Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

CEGAH DENGGI !

Assalamualaikum.. Hai semua! Sekara ng ni ramai dah kawan Ira yang kena tahan wad disebabkan suspek denggi. Rasa sebak tengok dia orang kena masuk air berbotol2. Tak sampai hati tengok. Yelah selama ni tengok dia orang senyum je, gembira je. Tiba2 masuk wad disebabkan gigitan nyamuk aedes ni. Ya Allah mintak dijauhkanlah. Harap2 kita yang tak kena ni sentiasa berwaspada. Ira kesian tengok dia orang macam tu kena cucuk je ambik darah lepastu masuk air. Ira pun nak jugak sampai kena ceramah dengan kawan Ira yang namanya Wanyy. Dia ceramah panjang2 katanya takpayah rasa. Kau takpayah mulut celupar sangat cakap teringin nak incharge masuk hospital lah bagai. Ok fine. TAK PAYAH MENGADA NAK RASA OK :') Jadi sekarang, nak share tips cegah penyakit denggi ni. Copy paste je huhu. Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam deng...

Semester 5 ???

Assalamualaikum... Holla. Sekarang tengah buat assignment business law. Sambil tu blogging! Otak tengah blur nak buat ayat untuk assignment ni lepastu semua fakta sampai otak ni dah tak boleh nak goreng ayat dah. Ira ni payah sikit kalau semua teori. Kalau teori + pengiraan ok jugak tapi bergantung kepada kemampuan Iralah. Tengok pensyarah tu ajar macam mana. Kalau dia ajar best, ngamm... Kalau korang nak tahu, pensyarah Ira nak ajar business law sekarang ni ada cakap.. Subjek business law ni subjek paling tough dalam course diploma business ni. Serius memang susah nak cari maklumat. Lagi2 makin nak habis sem, kalau boleh semua assignment nak buat dalam kumpulan. Ira ok je kalau buat dalam kumpulan tapi kalau dapat kumpulan yang susah nak bagi kerjasama, memang susahlah kerja Ira. Sekarang ni pun stress sebab sorang kumpulan Ira kena bar. Baik2 Ira dah nak siap tugasan Ira, tiba2 kena buat tugasan dia. Terpaksalah sebab dia dah takde kan. Kenalah ganti. Ira kalau subjek tu susa...

KOSONGKAN FIKIRAN .

Assalamualaikum... Hai :) Aku dah penat nak berfikir jadi sekarang aku jadi orang yang akan sentiasa fikirannya kosong. Sebenarnya bukan malas nak fikir tapi aku ni jenis selalu risau akan masa depan. Apa jadi bila aku tak buat, aku biarkan. Kadang2 aku luahkan apa yang aku fikir tu kat kawan rapat aku. Dulu ye, aku depress sangat sampai aku luahkan dekat cerpen dan novel. Tapi sekarang, dah kurang membaca. Hmm. Dah kurang idea sebab sibuk dengan assignment. Sekarang ni pun aku tengah siapkan assignment business law. Sambil tu aku blogging kejap. Nak meluahkan. Memang dulu ada cita2 nak jadi penulis sampingan tapi aku rasa impian tu terkubur macam tu je. Sebab apa? Alasannya sibuk. Sibuk dengan buang masa. Ye, aku memang degil dan terkenal dengan perangai suka melengah lengahkan masa. Sebab tu apa pun tak jadi. Aku rasa kecewa sebab bila nak teruskan cita2 jadi penulis sampingan tu laptop aku rosak. Lepas tu sibuk nak cari duit dalam masa belajar ni. Sebenarnya mana satu k...

Review : Pemutih Gigi Nucifera

Assalamualaikum... Holla! Kali ni nak buat review pasal pemutih gigi Nucifera . Ternyata berkesan kat gigi Ira =) Alhamdulillah dah 6 kali pakai tu pun tak pakai hari2. Ira pakai selang2 jimat sikit. Nak beli lagi mungkin tak mampu huhu. Harga dia RM 85.00 . Ira dapat free. Takdelah ni Ira bawak balik kawan punya kebetulan dia tinggalkan dekat hostel. Dia pernah cakap pakai benda ni leceh. Ye betul leceh payah sebab masa Ira nak gosok gigi tu arang dia akan bersepah di atas sinki. Itulah hakikatnya. Faham2 jelah. Arang kan. Pandai2 lah bersihkan balik :p So sekarang tak tahulah dia nak balik ke tak benda ni. Kalau Ira sayang nak tinggalkan sebab mahal kan. Ubat gigi biasa pun mur mur je. Bukan sebarang orang boleh pakai pemutih gigi ni. So far Ira pakai Nucifera ni bestlah. Best sebab bila tengok cermin gigi putih suci je hehehe.  Cara nak pakai? Senang je.  1. Ambik berus gigi. Kalau boleh berus gigi yang halus. 2. Basahkan berus gigi dengan air. 3. ...

Review : Masker Freeman Colour Pink !

