Skip to main content

SUPPLEMEN

Assalamualaikum...

Hai semua! Rasanya ramai yang dah tahu kot pasal supplemen ni. Apa benda supplemen ni? Ambik supplementary exam ke? Huhu takdelah. Supplemen ni ialah makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan korang. Biasanya pil gais. Ira baru sedar benda ni bila tengok kat ig shop yang jual pil supplemen ni. Tapi yang paling famous pil shaklee lah. Shaklee ialah salah satu produk yang paling dipercayai sebab testernya mak dengan nenek Ira sendiri.

Walaupun Ira sendiri tak pernah ambik pil2 bagai ni tapi satu hari nanti nak gak try ann. Hm sekarang ni Ira nak tentang satu artikel menarik pasal supplemen shaklee ni.


oste italy

Haa ni lah pil supplemennya. Yang family Ira makan sekarang ni.

Ostematrix Shaklee ialah sumber suplemen kalsium lengkap dengan magnesium & vitamin D

KALSIUM
Pengambilan kalsium yang cukup akan mencegah pereputan tulang (osteoporosis) dan mengurangkan risiko keretakan tulang terutamanya bagi warga emas. Wanita yang berumur antara 19 hingga 50 tahun (termasuk yang sedang hamil dan menyusukan bayi) memerlukan 1,000mg kalsium sehari.
Wanita yang berumur 50 tahun keatas memerlukan 1,200mg kalsium sehari.
Kalsium boleh didapati melalui pemakanan seharian tetapi biasanya kita gagal untuk mendapat jumlah kalsium yang diperlukan kerana diet yang tidak seimbang. Oleh itu, suplemen kalsium adalah sangat-sangat digalakkan.
Wanita juga perlu pastikan yang mereka mendapat vitamin D yang cukup, yang mempengaruhi penyerapan kalsium dan nutrien lain.

12
B-Complex Shaklee lengkap dengan asid folik seusai bukan saja untuk wanita hamil tetapi untuk semua wanita malahan lelaki juga

FOLATE (ASID FOLIK)
Semua wanita dewasa wajib mendapatkan 400mcg vitamin B setiap hari. Asid folik membantu menghalang kecacatan pada janin yang dipanggil neural tube defects, termasuklah spina bifida.
Jika anda tak pasti samada anda mendapat vitamin B yang cukup setiap hari melalui pemakanan (sayur berdaun hijau, kekacang dan bijirin) anda perlu mengambil suplemen vitamin B yang dilengkapi dengan asid folik.

11
Istimewanya multivitamin tertua di dunia ini ialah ia diformulasi dengan zat besi bagi membantu terutamanya mereka yang menghadapi masalah darah rendah (anemia)
ZAT BESI
Sebelum mencecah umur 50 tahun, anda wajib mendapatkan 18mg zat besi sehari dan 8mg sehari jika umur anda lebih daripada itu.
Walaupun diet anda seimbang, wanita dewasa dan wanita hamil mempunyai risiko kekurangan zat besi lebih-lebih lagi jika anda sedang berdiet atau vegetarian.  Oleh sebab itulah pengambilan suplemen amat digalakkan malahan ia boleh dikatakan sebagai wajib.
Ada banyak lagi sebenarnya suplemen untuk wanita yang penting dalam memastikan kesihatan sentiasa berada pada tahap yang baik seperi omega 3, vitamin C, vitamin E, protein dan suplemen kolagen. Tetapi KALSIUM, ASID FOLIK (VITAMIN B) & ZAT BESI adalah antara 3 yang terpenting.

Sumber : Oh Cantik
Haa, kalau nak cantik amiklah supplemen shaklee tu ye :) Bukan setakat untuk cantik je. Bagus untuk luaran dan dalaman sekaligus. Cubalah mana tahu ada perubahan. Tapi kalau mendatangkan effect jangan pandai2 amik. Huhu. Pape pun Ira nak jugaklah cuba amik satu nenek Ira punya...




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...