Skip to main content

Review : Masker Freeman Colour Pink !

Assalamualaikum...

Hai korang!

Image result for freeman mask

Kali nak review produk masker yang paling best yang pernah Ira pakai. Rasanya Ira baru pakai 3 kali masker Freeman ni. Serius pakai masker ni memang best sebab bau wangi boleh hilangkan stress. Kalau korang nak tahu set masker Freeman ni pun ada yang jenis Anti Stress. Yang anti stress tu warna biru. Yang Ira pakai sekarang ni yang warna pink. Kalau korang nak cuba, Ira cadangkan korang beli yang warna kuning (clay mask) dan juga warna pink (pomegranate).

Macam biasa, sebelum Ira nak beli produk masker Freeman ni, Ira akan tengok review dan feedback dari pengguna-pengguna setia produk masker ni. Usha kat youtube dengan blog, tengok macam best je dia orang pakai. Tu yang beli tu. Harga pun berpatutan. Sesuai sangat untuk kita yang student ni huhuhu. So far tak sampai sebulan lagi Ira pakai masker ni. Nak tunggu sebulan. Tengok macam mana. Tak sabar nak tunggu perubahan. Kot2 makin flawless ke kan hahaha. Macam St Ives Apricot tu dah sebulan Ira pakai. Ok je. So kedua-dua produk tu Ira bagi rate 5 stars! Hee =)

Macam mana nak pakai? Senang je. Pakai masker lepas korang apply toner atau lepas cuci muka korang. Kalau Ira prefer cuci muka dulu baru pakai masker. Elok sebelum tidur. Buat treatment muka sikit.. Lepas tu apply masker ni kat seluruh muka korang, kalau rimas nak apply dekat tempat tertentu pun boleh macam kat bawah mata ke, kat tempat berjerawat ke kan. Sebenarnya kat belakang pack masker ni pun dah ada cara-caranya. Tempek kat muka tunggu 10-15 minit, siap! Masker peel of gais. Cubalah serius memang best Ira tak tipu..






Tadaa!!!
Freeman Pomegranate...
Harga pasaran : RM 20 +++

Tapi Ira beli masa tengah offer dekat watson mesamall. RM 20 ringgit je masatu. Nak habiskan stok latu hihi

Image result for line town gif

Mood sekarang : Lapar + Ngantuk 

Image result for hungry cartoon gif

Comments

Shafyqah Azahar said…
sha guna yang lemon sbb kulit berminyak hehe best, kulit rasa lembut
Anonymous said…
Thanks a bunch for sharing this with all of us you actually realize what you are
speaking approximately! Bookmarked. Kindly also consult with my web site =).

We may have a link exchange agreement between us

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...