Skip to main content

VIRAL ?? SENGAJA KE BUAT MACAM TU ?

Assalamualaikum...

Hai!

Image result for annoying gif

Haa, perasan tak, orang sekarang ni suka buat benda2 bodoh sebab nak famous, nak popular biar viral pastu tak pasal2 dapat job masuk tv. Ira bukan cemburu tapi Ira marah sebab kadang2 benda tu tak masuk akal pun. Tak memberikan kesan yang berfaedah pun tiba2 viral. Function? Kita orang ni nak mintak job part time pelakon extra pun kena pergi kelas la pastu kena bayar mahal2 sebab nak jadi pelakon extra tu tapi dia orang? 

Fikirlah. Ira faham penerbit sekarang nak ambik orang2 yang tengah viral untuk famouskan iklan, drama, filem, parodi bagai semua tu tapi kenapa? Kita orang yang lebih berbakat ni tak nak ambik pulak. Kenakan bayaran tinggi2 sebab katanya kita orang ni takde pengalaman. Kena ada sijil baru dapat job.

Ira bukan nak bangga diri sebab berbakat tapi Ira cakap jujur ah. Orang sekarang ni buat benda2 yang tak masuk akal pastu tak pasal2 famous, orang sanjung apa semua. Sebaliknya orang lebih berbakat tak pandang pun. Contohnya macam Neelofa. Dia launch tudung dia kat Zouk. Orang tetap sanjung dia. Menang anugerah apa semua. Come onlah. Bukak mata korang. Nilai yang mana kaca yang mana permata. Ira tak cakap diri Ira ni baik tapi Ira cuma marah dan geram sangat kepada agensi2 yang tipu kita orang. 

Tubuhkan talent agency penipu semata2 nak dapat duit? Pastu yang jadi mangsa kita orang? Haih. Serius talk, sekarang ni Ira menyampah dan annoying gila tengok orang2 yang viral takde faedah ni. Cukuplah Ira tengok instafamous yang follower dia beratus ribu. Dia orang tu semua beli auto followers k... Takdenya follower naik sendiri. Selalunya orang kaya2 je yang buat macam tu sebab nak dapat job. Nak masuk MOTIF VIRAL haih.

Cukuplah. Kalau benda bermanfaat takpe jugak. Bertabahlah wahai Nadhira. Kecik besar, kecik besar je aku tengok budak bawah aku mekap tebal2 macam model -.- Tu satu. Kedua, minah2 rempit yang jadi model untuk produk kosmetik online semua tu. Takpelah rezeki masing2. Corak hidup manusia berbeza. 

Kau pun nak jadi viral ke Nadhira?
Jawapan aku : Cukuplah aku dengan diri aku. Nak jugak masuk tv, tapi aku kena buat sesuatu untuk banggakan family aku. Bukan dengan benda2 bodoh. Macam awek cendol ke, lipstick ke ann. Nyampah! HAHAHAHA

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayangkan seseorang

Assalamualaikum guys... 1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu 2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita 3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya 4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu 5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai 6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. 7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll 8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh 9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa 10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita, 11. Aka...