Skip to main content

Kenapa aku selalu berangan?

Assalamualaikum peeps!

 Okay guys, sekali lagi Ira nak guna bahasa aku sebab entry ni lawak sikit. Lawak ke? Kalau korang rasa lawak gelaklah dulu hohoho.

Sebenarnya entry ni takdelah lawak mana. Biasa biasa je. Tapi tengok dari tajuk macam kelakar kan? Dah dah sekarang ni aku nak sambung cerita aku. Kenapa aku selalu berangan? Aku berangan ada sebab. Sebab muka aku berjerawat? Eh bukan sebab tulah... Aku berangan sebab aku selalu fikir pasal masa depan aku, fikir pasal masalah aku. Bukan berangan suka suka. Suka hati awak je cakap saya selalu berangan.

Kadang kadang aku selalu jugak bukak lagu dunia khayalan yang dinyanyikan oleh Gina Umayati tu. Tau tak yang mana? Alah yang cerita dongeng indonesia tu. Best tau cerita tu. Haa, yang tulah. Aku bukak lagu tu sebab aku nak tenangkan fikiran. Aku selalu bayangkan betapa indahnya hidup aku kalau takde orang yang selalu nak dengki dengan aku. Indah kan kalau hidup ni selalu ceria? Best wehh...

Lepas tu masa aku berangan tu, ada jugaklah selit crush crush aku yang dulu. Tapi sekarang ni aku pelik. Kenapa aku dah jarang berangan? Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan hal hal semasa. Macam VIP lah pulak aku ni... Kalaulah kat dunia ni ada dunia khayalan kan. Tapi tu semua cerita dongeng je Nad. Mana ada dunia macam tu. Kau je yang selalu berangan sorang sorang. Kononnya ada putera yang akan sambut kau dari terjatuh. Wow sweetnyaaa. Hehehe

Bila tengok orang yang educated sikit, aku mesti teringin nak jadi macam dia orang. Yelah siapa yang tak nak berjaya kan? Kalau boleh aku nak belajar sampai ke menara gading. Aku nak buktikan yang aku pun boleh berjaya macam orang lain. Tapi kelemahan aku, aku selalu bandingkan IQ aku dengan orang yang pandai.

Hmm berdasarkan apa yang aku baca kat internet, kita sebenarnya mana boleh bandingkan IQ kita dengan orang yang mempunyai IQ tinggi tu. Sebab tulah kau selalu merendah diri Nad! Dengar tu... Aku ni kira orang yang mempunyai IQ yang sederhanalah. Kuat berangan je lebih hahaha. Kan best kalau semua angan angan aku tu jadi kenyataan. Aku kalau boleh nak pasangan yang boleh bimbing aku ke arah yang baik.

Harap harap bila habis belajar nanti aku dapat jodoh yang baik. Insyaallah amin... Tu je nak ceramah hari ni kbye!


Comments

Jejari Menaip said…
berangan tu tak salah nad.... Dgn berangan adakalanya datang idea..... Sejutu setiap org ad IQ berbeza.. :DD Btw salam kenal Nad.. :D
NADDY said…
@ikhwan yusuff Kan? Hehe salam kenal jugak :)
Kalau berangan secara positif, ditambah pulak dengan usaha, in shaa Allah positif laa apa yang kita dapat :)

Berangan jugak boleh mengisi masa lapang. Eh? XD

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...