Skip to main content

Cerpen : IRIS ADRIANA


Assalamualaikum, 

Lama tak buat cerpen. Cuba nak improve karya tapi disebabkan masa dan keadaan maka semuanya terkubur macam tu je... Kalau ada salah silap tolong komen di bawah ye. Need your support gais.


Iris, you won…” Bisik Erika pada seorang gadis yang wajahnya persis macam cina. Matanya sepet. Rambutnya lurus seperti di rebonding tetapi tidak rambutnya memang begitu. Kulitnya putih mulus dan sebab itulah wajahnya sentiasa dhiasi dengan mekap. Kalau tak mekap tak sah. Oh, itu bukan dia. Bibirnya nipis tapi gincunya pada masa itu sangat menarik sekali warnanya. Coklat gelap seperti coklat cadbury. Itulah Iris Adriana, pemilik nama gadis yang telah berjaya memenangi anugerah Queen Of The Year pada majlis makan malam sempena menyambut hari jururawat sedunia.
            Erika yang merupakan sahabat baiknya sejurus teman serumahnya itu beberapa kali menepuk bahu Iris. Iris seperti tidak percaya. Kali pertama dia merangkul anugerah itu. Bagi Erika, wajah Iris seperti bidadari ibarat bulan dipagari bintang. Iris sememangnya layak memenangi anugerah itu.
“Erika, biar betul? Aku, aku… biasa je kut,” desis Iris. Dia serba salah mahu bangun dari tempat duduknya.
“Iris Adriana, the queen of the year among all nurse. She deserves got this because she always maintain her personality, natural beauty and do perfect work everytime at here. Give a big clap to her guys,” ujar Pengerusi Hospital Banting iaitu Doktor Nazrin.
Ketika Iris mahu menerima anugerah itu, matanya tertancap pada sebujur tubuh sasa yang tegak berdiri di sebelah Doktor Nazrin. Dia tidak menghiraukan seseorang itu malah tersenyum nipis semasa diambil gambarnya.
“Uish, dah macam dapat anugerah dewi remaja pulak siap kena pakai kalung,” desisnya sendirian di dalam hati.
Sayang, I make you won. You deserves got it. You always perfect in my eyes. I love you,” bisik seseorang yang jelas kedengaran di telinga Iris.
Merah padam muka Iris apabila seseorang yang sebenarnya kekasihnya itu memujinya sebegitu. Ketika dia hendak menjamah kek red perisa red velvet, Erika pantas bersuara memecah kesunyian.
How sweet. Kau untung dapat awek cantik bak bidadari macam Iris ni. Bukan apa, dahlah cantik, pandai rawat pastu pandai jaga penampilan pulak tu. Masak pun sedap. Aku tak nak cakap banyak. Dia memang layak. Bertuah kau, Fattah,” ujar Erika sambil tersengih-sengih.
Ya, nama kekasih hati Iris ialah Fattah. Mereka berdua sepadan. Sorang bidadari, sorang putera. Sesuai sangatlah tu. Sebab itulah menjadi pasangan Iris, ramai yang cemburu. Baginya model popular seperti Fattah tidak sesuai berpasangan dengan seorang jururawat. Itu bagi gadis lain tetapi tidak bagi Iris. Fattah tetap akan menjadi pasangannya sehingga mereka berkahwin nanti. Itu niat Iris.
Ketawa Erika membuatkan Iris mematikan lamunannya. Tak sopan betul. Geram dengan dua ekor ni. Tak habis-habis nak memuji. Nak bodek apalah tu. Macamlah dia tak tahu perangai dua orang ni. Perangai lebih kurang je. Puji bersebab. Dua-dua kuat shopping. Nanti tengoklah apa motif puji lebih-lebih ni. Isy, bukan bagi kembang, makan pelempang namanya!
******
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Hmm, sudah lewat ni. Maklumlah majlis habis pukul 12 malam. Masing-masing duk menyembang, pejam celik dah pukul1 pagi. Iris patah balik ke dalam dewan. Dia mencari kelibat Fattah dan juga Erika. Mana dua orang ni? Semua orang dah balik. Tinggal aku je ni. Seram sejuk pulak sorang-sorang kat hall ni, desisnya.
