Skip to main content

Vitamin C 21 Century.. ?

Assalamualaikum..


Haii =)

Nak payung gambar taik mata sat. Hehe

Patut rasa berat je nak pergi kelas harini rupanya inilah. Ingatkan Ira yang lambat rupanya memang takde kelas pagi harini. Hm. Katanya petang ni pukul 3pm ada taklimat pasal jadual sem baru. FOBA saje. Huh! Dahlah Ira berjalan kaki harini. Gambar atas tu bukan gambar harini tau. Tu gambar masa nak pi rewang birthday party member.

Kalau korang tengok muka Ira pagi2 ni macam vampire sebab makeup look vampire HAHA. Look tu je Ira mahir sebab teringin nak jadi vampire hehe. So macam biasa port tetap LIBRARY ! Bukan nak baca buku ye kita nak main komputer. Nak update blog. 

So tajuk harini... Nak habaq sikit, Ira baru try makan supplement vitamin c 21 century. Kenapa? Sebab nak maintainkan kesihatan la. Dah berat makin turun sekarang. Nak tahu? 

38kg wehh !!!

Berat tu ialah berat semasa Ira di alam sekolah rendah. Nampak tak ketara den makin kurus huwaaaa!!!!!!!! Berat masa darjah 6 pulak tu. Teruk teruk. Nak kata tak makan, makan banyak. Mungkin makan hati kot. Depress that's why Im being like that. Sorry If I mix the language. Haihh. So mak Ira ade suggest. Cubalah amalkan makan vitamin c. Dah terlalu kurus tu. Muka pun nampak cengkung mengkung aje. So Ira survey lah vitamin c mana yang ok untuk Ira. Cari yang berpatutan. Tak nak mahal sangat. Kita student tak mampu. Beli vitamin tu pun pakai duit bantuan kad siswa huhuhu.

So... Mak Ira kata vitamin 21 century ni dipercayai sebab turun temurun orang amalkan. Pastu pil tu yang boleh KUNYAH tu kita beli kat guardian ye. Tak mahal sangat ye... Ira beli yang 500mg punya. Tu yang Ira mampu. Salesgirl tu kata beli yang 1000mg pun boleh. Takpe, kita cuba yang 500mg dulu. Nak tengok macam mana hasilnya...

Harga : RM26 sahaja. Kita genapkan ^_^

Sejak dari tu Ira amalkan... Lepas makan je makan vitamin c. Makan 1 biji sehari. Pls ikut arahan ! Nanti kang overdose payah. Baru kalini nak research apa kebaikan dia :-


-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
-Dijual hanya oleh pengedar sah sahaja, Jangan takut atau ragu dengan Vitamin ini
Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.



Wahh banyak jugak kelebihan vitamin c ni. Tapi sis yang buat review ni amalkan yang 1000mg. Lepas 4 bulan baru dia update. Ira baru berapa minggu. Nampak macam best je makan vitamin c ni hehehe.Yang paling penting LULUS KKM. Ok nanti dah nampak ketara perubahan Ira update ye... Tak sabar ni.


P/s :

Nak cantik kena usaha. Jangan MALAS ! Lagipun Ira nak maintainkan kesihatan. Nak kembali cergas dan berseri cewahh! Nama pun Nur Nadhira maksudnya CAHAYA yang SEGAR & BERSERI =)

Doakan kesihatan Ira dan seluruh ahli keluarga Ira. Adik Ira demam. Mak sakit tangan. Kucing namanya Oren sakit. Harap mereka cepat sembuh. InsyaAllah Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...