Wednesday, 8 June 2016

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum...


Ramai orang cakap kalau aku belajar betul betul aku jadi orang. Maksud jadi orang kat situ mungkin aku akan berjaya satu hari nanti. Itulah azam aku selama ni. Kalau aku berjaya, dapat kerja bagus aku nak tolong mak ayah aku.

Tapi tak semestinya kita belajar ke menara gading tu semua dapat kerja bagus. Kadang dengan spm pun boleh berjaya. Ye eh?

Ada cikgu cakap sekarang orang dah tak pakai spm lagi dah. Habis tu? Nak belajar sampai PHD? Insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Tak paksa. Aku tak takut spm. Tapi apa yang aku takut sekarang ialah keadaan. Keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Kadang aku nak study. Tapi tak ada mood. Mood ke laut dalam mana entah. Nak study ni kena istiqamah betul betul. Kalau tak istiqamah, dengan kau kau masuk ke laut tu haha.

Haa itulah yang paling takut tu. Kalau aku leka dengan phone, lappy semua ni nanti aku terpesong. Dengan kepala ni haa selalu sakit entah kenapa. Aku risau sangat dengan keadaan aku sekarang. Risau gila wehh. Siapa tak risau.Nampak je muka aku lek lek macam ni. Sebenarnya risau!

Mak dengan nenek aku selalu cakap kenalah selalu doa... Mintak tolong Allah swt. Yes. Aku tau Allah swt sentiasa ada dengan aku. Aku je ni yang selalu lalai. Ya Allah, sekarang ni aku nak sangat study. Aku nak sangat berusaha untuk dapatkan banyak A dalam spm. Trial bulan 8. Spm bulan 11. Sekarang ni dah bulan 6. Lagi sebulan je lagi. Hmmm risaunya...

Aku redha kalau aku dah usaha keputusan aku tak membanggakan. Memanglah redha tu bagus. Kalau tak usaha, dapat markah semua teruk, kau jugak yang tak redha sebenarnya. So, fikirlah. Aku harap aku dapat hadirkan mood aku nak study tu balik. Insya-Allah amin...


2 comments:

munirah mansor said...

Kita boleh ubah nasib kita dengan cara kita berusaha. Allah tahu niat kita. Mungkin Allah tak bagi sekarang, tapi Dia bagi nanti =)

Nad Simple said...

@munirah mansor hehehe insya-Allah terima kasih sebab sokong Nad :)