Sunday, 10 January 2016

Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum...

Lama tak dengar khabar aku kan? Blog dah lama tak update sampai berhabuk sepuluh inci. Haha. Aku kat sini sihat alhamdulillah cuma sekarang aku nak tahu perkembangan penyakit talasemia aku ni macam mana. Takde berita sampai sekarang. Klinik tu senyap je. Lepas tu sekarang aku ada dermatitis pulak. Haih macam macam...

Btw, aku mintak maaf sebab tak ucap selamat tahun baru kat korang. Hehe. Selamat tahu baru gais. Dah tahun 2016 dah. Kejap je kan. Tahun ni umur aku 17 tahun so dugaan yang paling besar yang aku kena tempuhi ialah SPM! Macam tak percaya yang aku akan hadapi SPM tu. Masa kecik kecik dulu tak sabar nak jadi besar. Sekarang ni dah besar nak jadi kecik balik. Huhu. Tapi aku memang nekad lah nak berubah. Nak belajar rajin rajin. Harap dapat capai target.

Yang paling penting sekarang aku dah tak ambik add math... Hihi... Sebab aku tau, kalau aku ambik add math aku memang tak boleh bawak punya. Dahlah aku ni lemah math. Sekarang aku cuma nak cari jalan nak lulus modern math. Aku banyak belajar dari kawan kawan aku. Thanks korang sebab dah ajar aku. Rasanya aku tak nak cakap banyak, cukup sampai sini aje aku membebel. Doakan aku ye :)

No comments: