Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 17



 Bab 17
Dah dua minggu Fareen dan juga Balqish bekerja di restoran mewah yang setiap hari penuh dengan pelanggan tetap. Menurut Encik Fuad, restoran ini berdekatan dengan hotel yang mereka tinggal dan apabila pagi, mereka terus ke restoran ini. Sebab itulah setiap hari Fareen menjerit sekuat hatinya memanggil nama Balqish untuk bangun pergi kerja bersama. Kalau tidak, alamatnya balik kampunglah...

“Awak berdua kerja kat sini ke?” Soal Puan Syazira pada Fareen yang sedang sibuk mengambil pesanan manakala Balqish membancuh air di dapur.

“Haah puan... Dia orang berdua ni memang pekerja yang bagus dan setia dengan saya.” Jawab Encik Fuad dari belakang.

“Lahh Fuad, kenapa awak tak bagitahu saya yang Fareen dengan Balqish kerja kat sini... Kalau tidak, tentu saya dah ambik dia orang bekerja di butik saya.” Ujar Puan Syazira.

“Eh puan kenal dia orang ni ke?” Tanya Encik Fuad sambil menggaru kepalanya.

“Ye saya dah lama kenal dia orang.” Getus Puan Syazira lalu membuka kaca mata hitamnya dan menyimpannya di dalam beg tangan Guessnya.

“Reen, Aqish!!! Puan Syazira arahkan kamu berdua duduk semeja dengannya.” Laung Encik Fuad tegas suaranya sampai satu dapur mendengarnya.

“Ada apa puan panggil kita orang ni...” Kata Balqish lalu melabuhkan punggungnya di depan Puan Syazira. Kali ni Balqish membahasakan diri wanita di depannya ini dengan panggilan ‘Puan’ kerana dia tahu mungkin wanita ini dari golongan VIP bak kata Fareen.

“Saya nak salah seorang dari kamu berdua kerja kat butik saya. Kalau dua-dua nak pun boleh...” Getus Puan Syazira membuatkan Fareen tersedak.

“Kenapa Fareen? Tak sedap ke jus oren tu?” Kata Puan Syazira sambil mengusap belakang bahu Fareen.

“Takdelah puan, saya cuma tersedak sikit je tadi.” Jawab Fareen.

“Macam mana dengan tawaran saya tadi, setuju? Haa kamu berdua selesa tak tinggal kat apartment tu? Kalau tak selesa, saya boleh belikan kamu rumah yang lain...”

“Takpe puan, saya selesa sangat tinggal kat situ.” Balas Fareen sambil tersenyum manis.

“Apa kata kau je yang terima tawaran Puan Syazira tu? Aku tak nak sebab aku tetap nak kerja kat sini sebagai pembancuh air. Kau jelah yang kerja kat butik eh...” Bisik Balqish di telinga Fareen.

“Okey kalau itu yang kau nak. Kau memang tak suka aku kerja kat sini kan.” Ujar Fareen lantas dia terpaksa terima tawaran Puan Syazira.

“Wei, bukan tu maksud aku. Tapi...” Belum sempat Balqish meneruskan kata-katanya, Fareen pantas mengatur langkah keluar dari restoran itu dengan air mata.

“Aku tau Qish, kau memang dah tak suka aku kat sini.” Desis Fareen di dalam hati sambil mengesat air matanya.

Setelah masuk ke dalam butik milik Puan Syazira, Fareen terpesona melihat baju-baju yang tergantung kemas di dalam rak. Kemudian dia terkejut melihat gambar keluarga Puan Syazira yang terletak betul-betul di atas rak baju itu. “Macam kenal dia tu...” Desis Fareen lalu mendekati gambar itu.

“Kenapa asyik tengok gambar lelaki tu je? Suka?” Tanya Puan Syazira sambil tangannya memeluk bahu Fareen.

“Memang sah ni dia...” Detik Fareen.

“Err, takdelah puan. Saya cuma tengok je. Puan, boleh saya tau, siapa dia ni?” Soal Fareen.
“Nama dia Azrie Haikal, dialah satu-satunya anak lelaki saya. Jom ikut saya pergi pejabat kat atas. Saya nak interview awak sikit boleh?”

“Ohhh Azrie. Err boleh puan...”

“Kalau awak tak kisah, saya boleh ubah penampilan awak. Saya tau awak sebenarnya cantik, Fareen. Rugi kawan awak tu tolak tawaran saya kalau tak, saya akan ubah dia jugak.” Ujar Puan Syazira.
“Eh takpelah puan! Saya okey macam ni. Puan, betul ke puan ni pereka fesyen yang terkenal tu?” Tanya Fareen tiba-tiba.

“Saya memang pereka fesyen. Kalau awak nak, saya boleh design kan baju awak cantik-cantik. Tapi takdelah terkenal sangat...” Balas Puan Syazira.

