Monday, 2 April 2018

Casting di Blanc Studio

Assalamualaikum...

Hai semua! Kali ni nak share pasal pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab Ira outing sorang2. Huhuhu. Terpulanglah kat korang nak cakap Ira ni degil ke apa an. Tetiba pulak jadi keras kepala. Tak pasal2 habis duit turun KL semata mata nak pergi casting ni sampai tersalah naik train. Nasib tak sesat barat. Huh! Tapi alhamdulillah Ira sampai jugak ke Setia Jaya tu.

Image result for tired girl gif

Sebenarnya Ira turun KL ada 2 sebab. First, nak pergi casting. Lepas tu ingat sempat nak jumpa bf. Lastly diri sendiri yang susah sebab penat rasa macam nak mati pun ada. Yelah keluar sorang2 terbangak2 sana sini. Nasib ada Kak Adan. Dialah yang tolong Ira. Dia tolong pinjamkan powerbank dia apa semua. Kalau takde powerbank dia macam mana phone Ira nak berfungsi kan? Thanks a lot kak. Yelah dia memang orang KL. Ira bersyukur sangat sebab ditemukan dengan orang yang nama sama dengan Ira pastu perangai pun sama.

Kita orang terjumpa kat KTM Rembau. Sampai kat Tampin Ira sedar yang Ira naik salah train. Tak taulah kenapa Ira rushing sangat sampai naik salah train. Mujur Ira tanya budak sebaya Ira dalam train tu. Kalau tak tanya, sesat weh!

Pastu Ira jadi lonely sebab berpisah dengan Kak Adan kat KL Sentral. Ni lah first time Ira pergi jauh sorang2. Ira fikir KL kecik dan senang nak kemana2. Tapi ternyata Ira silap. KL is a big state you know! Semua orang Ira tanya. Train ni nak kemana. Pastu LRT sampai mana. Banyak persoalan. Ni lah pengalaman. 

Ok sebenarnya Ira malas nak cerita benda tu sebab kalau ingat memang penat dan memenatkan! Family Ira of course risau. Kawan Ira, Mira dengan Wany pun risau. Wany lagilah asyik duk chat Ira sebab dia risau sangat. Hmm.

Ira ada jugak bagitau bf Ira tapi hampa. Mati2 ingat dia ada kat Selayang. Sebab tu ingat sempat nak jumpa dia. Even kejap pun jadilah. Rindu sangat. 8 bulan weh. 8 bulan macam 8 tahun sakit dia. Nak setahun tak jumpa. Ira bodoh tunjuk effort turun KL. Nak jugak dihargai. Pasal casting kat blanc studio tu Ira dapat tapi family tak support. Yelah faham. Takut scammers kan. Mungkin studio tu buat casting untuk kelas modelling je.

Sebenarnya tak ramai pun tahu pasal Ira pergi casting ni. Tak naklah kecoh2. Yalah Ira ni bukannya cantik pun nak heboh2. Cuma cuba nasib je. Dengan bf sendiri pun Ira tak bagitahu Ira nak pergi casting. Yelah Ira tahu dia tak suka Ira jadi model. 

Yang paling penting sekarang Ira dah selamat balik rumah. Balik2 je adik Ira cakap dia call bf Ira, dia cakap yang bf Ira tu sebenarnya ada kat Pahang. Sedih kan? Ira punyalah tunggu dia reply chat sampai sanggup duduk depan surau NU Sentral Mall tu untuk cas phone tunggu lagi dia reply. Tapi lastly kena marah. Srs ni lah pengalaman paling best Ira pernah lalui. Yelah nak marah2 dia ingat Ira tahu dia kat Pahang. Ira call dia ingat boleh jumpa tapi macam biasa alasan dia, "Dia faham tak orang kat mana?"

Ira faham dia kerja. Ira faham dia jaga abang dia yang sakit kat hospital. Tapi tak salah kan kalau bagitahu maklumat yang betul kat Ira ni. Ira tau Ira ni budak2 yang tak matang lagi berbanding dengan dia. Dia dewasa. Ira still budak2. Dia malu dengan kakak dia sebab Ira asyik call2 dia. Kalau Ira ungkit semua dari dulu sampai sekarang dia marah. Asyik2 nak marah.

Berat badan Ira turun mendadak pun sebab stres sangat. Yelah makan hati dengan semua benda. Sakit tahu tak. Jangan sampai satu hari Ira dah malas nak amik tau pasal orang. Biarlah apa nak jadi, jadilah. Ira dah penat jadi orang murung. Ira nak ceria. Bukan asyik sedih je. Kita kalau ada masalah, bukan asyik nak serabut je. Masalah boleh diselesaikan. Tak semestinya kalau ada masalah nak serabut pastu asyik nak marah2 orang je. Cubalah senyum. Ingat Allah. Ira pun happy. 

Bila time senang mana dia? 

 Image result for tired girl gif

Dah penat nak fikir.
Dah penat nak sabar.
Dah penat dengan semua benda.

Even dia cakap dia dah malas nak fikir soal cinta, tapi Ira tak pernah penat untuk mencintai dia, sayangkan dia. Berharap dia akan kembali. Jumpa kejap pun jadilah. Hm 

Related image

Mungkin rezeki Ira kat tempat lain. Ira yakin rezeki Allah ade je kat mana2. Yang penting usaha dan sabar. Jodoh? Jodoh tu rahsia Allah. Ira tahu Ira tak sempurna. Jadi sekarang Ira cuba ubah diri Ira. InsyaAllah.


No comments: