Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Back To School ~

Assalamualaikum guys! Hmm lamanya Ira tak bukak blog... Ha, ha, hachumm! Dah berhabuk-habuk dah blog ni. Ira tengok rank blog Ira pun dah menurun :( Sedih babe! Korang apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Ira sihat cuma batuk dengan selsema jek. Biasalah musim... Ira ni susah nak sakit tapi bila dah sakit punyalah lama. Tapi takdelah lama sangat. Satu family sakit, hehe.... Now, Ira nak story pasal back to school ~ Selalunya bila Ira baca kat status facebook, twitter or wechat semua mengeluh bila time bukak sekolah. Ira pulak terlebih semangat sebab nak belajar betul2. Ira dah tak nak main2 lagi dah. Tahun depan spm yaw -.- Mesti semua tak percaya Ira dah nak spm kan? Haha yelahh badan kecik aje macam form 2 bak kata Iffah. Hihi. Alhamdulillah Ira masuk aliran perakaunan a.k.a 4 Akaun 1... Ira harap bila masuk kelas ni Ira lebih tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Nak study betul2. Cewahh. Lupakan PT 3! Past is Past :) Kbye ni je Ira nak story haha. Picture From Google :...

Ohhh Stalker #19

Bab 19 “M acam mana aku nak hasut Alya ni?” Desis Afiq lalu menyembunyikan dirinya di belakang pintu biliknya. Dia ternampak Alya turun ke bawah. Mungkin dia nak ke dapur agaknya. Biasalah malam-malam macam ni selalunya Alya suka cari makanan ringan kat dapur. Kadang-kadang dia suka tengok tv sambil makan. “Petang tadi dahlah kena sound habis-habisan dengan dia. Aduh macam mana aku nak bersemuka dengan dia ni...” “Alya...” Panggil Afiq perlahan memanggil tunangnya. Aku terus berpaling untuk melihat siapa gerangan yang memanggilku tadi. “Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku?” Ujarku kasar sambil membancuh air milo lalu membuka pek chipsmore untuk makan. Afiq menghampiriku lalu melabuhkan punggungnya di depanku. “Alya, abang tak sanggup nak putuskan pertunangan kita sebab abang dah mula suka kat Alya.” Aku ketawa lalu bersuara, “Kau dah gila ke wei? Kau suka kat aku? Hahaha! Tak mungkinlah orang yang kau dah anggap adik kau sendiri tiba-tiba su...

Kalaulah aku dapat tenangkan fikiran ~

Assalamualaikum... Aku sedih sangat sebab semalam aku tak dapat sekolah. Yalah first time aku tak sekolah time tu. Selalunya minggu yang pertama sekolah, aku mesti sekolah. Ni sebab badan aku sakit sangat lah ni sampai tak boleh bangun pegi sekolah. Nampak tak tajuk post aku hari ni? Macam stress je kan. Tak stress pun cuma tahun ni kalau boleh aku nak belajar betul betul. Nak capai cita2 woi! Jangan malas2... Hee Kalaulah aku dapat tenangkan fikiran kat tempat yang betul betul sunyi. Maksud aku macam pantai ke kan. Nak jerit puas puas! Aku nak luahkan perasaan aku kat situ. Biarlah pantai jadi saksi aku punya perasaan. Cehh ayat! Aku selalu fikir, kalau aku tak wujud kat dunia ni macam mana ek? Mesti takde orang nak sakitkan hati aku, takde orang nak kutuk aku belakang2, takde orang nak curang dengan aku dan semuanyalah! Aku nak berubah. Aku tak nak lagi jadi macam dulu. Kalau korang nak tau perangai aku macam mana, macam ni lah. Aku ni suka pendam masalah aku. Kalau orang bu...

Ohhh Stalker #18

Bab 18 H ari ni merupakan hari pertama aku bekerja di ofis papa. Aku pantas memakirkan motosikalku di parkir. Aku sempat melihat jam tanganku. Nasib awal lagi. Baru pukul 7.30 pagi... Masuk kerja pukul 8. Aku menghembus nafas lega lalu membetulkan tudung bawalku yang kupakai hari ni. Agak-agak okey tak tudung aku? Macam tak okey je. Hehe... Aku menilik wajahku di cermin motor. Aku ni boleh dikategorikan perempuan yang tak pandai bergaya! Sebabnya aku ni mekap pun tak pandai. Kalau setakat pakai bedak compact dengan pelembap bibir bolehlah! Alah biarlah... Asalkan niat aku ikhlas nak bekerja. Bukan aku nak jadi cover majalah pun nak lawa-lawa. Simple sudah! Aku baru nak melangkah masuk terserempak lagi dengan dia. Kenapalah dia ni selalu muncul depan mata aku? Aku takut dia masih ingat kejadian semalam. Aku tak nak dia berkasar dengan aku lagi. Shahrul memandangku sinis lalu masuk begitu saja tanpa menegurku. Agaknya dia dah tawar hati kut dengan aku sampai tak nak tegur...

