Skip to main content

Antara sahabat atau cinta

 



Malam ini aku terasa mahu berkongsi sesuatu... 

Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku masih mengharapkan sesuatu tapi aku sendiri tidak pasti apakah ia adakah balasan perasaan sebagai seorang kawan atau sebaliknya? 

Aku sendiri penat. 

Penat dengan semua persoalan yang sering bermain di fikiranku. Aku sendiri tahu aku bukan cita rasanya. Ya, dia sentiasa menginginkan perempuan perempuan yang cantik. Sedangkan aku hanya kentang. Bukanlah maksudku aku langsung tidak cantik. Aku mengaku diri aku juga cantik tapi tidak sehebat cita rasanya. Aku kalah dengan perhatian. Walaupun sedikit perhatian itu sudah membuatkanku bahagia. 

Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku mahu meluahkan sedikit di sini. Disebabkan kejadian tu aku menyimpan perasaan terhadap dia. Dia juga sedar tentang perasaanku. Pada mulanya aku hanya menganggap perasaan itu hanyalah suka sebagai sahabat tapi aku salah. Apabila bertanyakan pendapat orang lain, perasaan itu rupanya lebih. Aku sendiri keliru. Benarkah dia juga langsung tiada perasaan suka terhadapku mahupun sedikit? Itu menjadi persoalanku.

Aku tahu sebelum ini dia bercinta dengan sahabatku. Pada mulanya aku juga tiada perasaan terhadapnya. Hanya menganggap teman sekerja saja tapi sejak kami keluar bertiga menghabiskan masa bersama walaupun aku sedar semua itu hanyalah perkara bodoh sebab aku hanyalah orang ketiga tapi aku tetap tidak dapat melupakan perasaan ini.

Aku masih menyukai dia. Kalau boleh aku mahu menjaga dia tapi aku tak boleh. Aku juga ada teman lelaki tapi teman lelaki itu pun aku tak pasti akan menjadi suami aku ataupun tidak. Terlalu banyak masalah sehingga aku merasakan aku tidak layak sama sekali untuk bercinta atau berkahwin dengan sesiapa saja. 

Jadi di sini benarlah lelaki dan perempuan memang tidak boleh menjadi kawan baik kerana salah seorang pasti menyimpan perasaan. Ya, itulah yang terjadi padaku sekarang. Aku mahu melupakan perasaan ini kerana bagiku aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku cuba tidak mengharapkan apa apa darinya seperti yang dia minta. Tapi rasa sayang itu jujur aku katakan aku masih sayang padanya dan aku tidak mahu kehilangan dia sebagai sahabat aku. 

Mungkin aku terlalu berharap seperti yang aku tonton drama korea, apabila lelaki dan perempuan berkawan baik dalam tempoh yang lama walaupun lelaki itu sudah ada teman wanita dia tetap menjaga kawan perempuannya dan melindunginya. Pada akhirnya lelaki itu tidak sedar dia sebenarnya  mempunyai perasaan lebih terhadap kawan perempuannya itu. Mungkin aku mengharapkan itu juga.... Kalaulah itu berlaku aku nak titipkan pesanan.

Kalau dia baca apa yang aku tulis ni aku nak kau tahu aku tak pernah ada kawan lelaki yang baik and caring macam kau. Walaupun macam kau cakap kau tak pernah bagi effort apa apa untuk aku tapi a little bit care i already love you as my friend. Even I know Im not your taste, I realize that I only your best friend. I hope you will get the best woman that love you most than you love her. Tak kisahlah macam mana pun perangai kau aku yakin pasti ada perempuan yang baik untuk kau. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayangkan seseorang

Assalamualaikum guys... 1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu 2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita 3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya 4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu 5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai 6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. 7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll 8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh 9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa 10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita, 11. Aka...