Fattah bengang kerana Erika mengajaknya ke belakang dewan, alasannya mahu bincang hal penting tapi dah setengah jam mereka berada di situ. Erika cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia mahu pergi kepada Iris, Erika halang.
“Kau serius ke dengan Iris? Kau tu model terkenal. Aku tahu penganjur saja jemput kau datang majlis ni. Aku bukan apa, aku sayang kawan aku. Kau tahu ke, Fattah…” gumam Erika sambil mengusap muka Fattah. Dia sengaja menahan Fattah supaya Iris terus pulang ke rumah. Erika mempunyai agendanya sendiri. Biar Iris rasa apa yang dia rasa selama ni. Jangan ingat dia cantik, dia boleh buat apa je. Ni Erikalah. Dia akan pastikan Iris merana satu hari nanti. Itu janjinya.
Fattah tak puas hati. Minah ni cakap lepastu diam.
“Maksud kau? Tahu apa?” Fattah menepis tangan Erika. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya. Dia kurang selesa berada dekat dengan Erika. Erika seperti mempunyai niat tak baik.


“Iris tu gila. Tiap-tiap malam menangis pastu tak habis-habis borak pasal kahwin. Dia takut kau tinggalkan dia. Dia tu sewel. Bilik dia, dia hias macam bilik pengantin. Cakap pun sorang-sorang. Hisy, kau sanggup ke kahwin dengan minah gila tu? Kalau aku jadi kau, aku tak sanggup. Baik kau cari orang lain dari sama-sama gila. Carilah orang lain, Fattah. Kau tu handsome dan perfect. Silap-silap berderet perempuan nak kat kau termasuklah aku.
            Untuk pengetahuan kau Fattah, aku dah lama gilakan kau dan sepatutnya kau jadi milik aku. Kau serasi dengan aku bukan perempuan tu,” terang Erika panjang lebar. Dia menarik-narik kolar baju yang dipakai Fattah.
            Kening Fattah berkerut. Dia merenung wajah Erika yang berkulit sawo matang serta bersanggul itu. Kemudian, dia mencekup dagu gadis itu.
            “Jaga mulut kau tu, perempuan yang kau maksudkan tu bakal isteri aku. Sebenarnya kau yang gila bukan Iris. Walau macam mana pun dia, aku tetap nak dia dan kahwin dengan dia. Full stop. Kau sengaja tahan aku kat belakang ni sebab kononnya dapat tackle aku. Kau sanggup buat cerita dan aibkan kawan kau sendiri untuk dapatkan aku. Kau silap, Erika. Aku dah empat tahun dengan Iris dan kami sangat-sangat bahagia. Kau boleh blah. Aku nak cari Iris,” bidas Fattah lalu bergegas mengatur langkah pergi ke dewan semula untuk mencari kekasihnya.
            Terbeliak biji mata Erika melihat Fattah pergi meninggalkannya begitu saja.
            “Aku takkan kalah macam tu je. Kalau aku cakap nak, aku mesti dapatkan. Kau tunggu Fatah. Kau mesti menyesal bila dapat tahu yang Iris tu sebenarnya gila.
Argh!!!
Erika melepaskan sanggulnya. Walau macam mana pun, dia mesti dapatkan Fattah dan merampas semua kebahagiaan dan kasih sayang milik Iris itu menjadi miliknya.
******
Pulang saja ke Victoria Apartment, Iris menghempas badannya di atas katil. Fikirannya sejak dari tempat kerjanya asyik melayang tentang kekasihnya si Fattah. Mana lelaki itu pergi semalam, Iris terus saja memandu keretanya pulang. Cari Fattah tak ada. Erika entah pergi mana.
“Iris…” Laung Erika sambil ketuk pintu biliknya. Lamunan Iris terhenti. Dia segera buka pintu bilik.
We need to talk,” getus Erika.
Macam serius bunyinya.
Later can babe? Aku nak mandi jap,”
            Erika mengangguk.