Ohhh Stalker #17

Bab 17 U sai solat Subuh, aku tidak dapat melelapkan mata kerana sepanjang malam aku menangis. Ternyata aku memang susah nak terima kenyataan yang aku ni tunang abang Afiq. Sebenarnya hari ni aku plan nak cari kerja kosong. Aku tak nak sedih lama-lama nanti kang diri aku ni tak terurus. Lebih baik aku cari kerja. Hilang tekanan aku kat rumah. Aku keluar je dari bilik, terserempak dengan abang Afiq. Abang Afiq pantas mengukirkan senyuman padaku. Eii geli pulak aku tengok senyuman dia ni. Selalunya bila terserempak dengan dia je mesti nak gaduh! “Err Alya nak pergi mana?” Soalnya. Barulah nak berbaik dengan aku. Siap panggil nama lagi. Kalau dulu nak dengar dia panggil nama aku punyalah susah. “Alya ingat nak keluar kejap lagi. Nak cari kerja kosong.” Ujarku. “Haa sebelum abang terlupa, semalam papa suruh ikut dia pergi ofis. Katanya nak suruh Alya masuk kerja.” “Ohh yalah. Thanks sebab bagitahu.” Aku bergegas turun ke bawah untuk naik kereta dengan papa. Bila...

Ohhh Stalker #16

Bab 16 D atin Arissa leka menyolek wajah anak perempuannya yang bakal bertunang hari ni. Dah besar anak aku ni, desisnya. “Tak sangka anak mama ni dah besar panjang. Cantik je mama tengok Alya.” Puji mama. Manalah Shahrul ni. Dia dah janji dengan aku nak batalkan pertunangan ni. Sungguh aku tak rela nak teruskan pertunangan ni kerana aku cintakan dia. “Kenapa mama buat Alya macam ni...” Rintihku di dalam hati. “Kejap lagi saudara-mara abang Afiq kamu sampai dari Kedah. Nanti bila dah sampai, mak saudara abang Afiq akan menyarungkan cincin ke jari manis Alya. Suka tak?” Ujar mama sambil tersengih. Ohh maknanya abang Afiq ada saudara-mara jugak. Isy bencilah macam ni! Aku tak nak bertunang... Aku hanya membalasnya dengan senyuman palsu. Fake smile ! Aku terkejut kerana Aina tiba-tiba masuk ke dalam bilikku. Dah kenapa kawan aku sorang ni? “ Aunty , saya nak cakap sekejap dengan Alya boleh? Penting ni.” Getus Aina. Cantiklah Aina! Ni mesti dia nak cakap yang Shahr...

Ohhh Stalker #15

Bab 15 S hahrul mencari-cari kelibat Alya. Tak nampak batang hidung pun. Mungkin dia belum sampai kut. Aina kata dia mesti akan datang. Sampai saja di depan kedai Secret Recipe, aku terus memakirkan motosikalku. Aku pantas masuk ke dalam restoran itu. Mana si Aina ni? Aku datang awal sebab aku tak nak dia tunggu aku. Aku ternampak seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang sekali. Gaya dia macam Shahrul. Dengan topilah bagai. Aku terus menghampirinya. Memang tepat sangkaanku yang dia ni Shahrul. Aku pura-pura nak pergi dari situ lantas dia melambaikan tangannya. Aku pun berpaling lalu mengukirkan senyuman. Hilang rasa sedih aku tadi tengok senyuman manis dia. “Sinilah Tasha...” Laungnya. Aku mengambil tempat di depannya lalu mata kami bertatapan untuk seketika. Lama aku merenungnya. Rindu jugak kat dia setelah lama tak jumpa. “Saya gembira dapat jumpa awak, Tasha...” Getusnya ikhlas. “Aku pun. Eh bukan sepatutnya Aina ke yang datang sini?” Ujarku hairan. ...