Tuesday, 24 September 2019

Review : Oxy Anti Pimple Mark

Assalamualaikum...

Holla!

Dah berapa hari dah tangguh nak review krim oxy ni. (Tangguh sebab tak sihat) Btw, Ira pakai yang Anti Pimple Mark tau! Bukan yang biasa tu. Ni yang baru, takdelah baru sangat. Huhu


Tu diaa. Ekceli tu bukan tangan Ira. Kawan Ira tunjuk masatu sebab dia yang belikan krim tu. Tapi Ira bayarlah sebab Ira ni bukan jenis yang selalu keluar. Syedih!

Krim Oxy ni selalunya ada jual kat mana ye?
InsyaAllah kat mana-mana drugstore ada jual, kedai-kedai yang ada jual tu untunglah korang sebab apa, kat sini susah nak cari benda ni. Watson or guardian dahlah jauh. Farmasi pun jauh err ~

Harga? Tak mahal pun. Mampu milik untuk Ira yang student ni. 
Harganya RM13 sahaja. 

Mungkin krim ni sesuai untuk Ira sebab bila pakai jerawat cepat masak. Alhamdulillah lagi berapa minggu je dah nak sebulan pakai krim oxy ni. Sebenarnya tujuan Ira beli ni untuk pudarkan parut jerawat Ira yang berwarna hitam ni. Konfius mana blackhead, mana parut jerawat. Rasanya parut sebab kalau blackhead saiznya lebih kecik. 

Masa mula-mula bukak penutup dia bau boleh tahan. Wangilah jugak. Tapi yang Ira tak berkenan tekstur dia. Sebab gel kan. Bila tekan je cepat meleleh dan tumpah. Tapi takpelah, nasiblah berkesan untuk kulit Ira. Thankyou oxy! Hehe =)

Kalau korang berminat nak cuba, cubalah tapi tak semestinya produk ni berkesan untuk Ira, berkesan untuk awak jugak. Depend kulit awak tau. Jangan tengok Ira pakai okayy, korang pakai tak okay.. Korang nak kondem. Jangan eh! Ira dah pesan awal-awal. Ira ni bukan pro sangat pasal kecantikkan ni. Cuma tengah berusaha untuk pudarkan parut jerawat. Doakan Ira ye...

Ira tak mintak kulit Ira flawless macam orang lain. Satu je Ira mintak, bebas dari jerawat dan parut-parut yang degil kat pipi kiri kanan Ira ni. Rasanya dalam banyak-banyak tahun, tahun ni pipi naik teruks. Mungkin hormon agaknya. Maklumlah dah masuk umur 20-an. Uikk malulah kita. Dah tua :(

Image result for cute acne cartoon
Repurchase : Yes because it work for me.

No comments: