Skip to main content

Cerpen : Bangkitnya Husnina


A
khirnya Rif pulang ke tanah air selepas lima tahun tinggal di Korea kerana melanjutkan pelajaran. Sedang dia menghabiskan ijazahnya di sana, dia kini berubah. Sambil dia belajar course kedoktoran, sambil tu jugalah dia mendalami ilmu agama.
Rif yang dulu sungguh berbeza dengan yang sekarang. Dia yang dulunya berpakaian tidak senonoh dan buruk akhlaknya kini segala-galanya berubah. Sekarang dia bertudung labuh.
Sampai di rumah dia mendapat kad jemputan undangan perkahwinan. Rif tidak terfikir apa-apa malah dia terus saja membuka kad jemputan itu.
******
Keesokan paginya, alangkah terkejutnya Rif apabila dia melihat kekasihnya melafazkan akad nikah dan menyebut nama perempuan lain di depannya.
“Ya Allah, Kimi…” Desisnya perlahan. Rif tak mampu nak bersuara. Dia hanya mampu menahan air matanya, Tubuhnya kaku. Tangannya menggigil.
Rif memberanikan dirinya untuk mendekati perempuan yang baru saja menjadi isteri kekasihnya. “Assalamualaikum, tahniah Hani… Untung awak jadi isteri Kimi,” kata Rif.
“Waalaikumussalam, eh terima kasih. Awak ni siapa? Kita kenal ke?” Soal Hani hairan. Ternyata Hani memang cantik. Patutlah Kimi pilih dia.
“Hmm tak kut. Tak perlu rasanya kita kenal. Cukuplah saya je yang kenal awak. Saya mintak diri dulu. Kirim salam pada Kimi ya,” ujar Rif.
“Husnina!” Laung Kimi.
Langkah Rif terhenti. Suara tu… Suara tu… Mohd Hakimi!
Jantung Rif berdegup dengan kencang sekali. Dia menoleh memandang wajah kedua-dua pasangan sama cantik dan sama padan itu.
“Thanks Husnina sebab sudi datang ke majlis saya yang tak seberapa ni,”
Rif hanya mengangguk perlahan. Dia tersenyum nipis.
******
Dua hari Rif pengsan dan tak sedarkan diri. Wajah Kimi dan Hani berselang seli berlayar di dalam fikirannya. Ya Allah Rif… Istighfar banyak-banyak. Dia memujuk hatinya sendiri. Selepas pulang dari majlis Kimi dua hari lepas, dia menangis semahu-mahunya dan terus pengsan.
Malam itu dia melakukan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah SWT. Rif harap Allah permudahkan segalanya, Dia hanya berserah.
******
Tiga bulan kemudian…
Rif terkejut melihat keadaan Kimi sekarang. Dia seperti tidak terurus apabila Rif mahu memeriksa semalam. Hari ni Rif kembali dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Kimi.
“Assalamualaikum, Hakimi…” Sapanya.
Kimi membuka matanya perlahan. “Waalaikumussalam…”
“Kenapa awak jadi macam ni? Badan awak lemah. Awak kurang gula. Rambut awak kusut masai. Apa dah jadi sebenarnya?”
Kimi tidak menjawab pertanyaan Rif sebaliknya dia memusingkan tubuhnya.
******
Rif tidak berputus asa untuk mendapat kepastian dari Kimi. Sejak Kimi ditahan di wad, dialah yang merawat dan juga menjaganya. Yang menjadi persoalannya sekarang, mana Hani? Kenapa dia biarkan suami dia tak terurus sebegini?
Semasa Rif mahu menyuapkan nasi ke mulut Kimi, barulah Kimi bersuara.
“Thanks Husnina. Awak masih sudi nak jaga saya walaupun saya menduakan awak dulu. Saya mintak maaf sebab tinggalkan awak dulu. Saya rasa ni lah balasan Allah pada saya sebab saya kahwin dengan bekas kekasih saya.”
Rif hanya mendiamkan diri. Dia leka menyuap Kimi.
“Nur Rifhan Husnina…”
Berderau darah Rif apabila Kimi memanggil nama penuhnya. Dia menghela nafas sebelum dia mahu menyuakan soalan kepada Kimi. Dia memejam matanya lalu dia memberanikan diri untuk bertanya tentang Hani.