Assalamualaikum... Hai korang! Kali nak review produk masker yang paling best yang pernah Ira pakai. Rasanya Ira baru pakai 3 kali masker Freeman ni. Serius pakai masker ni memang best sebab bau wangi boleh hilangkan stress. Kalau korang nak tahu set masker Freeman ni pun ada yang jenis Anti Stress. Yang anti stress tu warna biru. Yang Ira pakai sekarang ni yang warna pink. Kalau korang nak cuba, Ira cadangkan korang beli yang warna kuning (clay mask) dan juga warna pink (pomegranate). Macam biasa, sebelum Ira nak beli produk masker Freeman ni, Ira akan tengok review dan feedback dari pengguna-pengguna setia produk masker ni. Usha kat youtube dengan blog, tengok macam best je dia orang pakai. Tu yang beli tu. Harga pun berpatutan. Sesuai sangat untuk kita yang student ni huhuhu. So far tak sampai sebulan lagi Ira pakai masker ni. Nak tunggu sebulan. Tengok macam mana. Tak sabar nak tunggu perubahan. Kot2 makin flawless ke kan hahaha. Macam St Ives Apricot tu dah sebulan Ir...

Review : Scrub St Ives Apricot

Assalamualaikum.. Holla! Ok gais inilah scrub muka yang Ira pakai sekarang. St Ives Apricot Fresh Skin . Seriusly pakai scrub ni best sangat sebab bau wangi walaupun tekstur scrub ni kasar tapi lepas je Ira pakai scrub muka rasa lembut je. Mula2 tengok member pakai yang jenis blackhead punya tu. Mula2 memang Ira nak beli yang tu tapi bila fikir balik takpayah lah sebab member cakap kau bukan ada blackhead pun. So tangguhkan dulu pembelian. Dahlah time tu tengah kerja watson pulak sebelah kedai je. Mana tak berkobar kobar tengok. Lagi2 watson tengah buat sale masa tu. Lagilah tak sabar kan. Ira beli scrub tu masa tu takdelah mahal sangat. Harganya dalam RM 20 je. Berpatutanlah untuk student macam Ira ni. Tak mampu nak beli skincare yang mahal2. Yang paling best St Ives ni 100% natural dan free paraben! Tak ada animal testing dan tak terlalu mahal. Scrub ni jangan pakai hari2 pulak.. Nanti kulit kering so pakailah 2-3 kali seminggu. Kalau Ira malas sangat pakai sekali je s...

MOVIE ONLINE

Assalamualaikum.. Hai korang.. Siapa yang suka tengok movie tu haa bolehlah pergi ke link ni  https://www1.123movie.cc/ Tapi movie omputih jelah gais. Siapa yang tak ada masa nak pergi tengok wayang tu haa bolehlah tekan link tu. Macam2 movie ada. Nak movie apa cari je. Yang lama ada, yang baru tengah siarkan kat pawagam sekarang ni pun ada. Jangan takut sebab tak ada bayaran pun. Tengok wayang online secara percuma :) Ira tahu link ni pun dari junior! Dia kata korang student takkan tak tahu 123movie ni hahaha xD Boleh klik gambar untuk tengok lebih jelas

Masalah muka !

Assalamualaikum... Holla :) Ok kali ni nak cakap pasal muka Ira. Tak tahulah kenapa sekarang ni muka Ira banyak sangat jerawat yang tumbuh kat area dahi sampai ke bawah dahi. Rimas sangat lagi2 jerawat yang kat pipi tu besorr aduii pedih! Hormon tak betul agaknya. Awal tahun muka bersih je. Sampai nak mekap pun selesa. Sekarang ni malas nak tacap muka ni sebab kat dahi berlambak jerawat kan so simple2 je pergi kelas. Tu pun nak jugak tempek bedak, maskara dan blusher. Kadang kadang la. Kejap lagi nak share skin care apa yang Ira pakai untuk muka ni. Mungkin sebab skincare tu muka Ira berjerawat.. Tak taulah kan... Parent Ira suruh stop penggunaan takut makin teruk muka ni. Takpe memandangkan ramai yang buat review pasal dua produk tengah famous sekarang ni.. Ira pun nak buat review jugak! Mana tak famous, tengok dekat watson mesamall, habis St ives dijual. Nampak tak scrub tu laku keras..  Bila lalu watson je berkobar kobar jiwa ni nak beli. Dengan bau wangi harga ...

Setelah lama tak muncul..

Assalamualaikum.. Hai semua! Mana Ira ni? Lama menghilang.. Macam tak biasa pulak menghilang dua tiga tahun huhu ~ Ok kali ni rasanya lama jugak tak update blog ni dah 3 bulan weh! Bersawang blog ni.. Cuti sem sampai 2 bulan mana taknya. Selalu kolej Ira tak pernah cuti lama macam ni. Selalu dua minggu aje. Maaf, kolej ada masalah sikit. Biasalah kolej swasta kan. Lagipun selama 2 bulan tu Ira kerja full time dekat restoran makanan korea. Haa mesti korang terkejut! Ira kerja dekat kedai Myeongdong Toppokki area nilai. Banyak jugak Ira dapat pengalaman selama kerja dekat kedai makan ni. First time kerja kat kedai makanan katakan. Ada sedih, ada gembira macam2 lah. Allah je tahu betapa kuatnya Ira hadap semua dugaan tu. Sekarang ni yang rapat dengan Ira semua dah jauh. Ada yang menghilang nun jauh ke sabah.. Dah sorang2.. Takpe Allah kan ada. Keluarga kan ada. Tabahlah wahai Nadhira..

