Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Kisah Aku dalam Ambulance

Assalamualaikum guys... Lamanya tak bukak blog! Rindu kat blog Ira yang dah berhabuk ni haha. Apa cerita korang? Sihat tak? Alhamdulillah hari ni Ira dah sihat sikit berbanding hari tu. Nak tau Ira sakit apa then kenapa tetiba ada gambar ambulance pulak ni? Sebabnya hari khamis hari tu Ira sakit teruk ohh. Sakit sampai tak boleh bangun :( Tak pernah sakit teruk macam tu sekali hmm... Nak dengar tak? Cehh macamlah korang boleh dengar suara Ira kat sini hehe. Okay macam ni. Sebenarnya family Ira ramai dah sakit... Ira action lah yang Ira ni jenis susah nak sakit lepas tu khamis pagi tu perut Ira macam menggelodak tau. Macam sakitlah. Nak muntah gitu. Ira dah cakap dengan mak Ira pastu Ira pergi jelah sekolah. (Nak buat kerja kursus akaun punya pasal) Ira buat macam biasa jelah kat sekolah tu. Bertugas kat koop pagi pagi tu. Then masuk kelas dah cakap dengan Mira dah yang family Ira ramai yang sakit. Nasib baiklah time bi tu cikgu tak datang. Duduk dalam kelas ajelah. Tenga...

Biodata Artis Fav Ira iaitu Ariana Grande !

Assalamualaikum guys... Cer teka gambar siapa kat atas tu? Mesti korang kenal... Tipulah kalau tak kenal artis amerika yang tengah hot sekarang ni. Lagu lagu dia pun selalu main kat radio. Siapa dia? Ariana Grande lah awak... So malam ni Ira nak share dengan korang pasal sis comel ni hihi.  Profil Singkat Ariana Grande Nama Lengkap / Lahir : Ariana Joan Grande Butera Nama Panggilan : Ariana Nama Panggung : Ariana Grande Tempat Lahir : Boca Raton, Florida, Amerika Serikat Tanggal Lahir : 26 Jun 1993 Agama : Kristian Tinggi Badan : 159 Cm Kewarganegaraan : Amerika Ibu : Joan Grande Ayah : Edward Butera Kakak : Frankie Grande Ariana Grande on Twitter : @ArianaGrande Fakta Tentang Ariana Grande 1. Sebutan penggemar Ariana adalah Arianators. 2. Ariana hobi membaca buku. Buku yang paling disukainya adalah serial Harry Potter. Sementara tokoh dalam serial Harry Potter yang pa...

KRRISH 3 - Official Theatrical Trailer (Exclusive)

Assalamualaikum guys... First of all Ira nak bagitau kat korang yang laptop Ira rosak! Hmm dahlah time ni nak buat kerja kursus, time tulah dia nak rosak. Nak tau apa yang rosak? Lepas window terus jadi warna hitam just ada cursor. Dah tanya kat kedai komputer acer hari tu, dia cakap macam macam lah. Harap harap lah hard disk elok. Kalau tak kena 400 lebih woi :( Ni rajin update post pun guna komputer tempat kerja hehehe. Ambik kesempatan nak update blog. Kalau tak berhabuk lah kau hihi. Now Ira nak share pasal trailer krrish 3. Ekceli kat tv 3 petang tadi ada siarkan filem ni kan? Ira dapat tengok separuh je sebab Ira masuk kerja pukul 4 huhu. Citer ni best tau. Dah macam filem mat salleh dah. Rugi tak tengok sampai habis. Siapa yang minat hindustan macam Ira tu silakan lah tengok trailer ni. Bagi siapa yang belum tengoklah :)

