Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

PEREMPUAN ~

Assalamualaikum... Girls? Horray dah habis trial hahaha! Kau jangan suka sangat, spm tak lepas lagi... Entah apa result yang keluar nanti. Janganlah ada yang failed...  Malam ni saja nak cakap pasal attitude perempuan. Macam biasalah Ira pun perempuan, so senang sikitlah nak berhujah pasal perempuan ni. Kalau dah namanya perempuan, tak habis dengan lelaki, fesyen, dress up, cakap banyak like me. Then overthinking tak tentu pasal sampai sakit kepala. Bila nak period je mulalah bad mood. Betul tak kaum hawa? First of all, kuat makan. Perempuan memang kuat makan. Itu fakta wajib. Macam Iralah. Nampak badan kecik tapi kalau bab makan, amik kau! Monster pun kalah. Lagi lagi kalau ada aiskrim... Pergh! Tengah kempunan ni. Hehehe. Pernah tak, bila merajuk balas chat nak tak nak aje. Lepas tu kalau marah betul balas chat dah macam karangan. Yeah, itu Ira jugak. Macam lion! Tu antara ayat yang Ira copy dari facebook dan sememangnya sama dengan perangai Ira sendiri. Ka...

Smile, smile and smile.

Assalamualaikum... "Jadilah wanita yang paling bahagia dengan senyumanmu. Lupakan kesedihan yang menimpamu. Sentiasa fikirkan perkara yang membuatkan kamu bahagia." Perkataan dari buku yang Ira baca iaitu Jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia. Best buku ni. Semua perkataan yang ada dalam buku tu deep. Nak? Tanya kawan Ira sebab Ira pun pinjam buku tu dari dia hahaha. Thanks Mira sebab pinjamkan buku tu kat aku. Masa Ira baca buku tulah hati Ira terdetik nak berubah. Yalah, buku tu seolah olah mengajar Ira erti kesabaran yang sebenar benarnya. Senyum selagi mampu. Senyum pun dikira sebagai sedekah tau tak. Dulu kan Ira selalu post kat blog ni pasal sedih aje. Sekarang ni Ira nak post pasal happy good lucky aje... Barulah korang nak baca kan?  Impian Ira, Ira nak travel jauh jauh then kongsikan dengan korang. Kalau mampu, Ira bawak family Ira sekali. Dah memang tulah impian Ira dari dulu lagi. Bahagiakan family Ira dengan tulang empat kerat ni...

Tentang purdah dan Hidayah Allah SWT

Assalamualaikum... "Pakai purdah adalah sunat Nabi Muhammad SAW dan juga sunnah. Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukan sunnah. Title syurga akan diberikan ke atasnya..." Ira sendiri tak tahu kenapa hati Ira terbukak nak pakai purdah ni. Kalau nak ikutkan Ira ni bukan baik sangat pun. Dulu bila tengok orang pakai purdah atau niqab dalam hati mesti ada rasa pelik. "Kenapa orang tu pakai purdah? Ira dulu gelar orang yang pakai purdah ni orang arkam. Padahal kebanyakkannya orang yang pakai purdah ni orang arab kan sebab kat negara dia orang padang pasir. Ramai yang mempersoalkan tentang purdah ni. Lagi lagi kat Malaysia. Sampai ada orang cakap orang yang pakai purdah ni ajaran sesat. Astagfirullah. Bila Ira kaji balik pasal purdah ni, sama sekali berbeza. Ajaran sesat? Pelik betul. Orang tutup aurat dengan sempurna pun cakap ajaran sesat. Isteri dan anak perempuan Nabi Muhammad SAW juga berpurdah. So? janganlah anggap meraba...

Solat duduk

Assalamualaikum... Maaf gambar dari encik google... Tadi lepas mandi wajib Ira cuba untuk bersolat duduk. Kenapa Ira solat duduk? Sebab tadi kepala Ira sakit sangat macam yang Ira cakap kat post sebelum ni. Cikgu sains Ira cakap kalau kepala Ira tak boleh tahan masa solat berdiri better solat duduk. So hari ni Ira try lah. Mula mula memang rasa kekok tapi lama lama alhamdulillah okey. Apa Ira rasa masa solat duduk? Rasanya sama aje macam solat berdiri. Cuma rukuk kita tundukkan sikit badan lepas tu sujud macam biasalah. Tengoklah kalau waktu asar kepala Ira dah okey, Ira solat macam biasa... Ira cuma nak cakap bila kita jaga solat ni hati kita rasa sentiasa tenang. Tak macam dulu, asyik gelisah lepas tu kelam kabut tak tentu pasal. Percayalah, kita jaga solat, insya-allah Allah pun akan jaga kita. Sebenarnya niat Ira nak pakai purdah. Ira bukan nak ikut ikut orang tapi hati ni memang dah terbukak nak pakai. Cuma masa je yang tak mengizinkan lagi. Keadaan sebenarnya y...

