Skip to main content

Peluang pekerjaan TIPIS SEBAB COMPANY PILIH ORANG??

 



Assalamualaikum hai korang!

Alhamdulillah harini Ira rasa Ira dah sihat walaupun ada batuk sikit sikit. Balik dari Cameron Highland haritu demam panas macam kena sampuk. Dengan gelang emas hilang! Hmm... Dahlah bf Ira hadiahkan beli dekat Poh Kong mana Ira tak risaunya. Sampailah sekarang kosong je rasa tangan ni. Takpelah benda nak jadi. Ira redha. 

Memandangkan Ira masih duduk rumah ni Ira nak cakap sikit. Bukan sikit tapi banyak sebab Ira geram kenapa sekarang ni Ira tengok peluang pekerjaan semakin tipis. Yelah Ira sendiri dah nak beratus kerja Ira apply tapi semua kena reject melainkan kerja berkaitan sales saja yang contact Ira. Ira strictly tak nak kerja bahagian sales sebab Ira sendiri ada small business kan. 

So sambung kepada pekerjaaan. Ira tak tipu tau. Ira hanya mintak jawatan Admin Assistant, Admin Executive tapi ya allah susahnya mereka nak accept. Ira bukan mintak kerja manager ke apa. Ira hanya mintak kerani. Tapi dia orang langsung tak pandang. Semua permohonan Ira reject. Ira sedih tau. Ira faham Ira mintak kerja hanya berbekalkan Diploma Business Studies Ira ni. Bukan ada siapa pandang. Baik Ira mintak kerja dengan spm je kalau macam tu. Habis semua pandang degree je. Sampai ada yang cakap dah tu sambung la degree. Kena wajib ada degree kalau nak jadi manager. Ira nak gelak je. Habis kalau tak mampu nak jawab apa? Kau orang kaya. Kau bukan dilahirkan keluarga sederhana bolehlah cakap banyak. Dapat kerja jadi manager and so on. Ira tak mintak pun manager. Ira cuma nak cari kerja office hour pun susah nak dapat. Gaji pun demand RM1700/RM1800 je. Bukan demand sampai RM5000. Yelah kita sedar kita diploma cikai cikai je kan. Dengan pengalaman tak seberapa. 

Lepastu mintak masuk HQ mydin balik. Pun susah nak dapat. Ira dah giveup dah nak apply situ sebab Ira sedar Ira bukan anak sedara sesiapa. Kalau anak beranak dia senanglah accept masuk HQ hmm. 

Kalaulah Ira ni banyak duit, berharta barulah orang nak pandang dengan dua dua mata agaknya. Ira ni sekarang duduk rumah sedih je apply kerja sana sini. Family pun dah tanya bila nak kerja balik. Siapa nak bayar motor rumah. Bukannya Ira mintak duit dia orang. Ira sedih tau. Sedih sangat tak mintak duit orang pun Ira rasa macam Ira menyusahkan orang. Padahal bayar hutang duit sendiri. Bayar motor duit sendiri. Bayar rumah sewa kadang kadang bf ira tolong bayarkan. Ptptn yang Ira tak pernah guna pun Ira bayar sendiri. Bill telefon Ira bayar sendiri. Ira sedih tengok company sekarang. Sekarang ni sampai bf Ira dengan ayah ajak kerja dekat kilang dia orang. Bukan Ira tak nak. Ira tak habis fikir lagi. Bf Ira cakap kerjalah sementara dapat kerja lain. 

Ya Allah bantulah hambamu ini. Aku yakin mesti ada kerja yang baik Allah simpankan. Ira dah penat menunggu benda yang tak pasti. Interview JPJ haritu pun Ira tak pergi sebab Ira demam panas kan. Takpelah.. Ira sabar je mungkin ada pelangi selepas ujian yang bertubi tubi Allah berikan kepada Ira ni. Walaupun takde siapa pun yang nak bantu Ira sekarang ni, Ira yakin rancangan Allah mesti lebih baik. 



Antara pekerjaan latest yang Ira apply dekat indeed. See, Ira tak tipu korang. Macam ni la. Apabila company urgent cari pekerja tapi bila kita apply terus dia rejectnya. Ada yang nak fresh graduate tapi bila kita try apply ehh merah dah hmm...

Mungkin Ira kena buat plastic surgery jadi amoii baru semua berebut nak ambik kerja. Yelah kita ni kan kulit gelap siapalah yang nak pandang.  Tapi mak Ira ada pesan mungkin dia orang nak yang boleh kerja lama. Setakat ni semua tempat Ira kerja lama tau kecuali family mart 3 minggu sebab management dia teruk. Bukan kerja harini esok berhenti. Haih. Bertabah jelah Ira. Ira akan apply kerja sebanyak mungkin lagi. Apply je banyak banyak. Kalau Ira ni miilionaire buat business je takyah kerja tapii sedarlah wahai diri. Hanya seketul Ira yang biasa biasa.

So pesan Ira dekat freshgraduate, janganlah memilih kerja. Kerja je dekat mana mana asalkan korang boleh cari makan, bayar komitmen, bagi duit dekat mak ayah korang walaupun kerja tu macam mana sekalipun. Susah nak cari kerja sekarang lagi lagi ekonomi sekarang ni. Company terlalu memilih orang so beware guys. Ira pesan ni sebagai freshgraduate also sebab tak dapat dapat lagi kerja dalam bidang sendiri sehingga rasa nak giveup. Tapi Ira takkan giveup selagi rezeki tu ada kat mana mana. Kita kena sabar. Allah lebih mengetahui. Ingat Nadhira, kau bukan orang senang. Orang senang bolehlah cakap macam macam sebab dorang berduit. Kau cari duit selagi boleh cari. Walaupun kau business, biar orang pandang rendah macam mana sekalipun aku tetap akan buat sebab aku minat. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...