Usai mandi, Iris terpadangkan cincin berbentuk mahkota yang diletakkan di atas meja soleknya. Cincin peninggalan arwah maminya. Iris susah berjanji dengan arwah maminya yang cincin itu akan dipakainya pada hari pernikahannya nanti. Sebab itulah dia mesti akan kahwin dengan lelaki pilihannya, Itu janjinya. Janji mesti dikotakan. Dia akan kahwin dengan Fattah. Hanya Fattah. Walau macam mana dugaan yang datang sekalipun, dia akan jaga hubungannya bersama Fattah. Air matanya serta-merta mengalir apabila setiap kali terkenangkan arwah mami dan papanya yang sering inginkan dirinya bahagia. Lantas Iris membuka pintu bilik rahsia yang selama ni dia kunci. Sekali sekala saja dia akan membuka bilik tu untuk berimaginasi. Bilik yang dihiasi lengkap dengan tema bilik pengantin. Warna merah jambu kegemarannya dan juga warna putih di dinding itu lembut di matanya.
            You will be mine forever, dear…
            Iris sesekali menyeka air matanya. Dia mencapai baju pengantin kemudian leka memperagakannya. Dia memperagakan baju itu ala-ala puteri diraja di depan cermin. Erika tinjau dari luar lalu menolak pintu bilik.
“Iris, kau dah kenapa babe? Jom… Aku ada banyak benda nak cakap dengan kau ni,” getusnya.
******

Malam itu Erika menghidangkan dua cawan milo panas. Senyumannya melirik ke arah Iris. Senyuman yang cukup sinis. Depan Iris, dia sahabat tapi sebenarnya dia ialah musuh ketat dalam diam.
“Apa yang kau nak bincang tu weh… Aku tak sabar nak dengar ni,” Iris mulakan bicara.
“Kau jangan menyesal sebab aku nak bagitahu yang…”
“Apa dia?”
Erika menelan air liurnya.
“Aku nak berhenti kerja. Aku nak mintak maaf Iris, selama kita kenal, kita rapat ni aku banyak buat salah kat kau. Kau baik sangat dengan aku,” tuturnya lemah.
“Lah… Itu rupanya. Aku nak menyesal kenapa, oh… Sebab lepas ni aku kena duduk sorang-soranglah. Hahaha. Aku dah biasalah Erika. Dah biasa duduk sorang. Nanti dah kahwin, berdua pulak. Aku dah lama maafkan kau. Aku sayang kau. Dah-dah tak ada apalah weh. Nanti ada masa kita jumpa,” getus Iris lantas mendakap tubuh Erika.
Erika diam. Lama menyepi akhirnya Iris bersuara semula.
“Erika… Aku rindu Fattah. Mana dia? Dah lama dia tak mesej atau call ke apa. Hmm…” Iris ketap bibir.
Erika meluat dengar tu semua. Dia ada plan untuk memisahkan Fattah dan juga Iris. Sebab itulah dia mahu berhenti kerja. Fattah sepatutnya menjadi miliknya. Cukuplah selama ni jiwanya terseksa melihat kemesraan antara mereka. Jika nak dibandingkan, Erika lebih seksi. Gayanya setaraf model antarabangsa. Berbeza dengan Iris. Walaupun simple tapi berfesyen. Sentiasa jaga penampilan. Erika sentiasa cemburu melihat kecantikan semula jadi Iris. Wajah Iris mulus. Tubuh badannya ramping.
Dia pula sedikit gempal dan mukanya berjerawat. Akhirnya Erika bersuara setelah lama menyepi.
“Entah, cubalah call dia. Jangan risaulah babe. Fattah sayang kau sorang je. Jangan fikir bukan-bukan,” tuturnya lembut untuk memujuk hati Iris.
Iris senyap. Dia merenung cincin di jari manis. Rindunya kat awak Fattah…
******
Erika sakit hati kerana Iris langsung tak minum air milo yang dibancuhnya. Sedikit ubat tidur dicampurkan dengan air milo tersebut. Aku baru nak suruh kau tidur sepanjang hari biar tak payah masuk kerja esok, desisnya.
Kakinya ingin melangkah ke dalam bilik.
Ting tong…
Erika buat muka. Siapa pulak datang rumah malam-malam buta ni. Terus saja dia membuka pintu.
“Fattah? Buat apa kat sini,” soalnya.
“Dah malam-malam buta macam ni, tak elok datang rumah perempuan,” tegas Erika. Dia hanya menatap wajah lelaki itu.