Cerpen : Suatu Hari Di Bukit Broga

“ Kenangan yang mengembalikan ingatanku...” Sejak tersedar dari koma, Farina sering tertanya-tanya. Di manakah dia? Siapa dia dan... Mengapa dia perlu terlantar selama berbulan-bulan sedangkan orang lain gembira tanpa dugaan pun. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadapi amnesia. Dia langsung tidak mengenali sesiapa pun kecuali mama dan papanya. “Arin?” sapa seseorang yang dia tidak mengenalinya. “Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?” ujar Farina. Matanya kembali memandang kolam ikan di taman mini rumahnya. “Aku Amira. Takkan kau tak ingat siapa aku walau sikit pun? Aku kawan kau Rin.” getus Amira. “Maaf, tak. Aku amnesia. Aku tak boleh ingat sesiapa pun kecuali mama dan papa aku.” Amira terdiam. Dia memegang tangan Farina lembut. “Aku tahu macam mana nak pulihkan ingatan kau. Ikut aku esok pergi satu tempat. Tempat tulah kita sama-sama menggila dan kat situlah seseorang yang kau cintai jaga kau sampai kau jatuh. Mungkin kau hilang ingatan sebab kau tahu dalam hati...

Cerpen : Menjelang Hari Esok

“Esok pasti saya akan pergi...” Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue seorang yang periang orangnya. Adakala dia akan jadi pendiam. Diam seribu bahasa sehingga semua orang sukar mentafsirkannya. Setiap hari dia hanya akan menjadi ‘ok’ saja. Tetapi kali ini, tiba-tiba saja dia mahu berubah. Hatinya terdetik untuk memakai purdah dan berhijab seperti gadis arab. “Aku tak fahamlah dengan kau Jue,” ujar Syasya yang merupakan sahabat baik Jue sejak kecil lagi. Jue mengerutkan dahinya, “Apa yang kau tak faham lagi Sya?” Pertanyaan sahabatnya itu dibalas dengan pandangan sinis. “Yalah. Kau tiba-tiba nak pakai purdah lepas tu nak berhijab dah kenapa?” soal Syasya. Dia hairan melihat sahabatnya yang semakin hari semakin pelik. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan Jue? Jue diam. Dia tidak membalas pertanyaan Syasya sebaliknya matanya fokus kepada bacaaannya yang berkenaan tentang ‘Sunnah Memakai Niqab’. Helaian demi helaian, air mata Jue ti...

FROG VLE

Assalamualaikum... Holla gais! Jarang dapat on lappy kat sekolah. Time add math tiba tiba cikgu bawak kita orang gi bilik komputer. Seronok hahaha. Sebenarnya aku rasa motif pegi sini sebab nak login frog vle. Yeke? Aku tengok ramai ke lain >< Ada yang bukak youtube lah bagai... So apa lagi aku gunakan lah peluang ni untuk bukak blog. Update kejap. Kalau nak update kat rumah jangan harap... Fuh pening pulak kepala aku ni haih... Nasib badanlah

Sakit Kepala Berterusan

Assalamualaikum... Ya Allah, kenapa setiap hari kepala aku sakit? Kadang kadang tak boleh nak bukak mata pun. Sakit tu sampai ke kening, hidung, mulut, pipi... Boleh dikatakan seluruh muka aku ni sakit. Berdenyut denyut pulak tu. Start tahun ni lah kepala aku sakit teruk. Nak kata aku stres sangat adalah jugak. Tahun lepas pun stres jugak. Tapi takdelah teruk sangat macam tahun ni. Aku banyak buat searching kat google pasal sakit kepala aku yang berterusan ni. Sakit kepala aku ni nama dia sakit kepala kluster, mungkin disebabkan tumor. Ya Allah, janganlah aku ada ketumbuhan ke tumor semua tu. Aku takut sangat. Dahlah aku ada penyakit darah yang serious Talasemia. Penyakit tu sebenarnya takdelah effect apa apa pun. Cuma effect bila dah  kahwin je. Kenalah pilih suami yang takde Talasemia. Mak aku cakap jangan fikir sangat sakit kepala tu. Memanglah aku tak nak fikir. Tapi dah makin lama makin sakit, aku pun tak tahan. Nak buat homework tak boleh nak berfikir. Kadang k...

