Skip to main content

Tak sia sia sesat kat mentari court

 4.14 pm

Sabtu

Sekarang ni cuaca panas betul. Dekat ofis pun bahang je walaupun bawah aircond. Lepastu meja Ira pulak betul2 depan tingkap. Tingkap tu kena bukak sebab musim covid an. Sabar jelah. Kena rajin reapply sunscreen ni hehe.


Tak nak panjang berjela sekarang ni nak share pasal Ira pernah sesat kat mentari court dulu. Tak sia sia tau dulu gigih la nak pergi casting model kat leisure commerce square tu. Tu first time tau Ira pergi naik train sorang sorang. Sejak dari tu Ira dah pro naik train pegi sana sini.  Sekarang ni terfikir ada hikmahnya kenapa Allah bagi Ira susah sangat dulu. Sejak kejadian tu. Ira berani buat intern dekat sini. Sewa bilik kat mentari court. Masatu tu duduk dekat blok G. Yelah jalan kaki jauh nak pergi naik brt. Kalau korang pembaca setia blog Ira korang akan tahu perjalanan hidup Ira macam mana.


Sekarang ni pun Ira menyewa dekat mentari court tapi block D la. Now jarang jarang je naik brt sebab dah ada motor sendiri. Alhamdulillah berkat kerja keras Ira dapat keluarkan my baby LC hihi. Bila Ira down sangat kan Ira selalu akan terfikir ada sebab kenapa Allah hantar aku kat sini. Mungkin inilah sebabnya. Allah nak bagi aku kerja kat sini. Kenal dengan orang orang baru yang sangat membantu Ira. Memang kalau kerja kat Mydin kau akan buat ramai kawan tapi kena pandai pandai la begaul jugak. Jangan bergaul dengan orang sembarangan nanti hati sendiri sakit. 


Banyak pengalaman Ira sepanjang merantau ni. Tipulah kalau tak rindu family. Rindu sangat nak balik rumah family. Nasiblah ada my bae yang selalu ada di saat Ira tak mintak dia datang sendiri untuk membantu. Sekarang ni sebab apa Ira cakap tak sia sia sesat kat mentari court ni? 

Satu, duduk dekat kawasan yang ramai dengan orang awam. Walaupun Ira ni tak berapa suka dekat tempat yang ramai orang sangat tapi Ira bersyukur masa Ira dalam kesusahan Ira jatuh tak boleh bangun haritu dia orang yang tolong. Lepastu management mentari court sangatlah bagus sebabnya Ira dah pun settle dua dos vaksin yang ramai orang masih tunggu. 


Dah settle vaksin tapi still tak boleh pergi mana mana. I'm still sabar! Tunggu abah umumkan kelonggaran sop untuk kami nanti. Hopefully la.

Biarlah orang nak cakap apa ; Ira duduk dekat flat miskin ke flat buruk ke yang penting bagi Ira, Ira tahu tahap kemampuan Ira. Ukur baju di badan sendiri. Lantaklah orang cakap hidup Ira musnah ke apa sebab Ira tak kacau hidup korang. Tak mintak korang duit untuk bayar bil Ira. Ira bayar semua sendiri. Nak dengarkan kata kata korang sangat sampai bila pun takkan habis. Manusia hanya pandai berkata kata. Mengata sana sini. Kalau hulur tangan bantu takpe. Ni main cakap je lepastu ujub riak pulak tu. Tahu tak dosa korang boleh mengalir senang senang je dari lidah korang yang mengata tu. Ye walaupun hidup Ira tak kaya macam korang tapi Ira tahu Ira mampu sampai tahap mana. Ira tahu azam impian Ira. Korang yang sibuk mengata tu tak tahu apa. Nak marah Ira takde simpanan. Nak marah kenapa? Dengki sangat dengan aku kenapa? Hidup kau dah cukup sempurna. Sampai nak riak dengan aku. Takpe sabar Ira. Benda tu Ira dah tenangkan diri Ira sendiri. Kalau masih teringat apa yang dia orang cakap pasal Ira memang sakit hati. Rasa macam nak pukul. Kalaulah ada dekat depan mata ni kenalah kau!

So that's it I wanna share for today.


Ira bersyukur sangat apa yang Allah dah aturkan untuk Ira ni. 

Alhamdulillah untuk segalanya. Alhamdulillah kerana Allah sentiasa permudahkan segala urusan hidup Ira. Ira akan perbaiki diri Ira InsyaAllah Aamiin. Yang penting doa is so powerful.



Gambar masa dapat cucuk first vaksin kat mentari court. Jangan percaya senyuman tu huk huk. Acah acah je tu. 


 


Comments

Ain Athirah said…
Semoga terus dipermudahkan urusan ira. Abaikan kata-kata orang. mulut orang kita tak boleh tutup
NADDY said…
@Ain Athirah Insyaallah aamiin.. Betul tu ain btw terima kasih =)

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...