“Iris mana?” Tanya Fattah.
Tanpa banyak cakap, Erika pantas menarik Fattah lalu mereka duduk di atas sofa. Idea jahat Erika mula timbul. Dia menyuruh Fattah minum air milo yang hendak diberikan kepada Iris tapi gagal kerana Iris terlebih dahulu tidur.
“Kau dah kenapa tarik-tarik aku,” ujar Fattah.
Erika masih lagi tersenyum.
“Minumlah air tu. Mesti kau penat. Aku nak mintak maaf pasal haritu. Yalah sebab aku dah burukkan Iris,” pelawanya.
Kebetulan Fattah sudah beberapa hari tak makan kerana risaukan Iris, dia terus saja meneguk air milo itu. Tiba-tiba matanya kabur. Pandangannya gelap. Kepalanya terasa berat. Apa dah jadi dengan aku ni, desis Fattah. Dia terbaring di atas riba Erika.
Erika senyum sinis. Dia mengusap rambut Fattah. “Game on…”
******
Sudah sebulan Iris tidak bertemu dengan kekasihnya. Begitu juga dengan Erika. Masing-masing bawak diri entah ke mana. Mungkin dah ada kehidupan baru. Komitmen manusia yang Iris sendiri masih tak faham sehingga kini.
Sibuk sangat ke kekasihnya itu? Dah sebulan menghilang tanpa berita. Malah ucapan untuk harini, ulang tahun mereka bercinta pun tiada. Satu pesanan whatsapp masuk.
“Fattah…”
Assalamualaikum sayang.
Saya minta maaf. Saya harap awak faham yang kita dah tak ada jodoh. Saya nak sendiri buat masa ni. Saya harap lepas ni saya takkan jumpa awak lagi.
Belum sempat Iris mahu membalas mesej itu, satu lagi pesanan masuk.
Iris, saya sengaja hantar mesej ni harini. Saya nak awak ingat benda ni sampai bila-bila. Saya tak nak perempuan gila macam awak. Oklah sampai sini je hubungan kita. Kita putus. Bye.
Iris tergamam. Lalu air matanya deras mengalir. Sungguh dia tak kuat. Berkali-kali dia membaca mesej yang dihantar oleh Fattah itu. Sepatah ucapan langsung tidak diucap. Harini genap mereka empat tahun bersama.
******
Dua tahun berlalu…
            Dah dua tahun Iris mencari Fattah. Fattah hilang begitu saja. Sia-sia saja pengorbanan Iris selama ini. Apa yang Fattah nak, semua Iris lakukan. Dia sanggup buat apa saja, semuanya demi lelaki yang amat dicintainya itu. Mereka hampir bertunang tapi empat tahun tu hanya sia-sia. Niat Iris mahu menghalalkan hubungan mereka terkubur begitu saja.


Baru tadi dia pulang dari Selayang, rumah keluarga Fattah. Keluarga dia sendiri tak pasti Fattah berada di mana. Dia terlalu rindukan Fattah.
            “Fattah… Awak pergi mana sayang… Penat saya cari awak. Saya tanya kawan-kawan awak sorang pun tak tahu awak pergi mana. Saya tanya keluarga awak pun mereka tak tahu di mana awak. Sampai hati awak tinggalkan saya macam ni. Saya sayangkan awak. Sayang sangat-sangat. Dulu kita bahagia tapi kenapa…”
Kata-katanya terhenti. Hanya esakan yang kedengaran. Iris hanya duduk sendirian di Nu Sentral Mall sambil terkenangkan nasibnya yang begitu malang.
            “Iris Adriana… I love you…”
            “Ala manja. Merajuk je kerja dia.”
            “Comellah sayang.”
Terngiang-ngiang kata-kata Fattah. Teresak-esak Iris menangis.
Apabila dia hendak mencapai telefon bimbitnya, Iris tersedar beg slingnya tiada di sebelah tempat duduknya. Hilang!
“Ya Allah, mana beg aku! Weh… Semua barang-barang penting dalam beg tu. Macam mana aku nak balik,” keluh Iris.
Dia hilang arah ketika itu. Kepalanya terasa sakit. Hatinya pedih. Pandangannya gelap. Kemudian dia rebah di atas lantai.