“Mana isteri awak? Mana Hani? Kenapa dia buat awak macam ni? Sanggup dia tinggalkan awak dalam keadaan tak terurus macam ni,” getusnya.
“Hani menduakan saya Husnina. Saya ingat dia dah berubah tapi saya tak sangka dia tidur dengan lelaki lain lepas seminggu kita orang bernikah. Saya betul-betul kecewa Nina.”
Rif diam. Kimi tak tahu betapa angin, ribut dan taufan yang sedang bergelora di dalam hatinya di saat Kimi melafazkan akad nikah nama perempuan lain. Sabar Rif….
“Habis tu sekarang dia kat mana? Awak tinggalkan dia macam tu aje ke atau awak dah ceraikan dia?” Soal Rif lagi.
“Saya dah ceraikan dia dengan talak tiga. Saya dah tak tahan dengan perangai dia macam tu. Sekarang ni saya ingat saya dah boleh lupakan dia tapi perangai buruk dia tu tetap saya ingat. Saya buntu Husnina. Macam mana saya nak lupakan dia?”
“Saya nak nasihatkan awak, saya pun bukan alim sangat tapi saya cuba. Jujur saya cakap saya masih sayangkan awak Kimi. Tipu saya cakap kalau saya tak sakit hati bila tengok awak bernikah dengan orang lain sedangkan dulu berkali-kali awak cakap yang saya ni yang terakhir untuk awak. Awak jugak cakap kalau awak ada duit awak akan kahwin dengan saya lepas apa yang awak buat kat saya dulu. Sekarang Hani dah tinggalkan awak. Saya rasa baik awak kembali kepada Allah SWT. Berdoa banyak-banyak. Insya-Allah kalau awak dekat kan diri awak dengan Allah, Allah akan tolong awak,” ujar Rif panjang lebar.
Kimi terkesima apabila dia mendengar penjelasan dari Rif. Rif masih sayangkan dia?
Dia tahu Rif belajar di Korea. Dia juga tahu Rif masih setia dengannya. Mungkin betul ni semua balasan Allah kepadanya. Dia sudah terlanjur dengan Rif tapi dia sanggup meninggalkannya begitu saja. Astagfirullah… Aku rasa berdosa sangat buat Rif macam tu. Aku memang sayangkan dia tapi hati aku berbelah bagi dulu. Aku kalah dengan ayat Hani. Sebab Hanilah satu-satunya perempuan yang boleh sabar dengan perangai panas barannya dulu. Mungkin dia pilih Hani dulu sebab dia fikir Rif akan cari pengganti yang lebih baik darinya.
******
Kimi sudah boleh keluar dari wad. Dia menuju ke kaunter untuk bertanya tentang Rif. Dia terkejut apabila pembatu perubatan yang bertugas mengatakan Doktor Rifhan tidak lagi bertugas di hospital itu. Apabila dia mahu mendapatkan maklumat tentang Rif, pembantu perubatan itu menjelaskan pihak hospital tidak boleh memberikan sebarang maklumat kepada orang luar.
Sudah dua minggu Rif tidak bertugas kerana dia diserang penyakit migrain yang begitu teruk sehingga sukar untuk melakukan apa-apa kerja.
Rif menghubungi teman sekerjanya Syira untuk memeriksa keadaannya. Badannya lemah. Kepalanya sakit mencucuk-cucuk. Dia sering memicit-micit kepalanya. Kalau dulu dia migrain hanya telan dua biji Panadol. Sekarang, kepalanya bertambah sakit apabila tekan pil itu. Ya Allah…
Air matanya deras mengalir apabila mendapati dia mempunyai penyakit barah otak dan mempunyai sel kanser tahap kritikal. Sebenarnya Syira tak sampai hati mahu memberitahu tentang penyakit itu. Dia terpaksa memberitahu juga demi kebaikan Rif.
Rif terpaksa ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Semasa dia ditahan di wad, kepalanya masih mencucuk-cucuk. Dia seperti mahu menghentak kepalanya di dinding. Dia memicit-micit kepalanya sehingga jatuh di bawah katil.
