang. Tapi jangan blender coklat rise sekali sebab coklat nie nak letak atas ais krim tue. Kalau tak nak letak pun takpe. 3) Blender sehingga semuanya sebati dan nampak macam aiskrim, tapi tak sepenuhnya menjadi aiskrim lagi sebab masih tak sejuk. 4) Dah blender dan gaul sebati semuanya masukkan ke dalam peti sejuk. 5) Biarkan semalaman. Siap dimakan :) Selamat mencuba! Dah jadi aiskrim good job sebab Ira sendiri dah banyak kali buat aiskrim home made ni. Serius menjadi. Cubalah :) *Baru renew post

Resepi Kari Daging Roti Jala

Assalamualaikum guys...   Bahan-Bahan : (Anggaran 10-15 orang)   1 ½ kg daging  125 ml minyak 5 labu bawang – di cincang halus  12 ulas bawang putih – di cincang halus 2 kuntum bunga lawang  2.5 cm kulit kayu manis  4 biji buah pelaga (ambil bijinya) 4 tangkai daun kari  70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes  1liter santan cair 500 ml santan pekat - 3 biji ubi kentang besar (di kupas dan di hiris kasar)  Garam secukupnya    Cara Menyediakan Kari Daging Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.  Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.  Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. Campurkan daging d...

Resepi Jus Tembikai Shake

Assalamualaikum cute...   Tengok apa tu? Jus Tembikai Shake lah. Malam ni Ira rajin cari resepi kat google then share terus kat korang. Kalaulah Ira ada rezeki lebih, boleh buat! Hihi sedap weh kalau minum panas-panas. Meleleh air liur ni den ni. Haha. Bahan-Bahan : 2 potong tembikai merah 3 cawan air 1 cawan susu segar 3 sudu besar gula     * mengikut kesesuaian tembikai jikalau tembikai yang dibeli tu kurang manis     * boleh diletakkan sehingga 3 sudu, tetapi jika tembikai itu sudah manis cukup saja       1sudu.  2 cawan ais  secubit garam Ais kiub (sebagai pelengkap kesejukan :))    *terpulang kepada individu untuk meletakkan Ais kiub ini.   Caranya: Potong buah tembikai halus-halus.   Letakkan gula, garam, susu segar, air, 2 cawan ais dan 2 potong tembikai merah di dalam blender.   Blend kesemua bahan di atas se...

Resepi Kek Coklat Moist

Assalamualaikum readers yang cute !   Cair tak tengok kek ni? Haha Ira tengok pun dah cair apa lagi korang kan. Korang pernah buat tak? Kalau tak pernah jom ikut tutorial Ira ni haa. Memandangkan blog lama dah tak boleh bukak en.   Bahan-Bahan : Bahan-Bahan yang Diayak : 1 1/1 cawan tepung gandum  3/4 cawan serbuk koko 1 sudu kecik baking powder  1/2 sudu soda bikarbonat  3 biji  telur bersaiz AA@A pun boleh  1 1/2 gula halus 3/4 cawan susu pekat   1 sudu besar ovalett   1 cawan minyak sayur-sayuran (jagung,canola,bunga matahari)  1 1/4 cawan air panas mendidih Cara-Cara :  Putar gula,telur dan ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed)  Masukkan susu pekat .   Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis.  Masukkan minyak putar sehingga sebati. Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau ...

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum guys . Apa cerita? Sihat? Ok kalau macam tu Ira nak share dengan korang tentang kek yang paling famous kat Malaysia ni. Kek apa ek? Of course lah kek batik! Kalau korang nak tau, Ira pun pernah buat sendiri kek ni tau. Senang jek. Tapi bukan buat sorang, mak Ira yang ajarkan. Menjadi pulak tuu ! Hee   Bahan-Bahan : Milo ( 1 cawan) Serbuk koko 3 sudu makan Buttercup 250g Telur 2 biji Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g Susu pekat manis 1/2 tin Air putih 1/2 cawan  Cara Menyediakannya: - Ambil periuk,masukkan ke semua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati -Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus. -Masukkan buttercup hingga cair.    -Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (Ira guna tupperware atau loyang) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan. -Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan de...

Harapan !

Assalamualaikum readers ! Harapan ? Apa tu harapan ? Ira pun sebenarnya tak tahu sangat maksud dia apa. Tahun ni harapan Ira nak berjaya dalam PT 3 and then... Jadi penulis novel ! Yalah Ira dah hantar semua manuskrip Ira (Yang Diari Cinta Eryna tu) kat penerbit kaki novel. Ira harap novel Ira diterbitkan lah . Hmm sebabnya... Ira teringin sangat nak jadi penulis. Satu hari nanti harapan Ira nak banggakan keluarga Ira dengan bakat Ira ni. Tak semestinya bijak dalam akademik kan  Tapi susahlah. Huh! Korang nak tahu tak macam mana Ira hantar manuskrip novel tu ? Haa nak dengar tak ? Hehe... Ira hantar guna email je . Senang sikit dari susah payah nak pergi tempat tu . Dahlah jauh... Kalau dekat takpelah jugak . So korang doakan lah Ira ehh... Semoga cita-cita Ira nak jadi penulis novel ni tercapai jugak. Lagi satu PT 3 . Sape yang lahir kat batch 99' ni kita senasib sebabnya kena hadap PBS, folio , kajian kes , pelbagai ujian and last PT 3 . Ya Allah... Hanya Allah swt je tahu ...

Kerana Dia Istimewa Bagiku 7

Bab 7 T engku Syahril mundar-mandir di depan pintu pejabatnya. Menurut setiusahanya tadi, pengurus jualan di syarikatnya telah lama menghilangkan dirinya tanpa sebab. Dia buntu sama ada dia mahu menghubungi anak lelakinya, Azrie atau tak. Tapi sebagai seorang bapa, takkan dia nak ganggu percutian anaknya di Port Dickson itu? Nanti apa kata Azrie pulak? Nak tak nak, dia harus menghubungi anaknya juga. Kalau tidak, dia boleh jadi bankrup. Tengku Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menekan nombor Azrie. “Assalamualaikum papa, ada apa call Azrie pagi-pagi ni? Selalu papa kan sibuk waktu macam ni...” Ujar Azrie di dalam talian. “Waalaikumussalam. Azrie, dengar dulu apa yang papa nak cakap ni.” Balas Tengku Syahril serius sekali. “Okey.” Jawab Azrie pendek. “Papa nak Azrie jadi pengurus jualan di syarikat papa lepas Azrie balik dari PD. Please, papa harap sangat Azrie dapat beri komitmen kerana Encik Azhar sudah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dihubung...