Thursday, 19 April 2018

Kerja kilang ??

Assalamualaikum...

Holla!

Siapa pernah kerja kilang kat sini? Angkat tangan...

Image result for angkat tangan gif


Sebenarnya nak share pengalaman sepanjang Ira kerja kat kilang Aurimex yang dulu namanya United more. Kilang Aurimex ni terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Kilang ni buat barang2 hospital. So kerja dalam tu bau hospital jelah. Ira jadi operator dan untung sebab kerja dalam air cond! Ira kerja under kontrak sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan Ira cuti semester cuma 2 minggu, tu yang kerja kejap je pastu berhenti. 

Sayang kan? Nak buat macam mana, kerja nak cari duit poket aje. Sambil2 tu boleh tolong ringankan beban family. Nak jugak kan beli apa yang Ira nak. Ira dah besar2 ni segan nak mintak family duit nak beli barang keperluan. 

Nak tunjuk gambar Ira sepanjang Ira kerja kat kilang tu sebenarnya, nantilah eh. Sekarang ni Ira baru habis kelas Accounting ingat nak berblog tapi lupa pulak wayar tak bawak erghh! Geram betul...

Serius kerja kat kilang law dia macam sekolah. Nak pergi tandas kena mintak izin line leader. Nak cuti kena bagitahu awal 3 hari. Pastu yang paling geram leader asyik nak cari kesalahan Ira je. Sabar jelah. Ira tahu Ira kerja sementara je. Sebab tu kena kentalkan hati. Huhuhu. Waktu bekerja dengan waktu belajar seriusly berbeza. Tak tipu benda betul!

Kalau belajar boleh lagi tidur, lepak puas2 tapi kalau kerja no! Kerja kilang 8 jam tapi kerja kat kilang Aurimex tu 12 jam. Under kontrak kan. 

Apa pun, seronok dapat kenal kawan2 baru. Ira dapat banyak pengalaman, nasihat dari akak2 senior dan juga pengajaran. 

Hee ^_^ 

Korang macam mana pulak? Sharelah pengalaman korang sepanjang bekerja di kilang... Nak jugak baca :)

Image result for LINE gif

*Gambar yang takde kena mengena >_<




2 comments:

Shafyqah Azry said...

sha baru dalam perancangan nak kerja kilang haaha

Naddy Elysa said...

@Shafyqah Azry hahaha baguslah... good luck :)