Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

PEREMPUAN ~

Assalamualaikum... Girls? Horray dah habis trial hahaha! Kau jangan suka sangat, spm tak lepas lagi... Entah apa result yang keluar nanti. Janganlah ada yang failed...  Malam ni saja nak cakap pasal attitude perempuan. Macam biasalah Ira pun perempuan, so senang sikitlah nak berhujah pasal perempuan ni. Kalau dah namanya perempuan, tak habis dengan lelaki, fesyen, dress up, cakap banyak like me. Then overthinking tak tentu pasal sampai sakit kepala. Bila nak period je mulalah bad mood. Betul tak kaum hawa? First of all, kuat makan. Perempuan memang kuat makan. Itu fakta wajib. Macam Iralah. Nampak badan kecik tapi kalau bab makan, amik kau! Monster pun kalah. Lagi lagi kalau ada aiskrim... Pergh! Tengah kempunan ni. Hehehe. Pernah tak, bila merajuk balas chat nak tak nak aje. Lepas tu kalau marah betul balas chat dah macam karangan. Yeah, itu Ira jugak. Macam lion! Tu antara ayat yang Ira copy dari facebook dan sememangnya sama dengan perangai Ira sendiri. Ka...

Smile, smile and smile.

Assalamualaikum... "Jadilah wanita yang paling bahagia dengan senyumanmu. Lupakan kesedihan yang menimpamu. Sentiasa fikirkan perkara yang membuatkan kamu bahagia." Perkataan dari buku yang Ira baca iaitu Jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia. Best buku ni. Semua perkataan yang ada dalam buku tu deep. Nak? Tanya kawan Ira sebab Ira pun pinjam buku tu dari dia hahaha. Thanks Mira sebab pinjamkan buku tu kat aku. Masa Ira baca buku tulah hati Ira terdetik nak berubah. Yalah, buku tu seolah olah mengajar Ira erti kesabaran yang sebenar benarnya. Senyum selagi mampu. Senyum pun dikira sebagai sedekah tau tak. Dulu kan Ira selalu post kat blog ni pasal sedih aje. Sekarang ni Ira nak post pasal happy good lucky aje... Barulah korang nak baca kan?  Impian Ira, Ira nak travel jauh jauh then kongsikan dengan korang. Kalau mampu, Ira bawak family Ira sekali. Dah memang tulah impian Ira dari dulu lagi. Bahagiakan family Ira dengan tulang empat kerat ni...

Tentang purdah dan Hidayah Allah SWT

Assalamualaikum... "Pakai purdah adalah sunat Nabi Muhammad SAW dan juga sunnah. Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukan sunnah. Title syurga akan diberikan ke atasnya..." Ira sendiri tak tahu kenapa hati Ira terbukak nak pakai purdah ni. Kalau nak ikutkan Ira ni bukan baik sangat pun. Dulu bila tengok orang pakai purdah atau niqab dalam hati mesti ada rasa pelik. "Kenapa orang tu pakai purdah? Ira dulu gelar orang yang pakai purdah ni orang arkam. Padahal kebanyakkannya orang yang pakai purdah ni orang arab kan sebab kat negara dia orang padang pasir. Ramai yang mempersoalkan tentang purdah ni. Lagi lagi kat Malaysia. Sampai ada orang cakap orang yang pakai purdah ni ajaran sesat. Astagfirullah. Bila Ira kaji balik pasal purdah ni, sama sekali berbeza. Ajaran sesat? Pelik betul. Orang tutup aurat dengan sempurna pun cakap ajaran sesat. Isteri dan anak perempuan Nabi Muhammad SAW juga berpurdah. So? janganlah anggap meraba...

Solat duduk

Assalamualaikum... Maaf gambar dari encik google... Tadi lepas mandi wajib Ira cuba untuk bersolat duduk. Kenapa Ira solat duduk? Sebab tadi kepala Ira sakit sangat macam yang Ira cakap kat post sebelum ni. Cikgu sains Ira cakap kalau kepala Ira tak boleh tahan masa solat berdiri better solat duduk. So hari ni Ira try lah. Mula mula memang rasa kekok tapi lama lama alhamdulillah okey. Apa Ira rasa masa solat duduk? Rasanya sama aje macam solat berdiri. Cuma rukuk kita tundukkan sikit badan lepas tu sujud macam biasalah. Tengoklah kalau waktu asar kepala Ira dah okey, Ira solat macam biasa... Ira cuma nak cakap bila kita jaga solat ni hati kita rasa sentiasa tenang. Tak macam dulu, asyik gelisah lepas tu kelam kabut tak tentu pasal. Percayalah, kita jaga solat, insya-allah Allah pun akan jaga kita. Sebenarnya niat Ira nak pakai purdah. Ira bukan nak ikut ikut orang tapi hati ni memang dah terbukak nak pakai. Cuma masa je yang tak mengizinkan lagi. Keadaan sebenarnya y...

Cerpen : Suatu Hari Di Bukit Broga

“ Kenangan yang mengembalikan ingatanku...” Sejak tersedar dari koma, Farina sering tertanya-tanya. Di manakah dia? Siapa dia dan... Mengapa dia perlu terlantar selama berbulan-bulan sedangkan orang lain gembira tanpa dugaan pun. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadapi amnesia. Dia langsung tidak mengenali sesiapa pun kecuali mama dan papanya. “Arin?” sapa seseorang yang dia tidak mengenalinya. “Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?” ujar Farina. Matanya kembali memandang kolam ikan di taman mini rumahnya. “Aku Amira. Takkan kau tak ingat siapa aku walau sikit pun? Aku kawan kau Rin.” getus Amira. “Maaf, tak. Aku amnesia. Aku tak boleh ingat sesiapa pun kecuali mama dan papa aku.” Amira terdiam. Dia memegang tangan Farina lembut. “Aku tahu macam mana nak pulihkan ingatan kau. Ikut aku esok pergi satu tempat. Tempat tulah kita sama-sama menggila dan kat situlah seseorang yang kau cintai jaga kau sampai kau jatuh. Mungkin kau hilang ingatan sebab kau tahu dalam hati...

Cerpen : Menjelang Hari Esok

“Esok pasti saya akan pergi...” Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue seorang yang periang orangnya. Adakala dia akan jadi pendiam. Diam seribu bahasa sehingga semua orang sukar mentafsirkannya. Setiap hari dia hanya akan menjadi ‘ok’ saja. Tetapi kali ini, tiba-tiba saja dia mahu berubah. Hatinya terdetik untuk memakai purdah dan berhijab seperti gadis arab. “Aku tak fahamlah dengan kau Jue,” ujar Syasya yang merupakan sahabat baik Jue sejak kecil lagi. Jue mengerutkan dahinya, “Apa yang kau tak faham lagi Sya?” Pertanyaan sahabatnya itu dibalas dengan pandangan sinis. “Yalah. Kau tiba-tiba nak pakai purdah lepas tu nak berhijab dah kenapa?” soal Syasya. Dia hairan melihat sahabatnya yang semakin hari semakin pelik. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan Jue? Jue diam. Dia tidak membalas pertanyaan Syasya sebaliknya matanya fokus kepada bacaaannya yang berkenaan tentang ‘Sunnah Memakai Niqab’. Helaian demi helaian, air mata Jue ti...