Skip to main content

Suka skincare sejak muka breakout


Assalamualaikum hai semua yang belum tidur hihi

Ira yakin tajuk ni semua orang pun berminat sebabnya dekat mana mana socmed pun semuanya suka bab bab skincare ni. Tipulah kalau korang tak suka skincare kan. Sekarang ni skincare is a must sebab muka kita ada satu je tau! 

Malam ni Ira tak nak cakap banyak, cuma saja nak sharing... Ira takdelah pro pun macam influencer lain. Just sharing what I know and maybe product that I use now. 

Sebenarnya Ira start breakout teruk tahun 2020. Hujung tahun 2019 tu pulak mula tumbuh kat muka jerawat yang sama sampai Ira sendiri rimas. Sebab muka Ira tak pernah pun tumbuh jerawat banyak tu. Dulu kalau nak tumbuh pun seketul dua je masa nak period lepastu dah hilang. Then jerawat pasir kat dahi itu je. 

Sekarang ni jerawat tak nak kalah tumbuh sampai tinggalkan parut hitam kat muka. Banyak pulak tu. Tahun 2020 serious Ira cakap memang Ira fedup tengok muka sendiri. Sejak tu Ira banyak belajar kulit Ira ni perlukan apa sebenarnya?? Nanti ada masa Ira akan tunjuk gambar sepanjang muka Ira breakout teruk macam terbakar pun ada muka ni ya allah takut tengok muka sendiri dulu. Ramai tegur tau. Ayah pun cakap kenapa muka kakak makin berkarah. Sedih tau yelah masatu mana mampu nak beli skincare. Dulu belajar kan. Masa Ira breakout tu Ira pakai produk aloevera yang brand guardian tu. Gatal sangat nak buat moisturizer kan. Masatu Ira tak kenal lagi basic skincare routine. Ira just pakai produk collagen vit e warna pink tu. Mungkin sebab tu jugak kot. 4 tahun konsisten pakai tu je dari form 4 sampailah umur 21. Lama kan. 

Masa breakout Ira stop semua skincare. Biarkan muka tak pakai apa apa selama 2 minggu. Lepastu breakout lagi dan lagi sebab degil jugak pakai produk yang ada ingredient aloevera. Korang jangan pulak baca entry Ira ni terus stop pakai aloevera. Jangan ehhhh!

Ni mungkin kulit Ira memang tak sesuai pakai ingredient aloevera tu. Sejak tu sekarang ni Ira nak cari skincare mesti kena tengok ingredient dulu. Lepastu sekarang kulit Ira dah macam sensitif pun ada senang detect kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka Ira. Dengan pakai cleanser lain lain dalam satu masa. Yelah dulu takde ilmu semua main pakai je. Muka dah elok bersih dah kena amik kau huhu!!

Tapi tahun ni alhamdulillah muka Ira makin elok tinggal parut parut hitam bekas bekas jerawat je. Dahlah parut hitam ni ambik masa nak elok hm. Tapi takpe getting better dari yang dulu. Ira amalkan konsep "Basic Skincare Routine" je iaitu macam dalam gambar first sekali Ira share tu. Lepastu add on je serum, essence, sheet mask sleeping mask semua tu. 

Ira sekarang pakai produk somebyme yang yuja niacin tu. Alaa warna kuning tu. Mula mula pakai trial set dia. Dua kali beli trial set now dah berani konsisten beli yang besar sebabnya muka Ira makin elok alhamdulillah! Beli dekat shopee kedai Beautybabe. Cepat cari sekarang if nak beli hikhik. Kedai tu memang trusted sebabnya dah beratus ribu orang dah beli dekat kedai tu. Pernah stop kejap sajalah nak try produk garnier. Then garnier tak sesuai. Jerawat makin banyak naik. Stop garnier pakai somebyme balik alhamdulillah makin elok. Parut2 makin pudar. Tapi somebyme ada banyak jenis tau. Korang kalau nak beli kena tengok skin korang macam mana. Nak fokus rawat skin jenis macam mana? Macam Ira fokus nak rawat parut jerawat warna hitam ni and muka kusam. Ramai tegur masa kerja cashier dulu. So sekarang so far jerawat tumbuh pun sebab purging and hormon. Tapi macam biasa tinggalkan parut huhu.

Rasanya setrakat ni je nak bebel hehe.

Memang itu jelah nak cakap. Ira suka skincare sebab muka breakout. Banyak benda Ira belajar and masatu Ira try and error produk apa yang sesuai kat muka Ira. Tapi kalau nak salahkan mercury. Ira pernah pakai Collagen tu je. Setakat ni tak pernah lagi try mana mana produk mercury lagi. Insaf dah aku :(

So korang yang baru nak jaga kulit tu buat laa basic skincare je okay?

1) Cleanser
2) Moisturizer
3) Sunscreen

Ni paling basic. Kena konsisten baru jadi! Bila kulit dah makin elok nanti barulah add on yang lain macam toner, serum, essence, scrub, eye cream apa semua tu. Kena rajin kalau nak cantik. Muka ada satu je tau. Muka ni la kena pakai sampai bila bila selagi panjang umur. 

Okay laa sekian semua.... Babai ^_^

Nak show off sikit skincare  kita ^^




Goodnight =)




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...