Skip to main content

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum...


Ramai orang cakap kalau aku belajar betul betul aku jadi orang. Maksud jadi orang kat situ mungkin aku akan berjaya satu hari nanti. Itulah azam aku selama ni. Kalau aku berjaya, dapat kerja bagus aku nak tolong mak ayah aku.

Tapi tak semestinya kita belajar ke menara gading tu semua dapat kerja bagus. Kadang dengan spm pun boleh berjaya. Ye eh?

Ada cikgu cakap sekarang orang dah tak pakai spm lagi dah. Habis tu? Nak belajar sampai PHD? Insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Tak paksa. Aku tak takut spm. Tapi apa yang aku takut sekarang ialah keadaan. Keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Kadang aku nak study. Tapi tak ada mood. Mood ke laut dalam mana entah. Nak study ni kena istiqamah betul betul. Kalau tak istiqamah, dengan kau kau masuk ke laut tu haha.

Haa itulah yang paling takut tu. Kalau aku leka dengan phone, lappy semua ni nanti aku terpesong. Dengan kepala ni haa selalu sakit entah kenapa. Aku risau sangat dengan keadaan aku sekarang. Risau gila wehh. Siapa tak risau.Nampak je muka aku lek lek macam ni. Sebenarnya risau!

Mak dengan nenek aku selalu cakap kenalah selalu doa... Mintak tolong Allah swt. Yes. Aku tau Allah swt sentiasa ada dengan aku. Aku je ni yang selalu lalai. Ya Allah, sekarang ni aku nak sangat study. Aku nak sangat berusaha untuk dapatkan banyak A dalam spm. Trial bulan 8. Spm bulan 11. Sekarang ni dah bulan 6. Lagi sebulan je lagi. Hmmm risaunya...

Aku redha kalau aku dah usaha keputusan aku tak membanggakan. Memanglah redha tu bagus. Kalau tak usaha, dapat markah semua teruk, kau jugak yang tak redha sebenarnya. So, fikirlah. Aku harap aku dapat hadirkan mood aku nak study tu balik. Insya-Allah amin...


Comments

Unknown said…
Kita boleh ubah nasib kita dengan cara kita berusaha. Allah tahu niat kita. Mungkin Allah tak bagi sekarang, tapi Dia bagi nanti =)
NADDY said…
@munirah mansor hehehe insya-Allah terima kasih sebab sokong Nad :)

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Pengalaman Internship di Mydin Subang Jaya (2020)

*Updated 27 Februari 2022 sebab baru ada masa hehe. Ni masa interview staff and buat induction hukhuk Assalamualaikum, Hai korang! Selamat petang semua 💕 Sihat ke? By the way sebenarnya Ira tengah kerja lagi ni ada lagi setengah jam nak balik. Ok, seperti yang dijanjikan Ira akan share pengalaman Ira sepanjang Ira buat internship dekat company mydin ni. Mesti korang tertanya tanya selama ni kan Ira buat intern apa, position apa... Sebab kat entry sebelum ni Ira tengah tunggu surat confirmation dari HQ. Pernah tau Ira terjumpa sorang pembaca blog Ira kat Mydin dan dia intern kat Mydin jugak! Dah habis dah kot. Sebab masatu Ira kerja cashier. Kerja cashier sebab nak cari duit untuk ambik transcript diploma Ira. Ira terkejut tau masa dia cakap dia pernah baca blog Ira pasal pengalaman intern kat company 3m tu. Terkejut laa betapa keciknya dunia ni sebab terjumpa pembaca blog hehe 😆 Dia ada cakap dia tunggu jugak bila Ira nak update pasal pengalaman intern kat mydin ni huhu. So tak nakla...