Skip to main content

Review : Scrub St Ives Apricot

Assalamualaikum..

Holla!


Ok gais inilah scrub muka yang Ira pakai sekarang. St Ives Apricot Fresh Skin. Seriusly pakai scrub ni best sangat sebab bau wangi walaupun tekstur scrub ni kasar tapi lepas je Ira pakai scrub muka rasa lembut je. Mula2 tengok member pakai yang jenis blackhead punya tu. Mula2 memang Ira nak beli yang tu tapi bila fikir balik takpayah lah sebab member cakap kau bukan ada blackhead pun. So tangguhkan dulu pembelian.

Dahlah time tu tengah kerja watson pulak sebelah kedai je. Mana tak berkobar kobar tengok. Lagi2 watson tengah buat sale masa tu. Lagilah tak sabar kan. Ira beli scrub tu masa tu takdelah mahal sangat. Harganya dalam RM 20 je. Berpatutanlah untuk student macam Ira ni. Tak mampu nak beli skincare yang mahal2. Yang paling best St Ives ni 100% natural dan free paraben! Tak ada animal testing dan tak terlalu mahal. Scrub ni jangan pakai hari2 pulak.. Nanti kulit kering so pakailah 2-3 kali seminggu. Kalau Ira malas sangat pakai sekali je seminggu taknak kulit jadi nipis susah pulak nanti. So far Ira pakai scrub ni memang puas hatilah. Dah sebulan dah Ira pakai St Ives ni. 

Oklah sesiapa yang berminat nak cuba scrub ni cubalah! Ira galakkan kepada muka yang tak sensitif tu. Harga berpatutan tau. Bau pun wangi. Lepas pakai muka jadi lembut macam baby hehe. Asyik pakai skincare 7hari dah putih, haa cuba pulak produk natural tanpa mercury ni confirm puas hati sebab sebelum Ira beli scrub ni pun Ira google jugak. Tengok dan baca review dari pemakai. Alhamdulillah semua respon yang positif... Nanti nak mekap senang muka dah bersih. Dah sental dengan scrub. 

Btw, selamat mencuba :)


Comments

cik puan rrai said…
kite pun suka pakai scrub kat muka. rasa lembut jeee lepas dah selesai scrub tuu..
Anonymous said…
Hello, of course this article is genuinely fastidious and
I have learned lot of things from it about blogging.

thanks.
Anonymous said…
I every time spent my half an hour to read this weblog's
content everyday along with a mug of coffee.

Popular posts from this blog

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...