******
Iris membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling wad. Dia toleh sebelah wajah yang amat dikenalinya.
“Fattah?”
Lelaki yang berada di depannya membisu. Dia mengusap rambut Iris perlahan.
“Jangan sentuh aku!” Teriak Iris.
“Iris Adriana…”
“Eh setan, kau blah! Kau buat apa kat sini? Nak sakitkan hati aku? Blahlah weh! Aku benci kau, aku benci…”
Dah dua minggu Iris tak sedarkan diri baru harini dia dapat menatap wajah bekas kekasih abang sepupunya itu. Mujur dia yang jumpa Iris ketika mahu pulang dari Klang bukan orang lain. Fayyad memang sering berulang-alik dari Klang ke Nilai. Di Klang merupakan rumah keluarga angkatnya. Ketika itu dia ternampak seorang gadis pengsan di tepi tempat duduk Nu Sentral Mall. Di mengamati wajah itu lalu dia tersentak. Ni bukan ke… Iris Adriana, kekasih Fattah dulu? Fayyad simpati kerana mendapati tiada sebarang dokumen penting bersamanya. Dia yakin beg Iris diragut.
            “Tak apa Adriana, saya ada. Saya teman awak sampai awak sembuh,” getus Fayyad bermonolog.
            “Kau takyah nak hipokritlah Fattah! Bertambah benci aku tengok kau ni. Kau tahu tak, aku dah hias satu bilik ni khas untuk kita. Cantik-cantik aku buat. Katil apa semua mahal tau aku tempah pastu…”
Belum sempat Iris menyambung, Fayyad pantas bersuara.
Fayyad sebenarnya tak sanggup dengar semua tu. Dia tahu Iris sakit, Mungkin selama Fattah bersama gadis ini, dia tidak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya, Iris perlu sokongan dari orang yang dia sayang. Sebaliknya, begini nasib gadis itu.
            “Adriana, dengar sini… Saya Fayyad, bukan Fattah. Awak kena terima hakikat Fattah dah pergi tinggalkan awak. Sekarang ni awak kena tahu dia dah kahwin dengan perempuan yang mungkin awak kenal. Saya minta maaf. Saya terpaksa terus-terang dan cerita semua ni kat awak. Dari mana saya tahu tu semua tak penting, yang penting sekarang awak rehat secukupnya. Insya-Allah kalau awak dah pulih sepenuhnya, saya akan uruskan urusan discaj awak. Awak jangan risau, saya ada dengan awak, Adriana. Anggaplah yang pergi tu dah pergi selamanya. Buang kenangan tu semua jauh-jauh. Ingat Allah. Baiki hubungan awak dengan Allah. Insya-Allah Allah akan bantu. Saya faham perasaan awak,” terang Fayyad panjang lebar.
            Iris senyap. Hatinya ibarat dihiris dengan sembilu. Begitu pedih mendengar semua kebenaran itu. Kalau di depan matanya sekarang ini bukan Fattah, habis tu siapa lelaki ini? Kenapa mukanya seiras dengan Fattah…
            “Saya tahu mesti awak tertanya-tanya siapa saya ni kan. Saya adik sepupu Fattah. Ya, muka kami memang iras-iras sama tapi personaliti kami berbeza. Biasalah sepupu kan,” ujar Fayyad sambil senyum.
            “Fattah kahwin dengan siapa?”
            Hanya itu yang Iris ingin tahu.
            Fayyad menghulurkan foto perkahwinan Fattah bersama isteri.
            Berdebar Iris apabila ingin melihat siapa gerangan perempuan yang telah merampas permatanya. Di belakang foto itu tertulis ‘England’.
            “Erika?”
******
Fayyad lena tidur di atas kerusi malas. Iris terjaga lalu dia mencapai sebilah pisau di atas meja. Dia hampir menikam Fayyad.
Mujur Fayyad sempat menarik Iris dalam dakapannya dan campak pisau itu.
“Aku benci kau Fattah!!!!!”
“Astagfirullah… Adriana, ni saya Fayyad. Awak dah kenapa? Bahaya pisau tu…”
“Aku tak peduli, aku nak bunuh kau jugak!”
