Skip to main content

Set Cherry Blossom buat kulit jadi gebu !!

Assalamualaikum semua...

Holla!

Hari ni nak cerita pasal set mandian yang tengah famous sekarang... Set cherry blossom yang pink2 gitu... Kalau korang nak tahu pakai set mandian ni tak payah pergi spa dah buat kulit korang jadi cantik, gebu mulus... Tak percaya? Testimoninya Ira sendirilah. Ira pegang kulit Ira lembut aje wangi lak tu! Dah berapa bulan dah pakai set mandian tu. Cuma sekarang pakai selang2 sebab dah nak habis. Tak cukup bajet nak beli lagi hehehehe ^_^


Tadaa! Ni dia 3 set mandian cherry blossom. Ira tak tipu memang best guna mandian ni. Wangi je. Pakai losyen memang wangi sampai Ira keluar bilik family Ira tegur, "Kau pakai apa kak wangi2 ni?"

Haa, cubalah beli. Tak rugi dari pergi spa mahal2 kan. Baik buat skrub badan sendiri. Warna pun macam bunga sakura je kan hihi =) 

Ira beli kat mana?
Ira order online pickup kat depan rumah aje. (Memang penjual dia kat depan rumah Ira) Pastu dapat pack masker shiseido hitam lagi. Disebabkan Ira puas hati dengan mandian ni, Ira order charcoal mask pulak. Mask tu pulak Ira tak pakai selalu... Ira just pakai sekali seminggu untuk hilangkan bintik2 hitam yang bertakhta di muka Ira ni huhuhu.

Image result for charcoal mask

Haa ni dia. 

Nak tahu harga set mandian cherry blossom dengan charcoal mask ni? Ira beli murah je. Kalau kat luar tak tahulah. Ira ada survey jugak. Ada yang mahal, ada yang murah. Depend tempatlah. Set mandian ni Ira beli hanya RM 23 (Offer masa tu) dan charcoal mask ni RM 9. Murah kan? Sebab tu teringin sangat nak beli. Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah hee ^_^



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...