Skip to main content

CEGAH DENGGI !

Image result for cegah denggi

Assalamualaikum..

Hai semua!

Sekarang ni ramai dah kawan Ira yang kena tahan wad disebabkan suspek denggi. Rasa sebak tengok dia orang kena masuk air berbotol2. Tak sampai hati tengok. Yelah selama ni tengok dia orang senyum je, gembira je. Tiba2 masuk wad disebabkan gigitan nyamuk aedes ni. Ya Allah mintak dijauhkanlah. Harap2 kita yang tak kena ni sentiasa berwaspada. Ira kesian tengok dia orang macam tu kena cucuk je ambik darah lepastu masuk air. Ira pun nak jugak sampai kena ceramah dengan kawan Ira yang namanya Wanyy. Dia ceramah panjang2 katanya takpayah rasa. Kau takpayah mulut celupar sangat cakap teringin nak incharge masuk hospital lah bagai. Ok fine. TAK PAYAH MENGADA NAK RASA OK :')

Jadi sekarang, nak share tips cegah penyakit denggi ni. Copy paste je huhu.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
"Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah."
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  2. Membuang bekas yang boleh menakung air
  3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
  4. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
  5. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  6. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  7. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  8. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  9. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  10. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  11. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
Petikan sumber: Infosihat.gov.my
Sekian =)

"Ya Allah semoga kita semua sentiasa sihat dan mintak dijauhkan dengan penyakit ini. Semoga panjang umur dan bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan teruskan hidup di muka bumi ni. Alhamdulillah syukur atas segalanya. Permudahkan segalanya... Semoga engkau memberikan perlindungan untuk kita semua..."


Comments

Anonymous said…
It's going to be end of mine day, however before finish I am reading this wonderful piece of writing to improve my
experience.
Anonymous said…
Hi, after reading this remarkable piece of writing i
am as well delighted to share my knowledge here with friends.
Anonymous said…
This is the right site for anybody who really wants to understand this topic.
You realize a whole lot its almost tough to argue with you (not that I actually would want to…HaHa).
You certainly put a brand new spin on a topic which has been discussed for years.

Wonderful stuff, just great!
Anonymous said…
Great blog here! Also your web site loads up fast! What web host are you using?
Can I get your affiliate link to your host? I wish my web
site loaded up as fast as yours lol

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...