SARAHAH... HATERS DI MANA2 !!

Assalamualaikum... Ok now app sarahah ni ramai orang guna dan disalahgunakan. Kenapa Ira cakap macam tu? Sebab HATERS di mana2! Biasalah tu kita manusia tak sempurna dan tak lari dari buat kesilapan. So sesiapa yang bukak2 je app sarahah dia balik2 kena kecam. Kena kondem apa semua. Sabar ok ! Ira ni sebenarnya dah biasa kena batch. Dari dulu lagi. Sebab tu tak kisah sangat. Cuma apa yang Ira kisah kalau orang balik2 cakap Ira ni tak reti makeup , acah2 cantik and so on. Hey haters, orang yang TAK RETI, boleh belajar dan dia boleh belajar dari pengalaman yang dia dapat. At least Ira cuba untuk jadi cantik. Ye, cantik tu memang lumrah seorang wanita. Ada member Ira cakap haters yang jeles ni sebenarnya jeles tengok kau yang takde penilaian diri. Kau kena ubah! Ira tahu Ira kena ubah diri Ira. Tapi berubah bukan macam makan gula2. Semuanya bermula dengan USAHA. Sekarang ni pun Ira tengah cuba belajar makeup, macam mana nak cantikkan diri. Tapi slow2. Ira takdelah terus nak beli bar...

Set Cherry Blossom buat kulit jadi gebu !!

Assalamualaikum semua... Holla! Hari ni nak cerita pasal set mandian yang tengah famous sekarang... Set cherry blossom yang pink2 gitu... Kalau korang nak tahu pakai set mandian ni tak payah pergi spa dah buat kulit korang jadi cantik, gebu mulus... Tak percaya? Testimoninya Ira sendirilah. Ira pegang kulit Ira lembut aje wangi lak tu! Dah berapa bulan dah pakai set mandian tu. Cuma sekarang pakai selang2 sebab dah nak habis. Tak cukup bajet nak beli lagi hehehehe ^_^ Tadaa! Ni dia 3 set mandian cherry blossom. Ira tak tipu memang best guna mandian ni. Wangi je. Pakai losyen memang wangi sampai Ira keluar bilik family Ira tegur, "Kau pakai apa kak wangi2 ni?" Haa, cubalah beli. Tak rugi dari pergi spa mahal2 kan. Baik buat skrub badan sendiri. Warna pun macam bunga sakura je kan hihi =)  Ira beli kat mana? Ira order online pickup kat depan rumah aje. (Memang penjual dia kat depan rumah Ira) Pastu dapat pack masker shiseido hitam lagi. Disebabkan Ira puas ...

Aurimex Ladies #gadiskilang

Hope ada masa kita jumpa lagi ye akak2 sekalian =)

Jom Grab Crispy Choco Jar ! - Dropship by NADDY

Assalamualaikum.... Ada sesiapa penggila coklat tak kat sini? Sila angkat tangan... Haa, penggila coklat sekalian, Ira nak promote Choco Crispy Jar ni. Ira buat sendiri ke? Nope! Ira cuma dropship bantu cousin Ira. Cousin Ira tu agen lagi besar pangkat dia hihi. Terliur tak? Hehe. Untuk pengetahuan korang, Ira pun suka makan coklat. Seriously! Haa mehlah order Crispy Choco Jar ni berjemaah ye. Ira tau korang terliur! Lagi sedap kalau tengah tengok movie sambil krup krap benda alah ni. Sedap guys! Rugi kalau tak order   🌸 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 Ni harga dia :  ORIGINAL PLAIN  BIG - RM 11.00 SMALL - RM 9.00 TOPPING  🌸 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 🍫 OREO  KITKAT BUENO M&M BIG - RM 12.00 SMALL - RM 10.00 Harga pun berpatutan untuk korang beli. Lagi2 student. Student mampu punyalah nak beli and grab your favourite topping!  Order jangan tak order ! Boleh pm Ira di  facebook , ws 0129357458. Buat m...

Gula Polo ~

Assalamualaikum... Hai semua! Tadi dalam kelas Marketing tengah kunyah gula2 polo pastu masa nak ambik lagi gula2 tu tiba2 pum!!! Berterabur gula2 tu jatuh atas lantai. Malu woi! Huhuhu. Ira makan sebab nak hilangkan mengantuk. Then budak2 kelas semua gelak. Lec pun tiba2 berhenti cakap. "Apa tu?" "Ohh gula2 polo tu. Gula2 donut HAHAHA. Saya suka makan gula2 tu masa saya study dulu." - Ms Lee. Sekian... *Tulah ganas sangat kan dah kena!

Puberty

Assalamualaikum... Holla! Nampak tak perbezaan Ira yang dulu dengan yang sekarang? Dulu Ira gemuk, berisi gelap sikit hehehe. Sekarang dah kurus semua mengecut. Hmm. Rindunya nak gemuk!