Tips Hilangkan Stres Belajar

Assalamualaikum...   1. Melakukan yoga Ketika Anda terdapat waktu kosong, alangkah baiknya Anda meluangkan sedikit waktu untuk melakukan yoga. Ada beberapa pose yoga yang berfokus pada bagian dada dan pundak sehingga dapat melepaskan beban mental maupun fisik. Postur ini dapat membantu melepaskan tekanan emosional serta dapat menghilangkan efek negatif duduk terlalu lama di dalam pejabat. 2. Melakukan aktiviti menyehatkan Anda dapat melakukan berbagai aktivitas yang menyehatkan seperti berolahraga ringan, misalnya bersepeda ataupun berjalan santai. Aktiviti yang Anda lakukan tersebut dapat membuat tubuh Anda merasa lebih rileks dan dapat menurunkan tekanan darah serta dapat menghilangkan stres yang sedang Anda alami tersebut. 3. Belajarlah tegas untuk berkata tidak Mungkin Anda akan sangat sulit untuk mengatakan 'tidak' dalam kehidupan, kerana Anda akan berpikir bahwa dengan menolak tersebut, orang lain akan merasa jengkel terhadap diri Anda. Cubalah untuk ...

Giveaway Anak Merdeka 2015!

Assalamualaikum guys... Dah nak merdeka right? So, jomlah join giveaway ni :) Tak rugi pun... Hihi. Klik banner untuk maklumat lebih lanjut okay guys? ^^ Tempoh Giveaway:  21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)

Kenapa Ira tak pilih aliran sains?

Assalamualaikum guys... Holla, Ira kembali lagi hehe. Sekarang ni Ira nak bercerita pulak tentang kenapa Ira tak pilih aliran sains. Siapa ada baca fakta Ira taulah Ira ambik aliran apa sekarang. Siapa belum baca, pergi baca sekarang... Eh paksa orang pulak XD Sebenarnya Ira minat sains. Minat sangat tapi sayang Ira tak dimasukkan di kelas sains, Ekceli boleh je masuk aliran tu dengan permohonan. Kawan kawan Ira ramai yang bising. Bising sebab Ira tak mohon kelas sains tu. Lagipun Ira minat biologi. Sains tulen ohh. Satu je sebab kenapa Ira tak mohon kelas sains tu padahal masa tu banyak lagi masa untuk mohon. Sebabnya Ira ni tak layak! Ira rasa diri Ira ni tak setaraf dengan budak budak sains. Nanti kang kalau Ira masuk kelas tu, kecundang teruk aku!! Bila Ira fikir balik macam menyesal pulak tak masuk kelas sains tu. Tapi mungkin ada hikmahnya kenapa Ira tak buat keputusan betul betul. Then Ira rasa subjek yang ada dalam kelas tu macam susah. Susah nak ambik. Macam biologi, ...

Kerja Kursus Akaun !

Assalamualaikum guys... Hai korang! Salam maghrib hehe. Sekarang ni Ira nak share dengan korang pasal kerja kursus Ira yang mungkin banyak. Banyak ke? Banyak kut. Cikgu kata 40 dokumen. Ambik kau banyak letu hahaha. Tapi nasib baiklah Ira ni minat akaun. Minat tapi result selalu tak dapat A+. Boleh ke Ira dapat A+ dalam akaun ni? Hmm insyaallah... Tengok gambar ni kejap. Ni baru sikit. Belum yang 40 dokumen tu lagi. Sebenarnya Ira tak yakin tau boleh buat benda ni tapi disebabkan keyakinan Iralah, Ira berkobar kobar nak buat. Haha ayat tak nak kalah. So Ira tak nak cerita panjang. Malas nak cerita panjang sebab Ira pun baru buat kan. Ira harap siapa yang ambik akaun batch 99 ni good luck lah. Hope korang boleh buat... Dah nak last raya kan? Ira nak payung gambar sat. Hihi jangan kata kak yong tak payung gambar. Kak yong kau :p Perasan lawa jap >< Selamat hari raya from me, Yana, Imal and Azrin...  Last raya okayy hihi. Ok bye!

Siapa Aku Sebenarnya?