Management & Science University (MSU)

Assalamualaikum... Selamat tengah hari! Before I'm finish my homework, let talk about the superb university, MSU. What MSU? MSU is Management & Science University that I visit on 30 May 2016. Ira akui siapa masuk U ni mesti jadi famous. Bukan apa, MSU ni selalu jadi pengambaran tv hehe. So, Ira nak share pengalaman Ira sepanjang melawat U ni. Untuk pengetahuan korang, MSU ni U swasta tau. Kalau nak masuk sini, kena bayarlah. Tak silap Ira, ada jugak biasiswa yang ditawarkan. Apa yang Ira dengar spm kena banyak A jugak kalau nak ambik bidang sains. Lebih kurang RM 60 ribu ringgit kot semata mata nak belajar course yang kita ambik tu. Yang course lain tu Ira tak taulah. If korang nak tahu lebih lanjut, bolehlah tengok laman rasmi MSU sendiri. Nah  laman rasmi MSU  ..... Apa yang menarik tentang MSU ni ialah bangunan dia besar. Sumpah bangunan dia cantik then kalau first time datang sini confirm sesat. Ira sendiri pernah sesat tau huhu. Time bas nak masuk ke MS...

Serba serbi simple

Assalamualaikum... Maaf semua, sebab aku dah lama tak bahasakan diri aku dengan nama Ira. Maaf juga sebab bahasakan diri dengan 'aku'... Bila agaknya aku nak buat spec ek? Mata dah rabun tahap gaban ni. Tu spec siapa pulak? Spec kawan akulah Mira hahaha. Saja nak selfie dengan spec tu.  Kalau korang nak tahu, aku ni serba serbi simple. Tak kisah pakai apa pun asalkan bergaya! Aku tak pandai nak dress up tapi sekali aku dress up, tak ingat dunia! Mekap? Gincu? Eye liner? Celak...? Aku tak minat pakai semua tu sekarang. Tunggulah satu hari nanti dah betul betul berduit barulah teringin nak pakai. Buat masa sekarang huduh kot kalau aku pakai semua tu. Nampak macam pondan sesat.... So, itulah salah satunya ciri ciri diri aku yang korang kena tahu. Serba serbi simple. Simple! Natural! Be myself... Tak perlu ikut cara orang. Cukuplah kita ikut cara kita sendiri. Lagi bagus.

My birthday all pink !

Assalamualaikum... Morning gais. Saja nak post pasal birthday hari ni. Agak agak kenapa aku post pasal benda ni hari ni? Bangun tidur je terdetik nak post pasal birthday. Aku besyukur kalau Allah swt masih panjangkan umur aku bila menjelang hari jadi aku. Birthday or hari jadi aku jatuh pada hari raya ke 23. Dah nak habis raya dah pun. Bila tu? 28 JULAI 2016. Tarikh lahir aku 28 JULAI 1999. Sebenarnya tak ramai pun yang tahu birthday aku ni bila. Kalau aku cakap pun, bukan ada orang ingat pun. Nak tunggu aku ingatkan barulah ingat. Aku peliklah kadang kadang. Kenapalah orang lain senang aje ingat birthday bff dia macam aku ni. Tapi orang tak pernah pun nak ingat birthday aku. Aku pun teringin jugak nak orang buat surprise untuk hari jadi aku. Bilalah ek. Teringin sangat. Hmm... Nak harap kan kawan kawan aku? Hampeh. Semua lupa daratan aje. Siap unfollow aku lagi kat insta. Aku ni tak pernah terfikir pun nak unfollow dia kat insta or mana mana laman sosial. Yalah, dah berjaya du...

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum... Ramai orang cakap kalau aku belajar betul betul aku jadi orang. Maksud jadi orang kat situ mungkin aku akan berjaya satu hari nanti. Itulah azam aku selama ni. Kalau aku berjaya, dapat kerja bagus aku nak tolong mak ayah aku. Tapi tak semestinya kita belajar ke menara gading tu semua dapat kerja bagus. Kadang dengan spm pun boleh berjaya. Ye eh? Ada cikgu cakap sekarang orang dah tak pakai spm lagi dah. Habis tu? Nak belajar sampai PHD? Insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Tak paksa. Aku tak takut spm. Tapi apa yang aku takut sekarang ialah keadaan. Keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Kadang aku nak study. Tapi tak ada mood. Mood ke laut dalam mana entah. Nak study ni kena istiqamah betul betul. Kalau tak istiqamah, dengan kau kau masuk ke laut tu haha. Haa itulah yang paling takut tu. Kalau aku leka dengan phone, lappy semua ni nanti aku terpesong. Dengan kepala ni haa selalu sakit entah kenapa. Aku risau sangat dengan keadaan aku sekarang. Ris...

