Skip to main content

Posts

Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum... Lama tak dengar khabar aku kan? Blog dah lama tak update sampai berhabuk sepuluh inci. Haha. Aku kat sini sihat alhamdulillah cuma sekarang aku nak tahu perkembangan penyakit talasemia aku ni macam mana. Takde berita sampai sekarang. Klinik tu senyap je. Lepas tu sekarang aku ada dermatitis pulak. Haih macam macam... Btw, aku mintak maaf sebab tak ucap selamat tahun baru kat korang. Hehe. Selamat tahu baru gais. Dah tahun 2016 dah. Kejap je kan. Tahun ni umur aku 17 tahun so dugaan yang paling besar yang aku kena tempuhi ialah SPM! Macam tak percaya yang aku akan hadapi SPM tu. Masa kecik kecik dulu tak sabar nak jadi besar. Sekarang ni dah besar nak jadi kecik balik. Huhu. Tapi aku memang nekad lah nak berubah. Nak belajar rajin rajin. Harap dapat capai target. Yang paling penting sekarang aku dah tak ambik add math... Hihi... Sebab aku tau, kalau aku ambik add math aku memang tak boleh bawak punya. Dahlah aku ni lemah math. Sekarang aku cuma nak cari jalan na...

Kecewa .

Assalamualaikum... Kecewa? Yes aku kecewa sangat dengan perangai manusia ni. Aku ada ke takde sama je. Macam aku ni tak wujud je bagi dia orang... Sebenarnya aku cuma nak cakap yang sekarang ni aku dah banyak lost contact dengan kawan kawan lama aku. Aku still pakai nombor lama tapi dia orang? Dia orang tukar nombor tak bagitahu aku pun. Sadis. Sekurang kurangnya bagi lah nombor kat aku. Kalau korang nak tau, aku tak pernah pun lupa korang. Aku sentiasa ingat. Aku rasa korang dah lupa aku kot. Yelah dah dapat ramai kawan baru kan. Mana nak ingat aku kat sini. Sekarang ni aku memang dah takde kawan baik. Kawan yang betul betul boleh dengar semua masalah aku. Yang boleh ada dengan aku bila aku senang atau susah. Serius aku dah tawar hati nak ada kawan. Biarlah aku tak ada kawan. Senang sikit. Tapi kadang kadang aku dah penat nak pendam semua ni. Pendam semua rasa yang aku tak puas hati. Aku cemburu bila ada orang yang ada kawan baik ni. Yang tak mengata kawan dia dari belakang. Mac...

"Biarlah gambar berbicara..."

Assalamualaikum...

My Crazy Tutor #6

"Remember when..." Bab 6 S eperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya. “Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir. “Tak apa.” “Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad. Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak...

My Crazy Tutor #5

Bab 5 Cuti sekolah bermula... P agi Sabtu yang sungguh indah. Anis sengaja tidak tidur selepas solat Subuh kerana hatinya sudah tidak sabar lagi mahu keluar dengan Fayyad. Mana tahu kali ni keluar dengan tutornya lagi seronok dari keluar dengan kekasih cinta monyetnya sebelum ni. Membosankan! Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Seperti biasa kalau mahu keluar berjalan, Anis akan bersiap lebih awal. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Rambutnya dibiar lepas. Anis capai beg sandangnya kemudian dia melangkah ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ibunya. “Nak keluar dengan siapa?” Tegur Puan Aisyah sambil menyapukan nutella di atas roti untuk anak perempuannya. “Dengan Cikgu Fayyadlah. Cuti sekolah dua minggu, minggu lagi satu dia nak bawak kita pergi bercuti kat Genting Highland. Tu yang Anis tak sabar nak tunggu minggu lagi satu tu.” Ujar Anis. “Kau biar betul, Anis?” Soal Puan Aisyah. Kali ni hatinya pula yang tidak...

My Crazy Tutor #4

Bab 4   “A nis!!! ” Laung Syasya dari jauh. Anis yang sedang membeli makanan di kantin itu terbantut mahu beli makanan. Si Syasya ni kalau panggil dari jauh ni tak lain tak bukan mesti ada gosip terbaru. “Apa?” Jawab Anis malas. Syasya menarik tangan Anis. Kemudian mereka pergi ke padang. “Kau ni dah kenapa?” Soal Anis lalu dia menjamah keropok lekor yang dibelinya. “Impian kau akan jadi kenyataan wei! Aku nampak prince charming kau tu datang semalam. Handsome gila... Muka macam pelakon korea. Untung kau Anis dapat dia. Siapa nama dia?” Getus Syasya beria-ria mahu tahu pasal lelaki yang menjemput Anis semalam. “Si Fayyad gila tu? Dia bukan prince charming aku tapi tutor aku. Err dia tu baik jugak orangnya.” “Gila-gila pun handsome! Dia tutor kau? Wah, untunglah kau hari-hari dapat tengok muka dia. Tutor lama-lama jadi kekasih. So sweet!” Anis senyum. Betul ke? Kalau ada jodoh yalah! Tapi takkan dia nak bagitahu Syasya yang dia dah jadi kekasih kontrak Fayyad sel...

My Crazy Tutor #3

Bab 3 K ali ni Anis betul-betul buat kereta Honda milik Fayyad calar. Apa aku nak buat ni? Kalau dia perasan kereta dia calar ni, habis aku nanti! “Kenapa muka kau nampak takut sangat ni?” Sapa Syasya. “Tadi aku main basikal Ain lepas tu aku terlanggar kereta Honda tu. Aku tengok ada kesan calar sikit. Aku takutlah pemilik dia marah.” Ujar Anis sambil menunjukkan kesan calar di kereta itu. “Biarkan jelah. Kau kenal ke dengan pemilik kereta Honda tu?” Anis diam. Fikirannya bercelaru. “Ke...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya Fayyad muncul. Dia melihat kesan calar di keretanya. Teruk betul ni, getus Fayyad. Dia pantas menarik tangan Anis lalu masuk ke dalam kereta Hondanya. Syasya terganga apabila melihat Anis pergi dengan lelaki kacak itu. “Impian kau akan jadi kenyataan, Anis. Prince Charming kau betul-betul wujud!” Desisnya. Sampai di restoran mewah, Fayyad masih memegang tangan Anis. Dia membawa gadis itu ke bahagian belakang sekali. “Kenap...