Fayyad memeluk erat tubuh Iris. Dia hanya membiarkan Iris dalam dakapannya. Dia risau jika berlaku apa-apa pada Iris. Sejujurnya dia sudah mula menyayangi gadis itu.
Akhirnya Iris akur. Dia terlelap dalam dakapan Fayyad.
******
Setahun kemudian…
            Alhamdulillah akhirnya Iris disatukan dengan Fayyad. Berkat kesabaran Fayyad menjaga Iris ketika Iris mengalami tekanan teruk, sekarang sudah pulih. Iris menjalani beberapa rawatan. Penyakit mental disordernya juga pulih sepenuhnya. Kini, Iris bahagia bersama jodohnya. Dugaaan demi dugaan yang Iris lalui dan Allah telah hantarkan seorang suami yang jauh lebih baik dan penyayang. Dia benar-benar bahagia. Cincin peninggalan arwah maminya tersarung kemas di jari manisnya.

“Terima kasih abang sebab datang dalam hidup saya. Kalau tak ada abang rasanya saya dah jadi orang gila kut, hehe…” getus Iris sambil lentok kepalanya di atas bahu suaminya.
            “Sebab sayang jodoh abang. Nama sayang dah tertulis dalam kisah hidup abang… Abang sanggup buat apa je untuk sayang. Tak ada siapa boleh pisahkah kita melainkan ajal,” ujar Fayyad lalu dia usap perut Iris yang makin membesar.
            Iris tersengih. Dia bersyukur dan terasa bahagia yang amat. Terima kasih ya allah kerana berikan aku kebahagiaan yang sementara ini, desisnya sendirian.
******
            Pada  malam itu, Fayyad sengaja menjemput abang sepupunya Fattah dan juga keluarga kecilnya makan malam di rumah. Tujuannya dia mahu Fattah atau isterinya menceritakan kebenaran. Biarpun masa silam, tetapi hutang tetap hutang. Hutang mesti dilangsaikan.
            “Abang, siapa yang nak datang rumah kita tu… Saya risau kalau saya masak tak sedap. Saya masak ayam masak merah dengan bancuh fresh oren pastu cocktail je bang,” tutur Iris.
            Fayyad senyum sambil merangkul pinggang isterinya. “Shtt… Masakan awak tak pernah tak sedap sayang…”
            “Isy abang ni,” Iris merengek.
            “Dah sayang pergi tukar baju, tetamu kita dah nak sampai,” pinta Fayyad.
            “Baiklah bang,”
******
            Semasa Iris menuruni anak tangga, dia terdengar suara-suara yang amat dikenalinya. Suara tu… Suara…
            Alangkah terkejutnya Iris apabila melihat sepasang suami isteri yang tidak asing baginya dan juga seorang budak lelaki.
            “Fattah? Erika? What are you doing here?”
            Buntang mata Fattah melihat wajah bekas kekasihnya. Rupa-rupanya Iris ialah isteri Fayyad. Keciknya dunia, getus hatinya.
            “Sayang duduklah… Join us,” pinta Fayyad sambil mengerling muka Fattah dan juga Erika.
            Erika merenung wajah Iris dengan serba salah. Walaupun sudah bertahun lamanya perkara itu berlalu tapi dosanya pada Iris tetap tak dapat dilupakan  kecuali dengan dia memohon maaf daripada Iris.
            Iris hanya membatukan diri. Sejak dari tadi dia senyap. Akhirnya Erika bersuara memecah kesunyian.
            “Long time no se, Iris… Masakan kau tak pernah mengecewakan,” ujarnya.
            Iris senyum nipis. Fattah tidak berkelip memandang wajah Iris yang semakin cantik dan berseri. Seri wanita mengandung.
            Selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu.