Tutorial : Ayam Adobo (Filipina)

Assalamualaikum... Holla gais! Dalam bulan puasa ni mesti teringin nak cuba masak pelbagai juadah kan? Haha lagi lagi juadah yang istimewa macam ayam adobo ni. Pernah dengar tak? Ira pun first time dengar ayam adobo masakan filipina ni. Padahal ayam masak kicap je pun. Cuma dia lain sikit. Ira tahu resepi ni dari drama bibik bibikku hahaha. So nak cuba buat tak? Jom... Bahan - bahan : 300g - 400g ayam  1 cawan cuka 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.)  1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya) 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice. 2 - 3 keping daun salam. Garam (jika perlu) Sedikit minyak untuk menggoreng ayam. Cara cara :  Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun...

Bulan Ramadhan dan Aku

Assalamualaikum... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ramadhan. Esok pagi dah kena bersahur! Aku macam tak percaya aje dengan dunia sekarang. Cepat betul masa berlalu. Tengok tengok dah pertengahan bulan. See? Nampak tak yang aku ni semakin tua... Haha. So sekarang orang dah start pergi terawih. Aku je sibuk update blog kat rumah. Hmm.  Bukan apa. Aku risau sangat sekarang ni. Dengan period tak teratur. Kalau masuk bulan Jun ni, dah 3 bulan  dah aku tak period. Aku banyak kali jugaklah buat searching kat google sebab apa aku tak period lama bebenor ni. Siapa tak risau wehh. Dulu tak period sebulan, sebulan lagi tu dah keluar dah. Sekarang ni makin tak teratur pulak dah. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku sebenarnya? Dah lah tadi aku solat zuhur sampai rakaat ketiga je lepas tu berhenti. Mati matilah aku ingat dah keluar. Serius blood tu dah nak keluar. Tengok tengok tak ada. Punyalah sakit hati aku der. Maaf entry aku kali ni bahasa kureng sikit. Aku takde mood sebe...

Dunia macam drama!

Assalamualaikum... Now I can't believe anyone anymore because everything that I hear are only half of what I see. That quote are very true of my life. I'm not understand why this world always like drama! I hate all of this drama. Sometime I think there was not deal. I have know many people that always give me nasihat about life. Maaf, Ira speaking sikit. Umur sekarang lah Ira nak kenal dengan ramai orang. Orang cakap start umut 17 tahun hingga 22 tahun ni kita kenal dengan bermacam macam orang. Tak kiralah perangai dia macam mana, hidup dia, kisah dia. Kita tak tahu lah kan? Kita ni siapa nak tahu semua pasal korang? Tu semua kerja Allah swt. Kita hanya mampu merancang. Sekarang Ira cuma nak luah kan rasa syukur sebab hati Ira lega. Lega bila dah maafkan semua orang. Walaupun dia tak buat salah, Ira tetap maafkan. Nanti bila mati susah. Apa yang Ira nak fokus kat sini ialah tentang hidup. Tujuan Ira bukan nak bukak aib tapi pandangan dan berdasarkan apa yang Ira ...

Perbezaan Gaji Dan Rezeki

Sumber :  Miss Banu

Pretty like Elsa!

Assalamualaikum... Actually, I really want to be pretty like Elsa. Who is Elsa? She is important character in film Frozen. At first, I'm just look short trailer in tv. I think the film was boring but when I watch, the film is so interesting. I can't believe that Elsa can freeze everything. Only her can do. But Ana, her sister can't do freeze like her. I like the film so much. I love the character Elsa. She is so pretty. Her skin like ice. If you all don't believe, try watching the film! You can watch it at youtube or buy the CD. Now, I want tell you all about something that I really want to be. I want to be pretty. Sometime I was shy when my face grow to many pimples. I know my skin is so sensitive with sun. That's why I should care about my face. I use skin care to keep my face clean. But now, my face have too many pimples at forehead. When I look my friend getting pretty and flawless, I'm so jealous you know! I jealous because they have flawless skin and...

