Skip to main content

Nangislah Nadhira...

Assalamualaikum...

Image result for sad tumblr girl

Pernah rasa sedih?
Pernah rasa down sampai korang tak mampu nak bangun?
Pernah jatuh teruk sebab korang rasa tak guna dalam dunia ni?
Allahu.

Selamat malam semua. Kali ni aku nak bercerita sikit pasal AIR MATA. Ye aku memang seorang yang suka menangis. Kadang benda kecik pun nak nangis. Biasalah perempuan kan. Tak lari dengan menangis. Perempuan hati dia lembut. Macam aku... Hati aku memang lembut. Lembut sangat sampai orang senang pijak kepala tapi sekarang aku takkan biarkan orang senang2 pijak kepala aku. Kadang aku try hard nak bangun bila aku jatuh teruk pun still aku nangis jugak. Tapi dalam diamlah.

Susah sangat nak move on. Yelah. Aku ni dahlah suka pendam. Kalau aku share masalah aku pun, aku tak boleh cerita semua sebab tak semua orang boleh terima siapa kita bila dia dah tahu semua. 

Sorry kalau entry aku kejap aku bahasakan diri aku Ira, kadang aku. Hmm. 

Kenapa aku pendam? Kenapa susah sangat nak move on? 

Aku pendam sebab aku penat. Aku terlalu penat dengan semua orang. Sampai aku rasa aku ada tekanan, depression. Sebab tu aku cuba bangun, aku tenangkan diri aku. Aku ingat Allah. Aku tak tahu kenapa aku kena fikir semua benda yang tak penting bila aku tengah sakit kepala. Ya Allah bila aku teringat time aku check kepala masuk MRI rasa macam kenapa?

Doktor just cakap aku stres. Mungkin betul aku stres. Aku pendam semua benda sampai jadi tekanan. Aku sendiri tak boleh kawal diri aku bila aku tengah tekanan. Aku akan menangis sepuas hati aku dalam 2, 3 jam. First, masalah peribadi. Tak nak lah cerita. Tak nak aibkan family kan. Lepas tu kadang aku jeles tengok orang lain yang sentiasa bahagia sedangkan aku? Ye aku tahu life aku maybe bosan tapi kadang2 aku bersyukur jugak aku still ada keluarga.

Aku jeles tengok orang lain yang bahagia. Happy je. Ada pakwe yang selalu ambik berat. Ada kawan2 yang boleh pergi vacation... Aku? Ada kawan yang pernah cakap yang stay nak ada dengan aku susah senang tapi dia orang semua dah takde. Macam tu jugak dengan pakwe aku. Sama jugak. Nak stay dengan aku tapi sekarang. Semua pergi. Senyap. Diam and tinggalkan aku macam tu je. Aku rasa down bila aku fikir semua benda tu...

Tapi alhamdulillah aku tenang bila ingat kuasa Allah. Sebenarnya aku tahu aku ni lalai. Hati aku tak bahagia sebab aku terlalu nak jadi macam orang lain. Nak kahwin awal tapi tak sedia lagi. Sibuk nak pergi bercuti. Ada jugak yang faham aku. Dia orang tahu aku ni tekanan sebab tu ada yang cakap aku ni tak pernah tenang. "Nad ni jenis orang yang tak pernah tenang..."

Aku ingat lagi ada kawan aku cakap, ada orang tu kalau dia ada penyakit murung sampai bila2 pun dia akan murung. Kalau dia happy pun kejap je. Allahu. Sekarang ni aku try nak sembuhkan penyakit murung aku tapi aku entahlah. Makin menjadi2 murung aku. Sampai aku tak boleh kawal diri aku. Aku ada tanya dalam group whatsapp aku, macam mana nak sembuh penyakit murung?

Jawapan : Sentiasa ingat kebesaran Allah. Ingat Allah and selalu baca buku2 agama. Allahu. Aku ni bukannya baik sangat tapi aku admit aku sentiasa ingat Allah tapi aku sendiri pernah terpesong dulu. Kejutan budaya. Aku pernah cakap dengan diri aku, aku buat semua ni sebab aku geram. Aku penat sangat jadi baik sampai aku rasa nak sangat buat jahat. Bila aku buat jahat ada hamba Allah tegur aku. Sampai tak bertegur aku dengan sahabat aku sendiri sebab aku JAHAT.

Aku faham Allah hantar dia untuk tegur aku. Mungkin apa yang jadi kat aku ialah tempias. Mungkin jugak Allah nak bagi pengajaran kat aku. Bila aku ingat balik semua tu, aku nangis. Aku menyesal. Ya Allah sekarang ni aku try hard nak bangun balik. Nak berubah. Kalau boleh tahun ni aku tak nak buat lagi semua tu. Hmmmm. Hope aku jadi yang lebih baik tahun ni. Slow2 aku akan cuba walaupun dalam fikiran aku nak pakwe aku baliklah. Nak peluk and everything. Aku tahu semua tu dosa. Aku cuba elak semua tu. 

Sekarang ni aku train diri aku tak update apa2 kat status whatsapp, ig and fb. Aku malas. Bukan sebab aku broken. No! 

Aku cuma penat. Nak hilangkan diri kejap. Nak rehatkan fikiran. Rehatkan otak. InsyaAllah aku boleh. Satu je cara aku kalau aku dah penat sangat...

NANGIS.
Nangis sepuas hati. Betul kalau nangis tu aku rasa macam lagi kuat untuk bangun. Sekarang ni pun aku dah cuba move on, teruskan hidup and bangkit. Tapi aku kalah. Aku tetap nak nangis dalam diam. Aku harap satu hari nanti aku dapatlah sembuhkan penyakit murung aku ni. Doakan aku ye. InsyaAllah akan ada orang tolong aku jadi positif. Keluar dari dunia kesedihan aku. Amin...

*P/s :

Ira selalunya cakap sorang2, motivate diri Ira bila Ira jatuh teruk. Ira akan berdiri depan cermin. Bagi semangat kat diri sendiri. Selalunya macam tu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...