Skip to main content

Ohhh Stalker #6

Bab 6
“Bah!” Abang Afiq aku ni memang sengaja tau. Aku tengah sibuk buat homework, dia boleh sergah aku.

“Aku tengok hari ni kau nampak moody jek... Kenapa? Ceritalah kat aku. Mana tau aku boleh tolong.” Ujar abang Afiq. Menyibuk je kerja dia. Nak cerita ke tak ek? Err malaslah. Nanti dia sibuk mengadu kat mama.

“Takde apalah abangku sayang. Alya cuma stress belajar je. Pergilah berkurung kat dalam bilik tu. Abang kan tak suka diganggu.” Jawabku lalu mengeluarkan buku teks Sejarah untuk menyiapkan nota.

“Hari ni aku malas nak berkurung dalam bilik. So sekarang kerja aku nak menganggu kau. Takpe kan? Haha...” Getus abang Afiq.

Ada jugak yang kena backhand nanti. Aku dahlah banyak kerja ni, lagi dia nak menggangu aku tak tentu pasal. “Kalau macam ni, Alya nak buat kerja kat dalam biliklah. Menyemak jelah abang ni.”

Selesai menyiapkan kerja yang bertimbun ni, aku terus membuka laptop. Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu status yang terpampang di laman facebook.

Aku terkejut kerana nama aku terselit sekali dalam status tu. Siapa yang bertuah update status ni? Ohh rupa-rupanya Tina. Aduh kenapa dia cakap aku dating dengan Shahrul sambil ehem ehem. Ya Allah macam mana kalau kawan-kawan aku yang lain baca status ni? Buruklah reputasi aku sebagai pengawas sekolah nanti.

Kalau abang aku yang baca lagi parah. Nanti dia mengadu kat papa dengan mama, mampus aku. Nak sembunyi kat mana muka aku ni?

Aku terus menutup laptop. Kenapalah Tina buat aku macam ni? Sampai hati dia. Takkanlah disebabkan kejadian petang tadi, dia berdendam dengan aku. Tak pasal-pasal nanti aku kena lucut jawatan pengawas disebabkan status entah apa-apa ni.

Aku pantas mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi sahabatku iaitu Aina. Aku bimbang kalau Aina terpedaya dengan status merepek ni.

“Assalmualaikum Aina!” Ucapku di dalam talian. “Waalaikumussalam, ada apa call aku ni? Aku ngantuklah Alya...” Getus Aina malas.

“Aku harap bila kau bukak facebook nanti, kau tak percaya apa yang Tina tulis kat status dia. Please Aina. Kau jelah satu-satunya orang yang paling aku percaya.”

“Kejap, aku nak bukak facebook guna phone aku. Nanti apa-apa hal, aku call kau. Bye.” Jawabnya lantas mematikan talian.

Aina terperanjat juga apabila melihat status Tina yang diva itu. Kurang ajar punya perempuan. 

Sampai hati dia fitnah kawan aku? Mana Alya nak letak muka dia nanti? Takpe, aku boleh cover dia nanti kat sekolah. Aku takut ramai orang benci dia je. Aku kena bersihkan nama dia, desis Aina.
Selesai membaca status di facebook, Aina bingkas mencari contact nama Alya.

“Hello Alya, aku dah tahu segalanya. Kesian kau wei. Aku janji aku akan bersihkan nama kau. Tapi sebelum tu, kita kena bekerjasama dengan Shahrul dulu. Kalau tak nanti reputasi kita buruk kat sekolah.” Ujar Aina dalam talian.

“Apa? Bekerjasama dengan Shahrul? Eii tak nak aku! Aku dah nekad tak nak jumpa dia lagi. Kalau kau nak, kau bekerjasamalah sorang-sorang.” Tukasku tak puas hati.

“Janganlah macam ni wei. Kau kan kawan baik aku. Takpe kau kena open minded sikit. Kalau kau asyik fikir pasal benda ni, sampai bila pun tak habis. Kau buat bodoh je kalau siapa tanya kau pasal benda ni. Yang penting aku nak kau happy macam selalu.” Nasihat Aina. Aku terus mematikan talian.

Aku harap esok kat sekolah takde apa-apa yang jadi. Aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Aku mahu bersolat hajat supaya Allah swt mempermudahkan segalanya. Insya-Allah... Usai solat hajat, aku terus melelapkan mata. Semoga aku mimpi yang indah saja.




Comments

Unknown said…
Menarik . nak tengok sambungan ;)

http://sarahhijabista.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...