Assalamualaikum... Sebab apa aku selalu mengeluh? Aku mengeluh ada sebab. Sebabnya aku selalu dipinggirkan. Persoalannya, aku dipinggirkan oleh siapa? Bukan keluarga tapi adalah hamba Allah. Ramai orang selalu pinggirkan aku. Anggap aku ni tak wujud. Aku tanya korang ni, seoronok tak hidup macam tu? Bagi aku, tak seronok langsung. Aku datang ke tak datang sama je kat sekolah tu. Orang tetap anggap aku ni tak wujud. Sebab apa aku cakap macam tu? Hmm... Banyak sebabnya. Sebabnya aku sendiri pun tak faham kenapa orang buat macam tu kat aku. Macam contohnya, aku bertugas kat koperasi tapi bila dah habis waktu rehat, aku belum balik kelas lagi so aku stay jelah kat koop dulu. Ada sorang kawan aku ni, dia nak balik kelas, dia salam dua orang kawan dia je. Aku? Dia langsung tak salam. Padahal kita orang dah lama kawan. Lamalah jugak. Dalam setahun lebih gitu. Aku babailah dia. Dia langsung tak pandang. Aku jadi bengang bila orang buat macam tu kat aku. Aku rasa macam tak penting langsun...

Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan

Assalamualaikum Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?. Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia : 4000BC+2010AD=6010 tahun Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.  Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia dias...

Kata Kata Motivasi

Assalamualaikum guys... Hari ni Ira just nak share kata kata motivasi guna tumblr jek hahaha. Jom usha sat... Sekian... Nak lagi ke? Pergi lah tanya En. Google hee :)

Kenapa aku selalu berangan?

Assalamualaikum peeps!  Okay guys, sekali lagi Ira nak guna bahasa aku sebab entry ni lawak sikit. Lawak ke? Kalau korang rasa lawak gelaklah dulu hohoho. Sebenarnya entry ni takdelah lawak mana. Biasa biasa je. Tapi tengok dari tajuk macam kelakar kan? Dah dah sekarang ni aku nak sambung cerita aku. Kenapa aku selalu berangan? Aku berangan ada sebab. Sebab muka aku berjerawat? Eh bukan sebab tulah... Aku berangan sebab aku selalu fikir pasal masa depan aku, fikir pasal masalah aku. Bukan berangan suka suka. Suka hati awak je cakap saya selalu berangan. Kadang kadang aku selalu jugak bukak lagu dunia khayalan yang dinyanyikan oleh Gina Umayati tu. Tau tak yang mana? Alah yang cerita dongeng indonesia tu. Best tau cerita tu. Haa, yang tulah. Aku bukak lagu tu sebab aku nak tenangkan fikiran. Aku selalu bayangkan betapa indahnya hidup aku kalau takde orang yang selalu nak dengki dengan aku. Indah kan kalau hidup ni selalu ceria? Best wehh... Lepas tu masa aku berangan tu, ada...

Susahnya nak jadi baik !

Assalamualaikum everybody, Post Ira kali ni serius. Tak main main. Habis selama ni Ira main mainlah? Hmm korang rasa? Fikirlah sendiri... Btw, untuk pengetahuan korang gambar kat atas tu bukan Ira tau, gambar dari google. Ira tengok kan ramai kat sekolah Ira mengenakan tudung labuh. Ira suka tengok dia orang pakai tudung labuh. Nampak cantik sangat. Walaupun hati Ira belum terbukak lagi nak bertudung labuh tapi sekarang ni Ira berubah sikit sikitlah nak labuhkan tudung. Memanglah tutup aurat tu wajib tapi tak semestinya yang pakai tutup litup tu baik. Tak... Ada jugak yang free hair baik. Ada yang solat lima waktu sehari semalam tapi tak pakai tudung. Ramai. Cuma kita yang tak tahu. Apa yang kita tahu semua perempuan yang pakai tudung tu baik, alim. Bak kata kawan Ira, pakai tudung labuh satu tanggungjawab yang besar. Kenapa? Sebab bagi dia kalau orang pakai tudung labuh tapi couple lepas tu cakap mesra mesra dengan lelaki. Awak rasa? Kena fikir jugak pasal tu. Yalah kita kan ...

"Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015"

Assalamualaikum guys... "Blog saya mengenai kisah peribadi saya. Kebanyakannya lah. Saya ada jugak tulis pasal hal dunia luar macam contohnya tutorial untuk share dengan pembaca. Novel pun ada hehe. Walaupun blog saya tak best macam blog kak lyssa, saya tetap suka dengan blog saya yang simple ni."  (45 patah perkataan)  Macam buat karangan pulak hehe. Pape pun hope jadi bloglist kak lyssa yang dah lama menjadi idola Ira. Tarikh tutup  7 Ogos 2015 .