Monday, 29 October 2018

Review : Pemutih Gigi Nucifera

Assalamualaikum...

Holla!


Kali ni nak buat review pasal pemutih gigi Nucifera. Ternyata berkesan kat gigi Ira =)

Alhamdulillah dah 6 kali pakai tu pun tak pakai hari2. Ira pakai selang2 jimat sikit. Nak beli lagi mungkin tak mampu huhu. Harga dia RM 85.00. Ira dapat free. Takdelah ni Ira bawak balik kawan punya kebetulan dia tinggalkan dekat hostel. Dia pernah cakap pakai benda ni leceh. Ye betul leceh payah sebab masa Ira nak gosok gigi tu arang dia akan bersepah di atas sinki. Itulah hakikatnya. Faham2 jelah. Arang kan. Pandai2 lah bersihkan balik :p

So sekarang tak tahulah dia nak balik ke tak benda ni. Kalau Ira sayang nak tinggalkan sebab mahal kan. Ubat gigi biasa pun mur mur je. Bukan sebarang orang boleh pakai pemutih gigi ni. So far Ira pakai Nucifera ni bestlah. Best sebab bila tengok cermin gigi putih suci je hehehe.  Cara nak pakai? Senang je. 

1. Ambik berus gigi. Kalau boleh berus gigi yang halus.
2. Basahkan berus gigi dengan air.
3. Celup dengan pemutih gigi Nucifera.
4. Gosok gigi korang macam biasa. Kalau boleh gosok kat bahagian yang hitam2, karat tu semua..
5. Selesai!

Biasanya kalau Ira rajin, Ira akan guna pemutih gigi ni lepas Ira gosok gigi. Maksudnya mula2 Ira berus gigi dengan ubat gigi lepas tu Ira gunakan pemutih gigi ni.. Tu saja bossku... 

Selamat mencuba!


Ni testimoni gigi Ira sendiri... Putih kan hehehehe ^_^






Image result for brush teeth gif anime


No comments: