Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 19

Bab 19
“Kenapa dengan semua orang ni? Pandang Azrie semacam aje...” Soal Azrie setelah turun ke ruang tamu. Dia hairan mengapa semua orang memandang sinis terhadapnya. Dia ada buat kesalahan besar ke?

Tengku Syahril yang sedang sibuk melayan Candy Crush itu lantas bersuara, “Kamu tak buat salah tapi...”

“Abang buat salah kat mama!” Jawab Azirah lalu menyambung semula menyiapkan kerja rumahnya kerana Azrie memberi isyarat ‘diam’. Itulah Azirah. Bila abangnya ada sikit masalah, adik perempuannya itu suka sangat menyampuk tak tentu pasal.

“Dengar sini Azrie, mama dengan papa dah plan nak tunangkan kamu dengan perempuan pilihan mama bulan depan. Atau lepas kamu konvo nanti. Tengoklah macam mana nanti. Mama tak kira kamu setuju atau tak.” Desak Puan Syazira.

“No mama. Takkan Azrie nak kahwin perempuan yang Azrie langsung tak suka? Cuba mama bagitahu siapa calon isteri Azrie tu? Kan senang. Takdelah Azrie tertanya-tanya macam sekarang ni. Buat masa ni, Azrie tak nak kahwin kecuali...”

“Kecuali apa? Nak tak nak, kamu kena terima jugak. Sebab ini soal masa depan kamu. Takkanlah kami nak tengok kamu jadi bujang tua nanti? Malu dengan keturunan kita tau tak, tengok kamu membujang sampai tua...” Bidas Puan Syazira.

“Okey sebelum tu mama kena bagitahu siapa calon isteri Azrie yang ‘bertuah’ tu. Kalau tak, sampai mati Azrie tak nak kahwin...”

“Mesti kak Aida kan ma...!” Jawab Azirah sambil tersengih.

“Pandailah kau punya kak Aida. Abang dah lama putus dengan dia. Kau jangan sibuk-sibuk nak contact dia pulak...” Marah Azrie lalu menarik perlahan rambut Azirah yang sudah panjang parat bahu itu.

“Lahh kenapa putus pulak bang? Kesian dia... Zira suka sangat tengok dia dengan abang. Sweet gitu!”

“Sweet apanya? Dia tu dahlah talam dua muka! Depan abang dia baik, belakang abang? Hati macam sampah!” Getus Azrie.

 “Sudahlah Azrie, Zira... Mama tengah discuss dengan abang kamu, kamu pulak yang menyampuk. Cuba diam sikit? Macam mana nak fokus belajar kalau asyik sibuk hal orang je. Haa Zira?” Tegur Puan Syazira pada Azirah.

“Maafkan Zira ma. Zira cuma nak happy kan abang je. Sebab Zira tengok abang sekarang ni asyik bad mood je.”

“Dah tu? Pergi masuk bilik sana. Fokus untuk spm kamu tahun ni. Kalau nak happy kan pun, tengok pada tempatlah nak...”

“Dengar tu Zira? Jangan nak sibuk hal abang je! Shuh Shuh...” Getus Azrie sambil menghalau Azirah manja.

“Isy abang ni. Halau Zira, macam halau kucing aje. Yelah Zira nak fokuslah ni...” Dengus Azirah lalu mendaki tangga untuk masuk ke biliknya.

Azrie pandang muka Azirah berubah kelat apabila ditegur oleh Puan Syazira. Padan muka kau dik... Menyibuk lagi hal orang, kan dah kena! Hahaha...

“Kamu betul-betul nak tahu kan siapa bakal isteri kamu tu nanti?” Gumam Puan Syazira.
“Of courselah mama...” Balas Azrie.

“Insya-Allah dia akan selalu berada dekat dengan kamu nanti. Dia seorang yang susah untuk menyayangi seseorang tapi percayalah bila dengan kamu, perangai dia akan berubah 100 peratus.” Ujar Puan Syazira cuba menghuraikan ciri-ciri menantu pilihannya.

“Syazira, Syazira... Awak cakap macam awak seorang pakar psikologi pulak.” Usik Tengku Syahril.
“Tulah, mama ni... Berteka-teki pulak dengan Azrie. Tapi seronoklah pulak dengar ciri-ciri dia. Ceritalah lagi. Hehe”

“Mama yakin sangat, dia jodoh kamu. Sebabnya mama dah boleh lihat chemistry antara kamu berdua. Dia sesuai sangat dengan kamu, Azrie... Orangnya cantik, sopan-santun... Baik pulak tu.”

“Agaknya siapalah yang mama cakapkan tu. Takkan Aida pulak? Isy meremang bulu roma aku! Mama mana suka dia. Aida memang cantik tapi perangai dia, takdelah macam tu.” Desis Azrie dalam hati.

“Dah boleh bayangkan dah siapa perempuan yang mama maksud kan tu?”

“Entah-entah... Fareen Nuralisa! Ya, aku dah boleh nampak yang mama mula sukakan Fareen. Harap-haraplah betullah tekaan aku ni.” Jawab Azrie di dalam hati.

“Mama rasa kamu memang dah tau siapa orangnya kan? Tiba-tiba mama tengok kamu senyum sorang-sorang ni...”

“Insya-Allah dia, ma...” Getus Azrie.

Azrie tersenyum sambil membetulkan rambutnya yang diperangkan sedikit itu. Aku harap sangat memang dia. Sebab hari tu mungkin mama saja nak uji aku. Mulai hari ni aku akan selalu pergi butik mama. Aku dapat rasakan yang Fareen kerja kat situ. Amin, desis Azrie.


Comments

Puteri Kenari said…
macam best cerita ni.Ada masa nanti akak baca.

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...