            “Hmm, Iris… Sebenarnya aku… Err… Aku nak mintak maaf kat kau. Aku yang bersalah. Akulah punca dan dalang kau putus dengan Fattah dulu. Aku bukan apa, aku cemburu sebab kau sempurna. Semua orang pandang kau, selalu puji kau, pastu kau…”
            “Stop it Erika…”
            “Tak Iris… Aku yang plan semuanya. Aku banyak sangat dosa dengan kau. Aku dah lama nak rampas Fattah dari kau. Yang paling buat aku serba salah bila kau susah payah cari Fattah dan kau mesti perlukan aku masa tu. Tapi aku jahat sebab aku berkesedudukan dengan Fattah selama enam bulan pastu kita orang terus nikah kat sana. Aku mengandung luar nikah, Iris. Aku yang suruh Fattah hantar mesej tu kat kau. Aku tahu Fattah masih sayangkau kau. Tapi aku yang paksa dia tidur dengan aku. Terima aku. Kalau tak nanti aku bagitau kau yang kami dah beberapa kali terlanjur.
            Kau ingat tak Iris malam tu yang aku hidangkan kau air milo panas, aku sebenarnya nak kenakan kau biar kau tak pergi kerja lepas tu malam tu jugak, Fattah datang cari kau. Aku hidangkan air milo yang aku campurkan dengan ubat tidur tu yang kau tak minum tu kat Fattah. Fattah pengsan. Aku bawak dia tidur dalam bilik aku. Malam tulah kami terlanjur buat kali pertama, Iris.
            Maafkan aku Iris. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Selagi aku tak mintak ampun dari kau selagi tu aku rasa bersalah,” terang Erika panjang lebar. Dia tidak berhenti menangis dan meminta maaf.
            Iris senyap. Dia menahan air matanya. Matanya berkaca-kaca. Dia merenung tajam ke arah Erika.
            Akhirnya dia bersuara.
            “Kau bukan manusia, kau memang tak guna, setan! Setan yang bertopengkan manusia. Sanggup kau buat semua ni kat aku? Tergamak kau weh. Apa salah aku kat kau, haa Erika!!!”
            Tangan Iris laju saja menampar pipi Erika. Fattah hanya biarkan. Dia pura-pura tidak masuk campur. Dia sejak tadi tidurkan anak lelakinya. Walaupun tidak masuk campur, dia pasang telinga. Dia sudah tahu semuanya. Jujur dia katakan dia masih sayang pada Iris Adriana. Namun, nasi sudah jadi bubur. Benda dah jadi. Iris sudah pun bergelar isteri orang.”
            “Aku ni kawan kau. Aku benci kau!!!”
            “Aduh, argh!”
            Iris mengerang kesakitan. Dia memegang perutnya.
            “Sayang!!!!” Jerit Fayyad lantas mendapatkan tubuh isterinya.
******
            “Tahniah, awak dapat baby girl,” kata Doktor Nazrin.’
            Fayyad lega. Dia bersyukur Iris dan anaknya selamat.
            “Terima kasih sayang lahirkan zuriat abang,”
            “Abang…”
            “Ya sayang…”
            Muka Iris pucat. Tubuhnya lemah. Dia tidak berdaya. Dia peluk baby Adlina erat.
            “Jaga Ad elok-elok. Jadi ayah yang baik. Saya sayang abang. Halalkan makan minum saya selama ni. Ampunkan saya bang, lagi satu… Tolong bagitahu Fattah dan Erika, saya dah lama ma… maafkan dia… orang…” Kata’kata Iris terhenti. Tangannya erat memeluk tubuh suaminya dan juga baby Adlina. Pandangannya gelap. Dia sempat mengucap.
            “Iris Adriana! Sayang!!!”
            Iris kehilangan banyak darah semasa melahirkan Iris Adlina. Fayyad memeluk erat tubuh anak perempuanya dan mengucup pipi isterinya. Dia menangis semahu-mahunya.         
            “Abang sentiasa ampunkan dosa sayang. Abang sayang dan cinta pada sayang sorang. Abang janji abang akan jaga anak kita elok-elok,”
TAMAT


P/s :
Jangan menyesal sebab kehilangan. Hargai orang yang awak sayang. Jangan bila dah pergi nanti awak menyesal. Hmm, kadang-kadang orang yang paling rapat dengan kita sebenarnya dialah yang paling berbisa. Trust no one... Tengok macam Fayyad, dia sentiasa hargai isteri dia. Tak macam Fattah. Takut sangat dengan Erika lepastu menyesal tak sudah. Kadang kita tak tahu jodoh yang mana sampai dulu. Maka, sentiasalah bersedia dan baiki diri :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...