“Ya Allah…” Kepalanya terhantuk kuat di atas lantai. Banyak darah yang mengalir dari kepalanya. Kepalanya berhenti berdenyut. Pandangannya kabur. Akhirnya Rif menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat itu.
Sudah sebulan Kimi tidak bertemu dan juga mendengar khabar dari Rif. Mana dia pergi? Sebulan aku cari dia. Senyap aje. Tak ada apa-apa berita pun.
Kimi pergi ke hospital di mana tempat Rif bertugas dulu. Dia nekad untuk mendapatkan maklumat tentang Rif. Kebetulan dia terserempak dengan Syira.
“Tumpang tanya, doktor kenal Doktor Rifhan Husnina tak? Dia pernah kerja sini dulu. Dialah yang jaga saya sampai saya sembuh sekarang ni. Please doktor. Saya nak tahu sangat dia kat mana sekarang,” ujar Kimi pada Syira.
Syira menggeleng kepalanya. “Awak ni siapa? Kenapa nak tahu sangat pasal dia?”
“Saya Kimi, Mohd Hakimi… Saya pesakit dia dulu. Saya bekas keka….” Belum sempat Kimi meneruskan kata-katanya Syira terus menyampuk.
“Oh jadi awaklah Hakimi, bekas kekasih dia yang tak berhati perut tu? Yes, saya kenal awak Encik Hakimi. Arwah Rif pernah cerita semua pasal awak dulu pada saya. Saya kesian kat arwah sebab sebelum dia meninggal dia pegang gambar awak dan belakang gambar tu ada tertulis dia sentiasa cintakan awak walau macam mana pun awak. Dia simpan semua rahsia sampai dia meninggal. Saya tahu semuanya Encik Hakimi. Dia banyak tulis pasal awak dalam diari dia. Saya rasa mungkin dia ada kanser otak disebabkan terlalu banyak fikir pasal awak yang tak guna ni,” sinis kata-kata Syira. Hatinya sungguh sakit apabila terkenangkan arwah Rif.
Kimi kaku di situ. Dia seperti orang mati akal untuk berkata-kata. “Apa yang doktor cakap ni? Husnina dah meninggal? Haha. Apa yang awak merepek ni doktor! Dia masih hidup lagi. Kalau tak percaya saya baru usha status facebook dia semalam. Haa, tengok ni,” ujar Kimi.
“Jom ikut saya,”
Sampai di tanah perkuburan, terbeliak mata Kimi apabila melihat batu nisan yang tertulis nama Nur Rifhan Husnina Binti Mohd Farid di depannya.
“Tak ni orang lain,” katanya seperti tidak dapat menerima kenyataan.
“Saya mintak diri dulu. Saya harap roh arwah tenang kat sana,” kata Syira.
“Ya Allah Husnina… Kenapa awak pergi dulu sayang. Saya mintak maaf sebab tak dapat bahagiakan awak dulu. Saya menyesal sayang. Saya betul-betul rasa menyesal. Ni saya bawak kotak cincin untuk melamar awak jadi isteri saya tapi awak dah pergi dulu tinggalkan saya. Saya dah nak tunaikan janji saya pada awak. Nur Rifhan Husnina, awaklah yang terakhir. Terakhir untuk saya selamanya. Tak ada pengganti lagi. Saya harap roh awak tenang kat sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Saya tetap akan cintakan awak sampai bila-bila sayang,” ujarnya sambil menangis teresak-esak di atas tanah.
TAMAT

 *P/s :
Buat cerita ni sebab Ira tertarik dengan nama sorang member Ira. Nama dia unik. Nur Rifhan Husnina. Pape pun dah lama tak masukkan cerpen dalam blog ni. Enjoy guys! Walaupun karya Ira tak seberapa. Lama dah Ira buat cerpen ni cuma terperap dalam pen drive. Huhuhu.

Pernah tau pen drive Ira kena virus. Lama pulak tu. But now, alhamdulillah karya Ira masih ada untuk korang baca. Macam mana Ira backup pen drive Ira? Google lahh :p Hihi


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...