KERJAYA SEORANG GADIS

Assalamualaikum... Ramai orang kat dunia ni mesti nak yang terbaik untuk hidup dia orang kan? Samalah macam Ira. Ira pun nak yang terbaik dalam hidup Ira. Sekarang ni tak semestinya belajar 6 jam kat rumah sampai terjenggil biji mata boleh mintak kerja yang bagus bagus. Sebenarnya tak pun. Sekarang mana mana kita boleh belajar. Nak ambik kemahiran pun boleh. Tapi Ira tak cakap semua eh. Kalau ada duit lebihlah. Siapa yang lahir dari keluarga yang berada tu pun tak kisah. Tapi berada tak berada, sekarang dah boleh buat pinjaman kat mana mana bank untuk sambung belajar. Hehe. Sekarang ni Ira nak kongsi dengan korang tentang impian Ira. Walaupun korang nampak Ira ni otak gila gila, pendiam ke, nampak macam bodoh tak tahu apa apa ke en. Ira pun ada cita cita dan impian jugak. Ira dah tetapkan masa depan Ira. Ira dah cakap dengan diri sendiri, dengan keluarga, kawan kawan yang Ira nak kerja dulu baru sambung belajar. Ye eh? Macam ni sebenarnya... Cari kerja, ENJOY, tolong family and the...

Throwback kenangan di Bandar Singa

Assalamualaikum... Gais, perasan tak Ira lupa nak share dengan korang tentang sesuatu? Cuba teka apa? Haa, kali ni Ira nak throwback kenangan Ira di Bandar Singa. Mesti korang tertanya tanya kan... Apa benda minah ni, tetiba pulak pergi Bandar Singa... Bandar Singa tu Singapura lah! Hehe. Kali pertama Ira pergi melancong ke luar negara ni. Bangga beb! Sebenarnya tarikh Ira melancong ke Singapura ialah 1 April 2015 sampai 3 Mei 2016. 3 hari 2 malam. Maknanya dah setahun lebih dah kenangan ni. Baru nak update kat blog. Huhu. Apa yang Ira boleh cerita kat sini negara Singapura ni banyak bangunan yang tinggi tinggi. Bentuk bangunannya pun unik tau. Terutamanya Marina Bay Hotel. Ira tak tipu tau. Kalau tak percaya jom tengok gambar gambar yang Ira tangkap sendiri ni... Ini dia Marina Bay Hotel! Kat atas tu ada kolam renang tau. Ira teringin sangat nak booking hotel ni. Cehh tunggulah satu hari nanti. Bayaran dia mak oii... Ira lupa bayaran dia berapa. Boleh tengok kat google e...

Anugerah Pilihan Pembaca

Assalamualaikum... Apa tu Anugerah Pilihan Pembaca? Sebenarnya macam ni, Ira tengah cari idea untuk buat cadangan kerja kursus akaun Ira. Ira sajalah bukak emel nak tengok ada apa apa yang menarik masuk kat emel kan. Tengok tengok Popular yang bagi emel suruh undi. Hehehe. Biasalah kalau korang tengok Popular memang rajin bagi emel kat Ira. Siapa yang jadi ahli lah... Tengok, kan dah cakap Popular memang rajin bagi emel.  Bila bukak je emel tu keluar lah macam ni. Apa lagi? Klik di sini lah! Itulah tujuan Ira share ni. Sebab hari ni last nak undi pembaca pilihan korang! Tunggu apa lagi? Pergi undi laju laju sebelum penyertaan ditutup.  Bukan senang nak dapat hadiah. Ira pun cuba nasib aje. Tadaa! Tick 3 buku yang korang minat. Finally, isi borang yang dia bagi ni. Boleh dapat kan borang di kedai buku popular yang berdekatan korang :P  Then tekan undi  yang warna merah tu. Lepas tu three! Ceh takdelah. Nanti dia akan keluar terima kas...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Video Game !

Assalamualaikum gais... Selamat malam! Sebenarnya hari ni Ira nak share pasal video game yang dicipta khas dari classmate Ira iaitu Ijan. Sumpah Ira cakap, bila tengok video yang dia buat macam mat salleh yang buat. Taraf barat gitu. Bangga mak ayah dia. Ira tak tipu ni. Cuba tengok ni... Banyak pulak tu video berkenaan game yang dia main. Kalaulah Ira boleh jadi macam dia ni. Haha. Kalau Ijan boleh buat video yang hebat macam tu why not Ira buat blog gempak kan? Hohoho. Ni lah salah satu contoh video yang dicipta :