“Bagus jugak idea puan tu tapi macam mana dengan kerja saya?”

“Esok awak boleh mula kerja. Tapi sebelum tu ikut saya kejap...” Jawab Puan Syazira lalu menarik tangan Fareen untuk bergerak ke saloon di sebelah butiknya.

“Pergi mana?” Fareen semakin tidak keruan. Jangan Puan Syazira bawak aku pergi saloon sudah! Aku bukannya suka sangat berdandan, desis Fareen di dalam hati.

Tekaannya benar, Puan Syazira membawanya ke sebuah saloon. Tapi untuk apa Puan Syazira buat semua ni untuk aku? Bukannya aku ni bakal menantu dia pun. Nasib baik Azrie tak tahu lagi yang aku ada kat sini. Kalau dia ada mesti dia fikir aku saja nak amik hati mak dia... Hmm

“Azrie, I malaslah nak pergi butik mama you tu. Kita pergilah tempat yang syok sikit macam Times Square ke, Pavilion... Lagipun dah lama I tak shopping.” Omel Aida.

“Kau nak tetap jadi kekasih aku ke tak? Kau sendiri yang nak bertunang kan? So, jangan nak banyak alasan. Nak tak nak, kau kena ikut aku jugak.” Balas Azrie lalu mengalihkan lengannya yang sedari tadi dipaut oleh Aida.

“Thanks Azrie sebab you dah banyak berubah. Walaupun you kasar-kasar dengan I, I tetap sayangkan you. I harap you tak jumpa lagi perempuan kampung tu.”

“Perempuan kampung? Maksud kau apa?” Soal Azrie mengingatkannya pada Fareen.
“Alah, lupakan jelah... Lagipun kita dah bahagia sekarang ni. Apa lagi, jomlah masuk butik.. I dah tak sabar dah ni nak jumpa dengan bakal mak mertua I...” Jawab Aida manja.

Tadi kata malas, sekarang semangat pulak. Macam-macamlah perempuan ni. Sabar jelah Azrie... Apesal jantung aku berdegup laju pulak ni?

Terbeliak mata Azrie apabila gadis pujaannya berada di depan matanya sekarang. Biar betul? Aku mimpi ke... Ya Allah!

“Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi puan... Puan Syazira dah banyak sangat tolong saya. Sekali lagi, saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada puan. Hanya Allah swt je yang dapat balas budi puan.” Ujar Fareen.

“Sama-sama nak... Lagipun saya dah anggap Fareen macam anak saya sendiri. Eh Azrie, kamu pun ada kat sini?”

Fareen pantas mengalihkan pandangannya ke arah Azrie dan juga perempuan cantik di sebelahnya.

“Hai perempuan kampung tak sedar diri... Rambut kau dah lain ek. Oh aku lupa, kau datang sini sebab nak amik hati mak Azrie kan? Sedarlah diri kau tu sikit woi. Azrie ni bakal tunang aku. Kau tu just perempuan entah dari mana asalnya. Dahlah kampung. Puihh!” Getus Aida tidak puas hati.
Makin membara hati Fareen mendengar kata-kata sinis dari Aida itu. Dia terus meminta diri untuk pulang ke rumah kerana malu dengan keluarga Azrie.


“Fareen tunggu!” Azrie terus berlari mengejar Fareen turun ke bawah. Air mata Fareen deras mengalir. Kalaulah dia ada kuasa, dah lama dia sumpah perempuan tadi tu. Huh?!

Belum sempat Fareen keluar dari butik mewah itu, lengannya pantas ditarik oleh Azrie. Mata mereka bertatapan seketika. Rindu Azrie pada gadis ini membuak-buak. Ingin saja dia memeluk Fareen tapi malangnya bukan muhrim. Betapa istimewanya Fareen di dalam hatinya kerana gadis ini telah berjaya memikat hatinya.

“Saya rindukan awak... Maafkan saya pasal Aida...” Getus Azrie.

“Buat apa awak rindukan saya? Azrie, tak lama lagi awak bakal jadi tunang orang... Saya tak nak Aida menghina saya terus-terusan.” Balas Fareen sebak.

“Shut... Fareen dengar sini, saya sukakan awak. Kali ni saya tak kehilangan awak... Saya cin...” Belum sempat Azrie menghabiskan kata-katanya, Fareen terus menahan teksi dan cepat-cepat menyuruh pemandu teksi itu bergerak.

“Arghh!!! Kenapa kau buat aku macam ni Fareen? Kau buat aku tergila-gilakan kau... Saat aku nak luahkan perasaan aku mesti ada penghalangnya. Siap kau Aida!” Jerit Azrie.

Comments

Zie Has said…
rajinnya meaip novel yer :)

http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html
NADDY said…
@Puteri Wanita Rajinlah sangat! :) Hee ^^

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...