Skip to main content

Kehilangan seorang lagi yang kuanggap sahabat

 "Aku tak nak apa apa pun dari kau"

Ya sebenarnya itu jawapan yang aku nak bagi  dekat kau sebab kalau kau nak tahu aku memang nak kau stay je dengan aku sebagai kawan aku. Kau tahu, dulu aku semangat pergi kerja sebab kau tau. Kau yang selalu menyakat aku dengan lawak lawak bodoh kau. Terkadang aku pukul kau sebab aku memang selesa dengan kau. Aku selesa share segala masalah aku dekat kau masatu. Kau ada je dengan aku masa aku down. Kau selalu bagi kata kata semangat kau.Tapi bila dah jadi macam ni aku sedih. Aku hilang sorang lagi yang aku anggap sahabat bagi aku. 

Aku jugak yang mulakan semua ni sejak kau dah ada perempuan tu kat sisi kau. Aku tak ada niat pun nak benci dia tapi keadaan yang paksa aku jadi macam ni. Aku jadi benci sebab kita dah tak macam dulu. Walaupun perempuan tu tak pernah buat salah dengan aku tapi aku tak suka. Mungkin ada hikmah semua ni jadi tapi jauh di sudut hati aku, aku rindu frienship kita. Bagi kau tak ada pun semua ni boleh buang macam tu je. Kau boleh buang aku macam tu je sebab kau dah ada dia tapi lama kelamaan aku jadi lali. Aku redha kau pun dah buang aku. Sejak kau ada perempuan tu kau totally berubah 360 darjah. Aku faham tu peneman hidup kau sekarang dan mungkin jugak kau jauhkan diri kau dari aku sebab nak jaga hati dia. Aku faham semua tu tapi aku tak nak kita jadi stranger. 

Mungkin ya aku pernah ada perasaan dekat kau tapi aku tak pernah berharap apa apa pun dari kau sebab aku sendiri tahu aku ada boyfriend. Sebab tu aku letakkan perasaan sayang aku ni hanya sebagai kawan, tak lebih dari tu. Tak tahulah kau. Apa yang aku rasa ni mungkin betul atau mungkin tak. Aku dapat rasa yang kau pun sayang aku tapi kau ego. Kau pentingkan ego kau lebih dari segala galanya. Takpelah kalau satu hari kau baca apa yang aku tulis ni, aku nak kau tahu aku memang sayang kau sebab tu aku sanggup bantu kau masa kau ada masalah attendance dulu. Bila kau mengadu, aku sedia mendengar. Aku faham je. Aku bersyukur jugak sebab kau pernah muncul dalam hidup aku untuk bagi pengalaman dekat aku. Terima kasih pernah jadi pendengar and kawan yang baik untuk aku dulu. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau. 

Aku pun dah tak fikir sangat pasal tu, sebab bila aku ingat balik kenapalah aku jadi sampai macam tu.  Mental aku down teruk dengan aku tak sihatnya. Benda tu dah sebulan berlalu tapi masih terngiang ngiang jelas dekat fikiran aku. Nak dekat setahun kita kenal tapi kau lebih pilih dia takpelah weh aku redha. Aku yakin semua ni ada hikmahnya. Aku kalah sebab aku ni hanya kawan kau. Aku tak berniat langsung nak ganggu hidup kau. Harap kau bahagia.  Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa apa apa bila friendship kita jadi renggang macam ni. Dah jadi stranger. Jujur aku cakap aku memang dah buang perasaan tu. Kau cakap la apa apa pun yang buat aku benci kau tapi aku takkan pernah benci kau. Aku tetap anggap kau kawan aku even kau dah buang aku.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...