Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Resepi Mee Kari

Assalamualaikum guys, Tadi Ira saja duk belek belek resepi kat google. Saja nak penuhkan slot resepi kat tutorial. Tu yang Ira cari resepi mana yang paling senang nak buat! Cehh macamlah aku yang buat :p Nanti suruh mak jugak yang buat. Haha tunggulah satu hari nanti baru boleh buat. Buat masa sekarang, Ira tak pandai masak! Masak makanan asas tu sikit sikitlah. Ekceli sebenarnya mee kari ni sama je macam mee bandung. Fuh sedap gila kalau dapat makan mee kari malam malam ni. Dahlah Ira ni kuat makan! Naik gemuk dibuatnya :p Okey berbalik pada resepi tadi... Bahan bahan :  Mee kuning - 1 bungkus Bawang merah - 1/2 biji Bawang putih - 3 ulas Halia - 1/2 inci Serbuk kari (bancuh dengan air)- 5 sudu besar Santan M&S - 1 kotak kecik Kerang/sotong/udang/Ayam - ikut banyak mana nak Fishball - 1 paket Tahu (yang kering tu) - 1 paket Taugeh Daun sup Cili merah Sawi Limau kasturi Bawang goreng Cara caranya : Tumbuk bahan yang berwarna merah tu. ...

"Mimpi..."

Assalamualaikum.... Semua manusia di dunia ni mesti pernah bermimpi bukan? Ya mestilah... Tapi kadang kadang aku tak mimpi. Dalam tidur tu gelap aje. Syukurlah kalau kita tidur keesokkan harinya kita bangun semula. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di bumi Allah swt. Sekarang ni aku nak bercerita dengan korang pasal mimpi. Mimpi apa? Jom layan... :) Aku tak taulah sejak kebelakangan ni aku asyik mimpi orang yang sama jek. Takkan Allah nak tunjuk dia jodoh aku kut? Tak mungkin, tak mungkin! Aku tak suka dia. Kan aku pernah cakap yang aku cuma suka dia sebagai kawan. Tak lebih dari tu pun. Kenapa aku tak nak couple dengan dia? Sebab aku tak nak perasan. Aku tak nak syok sendiri lagi. Sebab couple tu haram. Dahlah mimpi tu pelik. Aku taulah mimpi tu cuma mainan tidur. Tapi ustazah cakap kalau mimpi benda yang sama 3 kali berturut turut maknanya...? Maknanya akan jadi kenyataan satu hari nanti? Imposibble! Aku tak jangka yang benda ni akan berlaku. Ramai orang cakap yang dia...

Apabila Miss Simple berceloteh....

Assalamualaikum... Indahnya ciptaan Allah swt... Kalaulah aku dapat mengembara sejauh ni. Impian aku sebenarnya ingin mengelilingi ke serata dunia. Kalau boleh aku mahu terbang ke dunia khayalan... Dongeng, ilusi... Ya, aku sememangnya suka berangan! Tak kisah apa orang nak cakap tentang aku asalkan aku teruskan hidup aku begini. Sentiasa gembira dan tidak mempunyai apa apa perasaan.  Cinta? Perasaan cinta dah lama pupus dalam hati aku. Puas hati?  Aku dah malas nak syok sendiri lagi :) Cukuplah sekadar suka sebagai kawan... Siapa yang rajin berkunjung ke blog aku, mesti ramai yang pelik dan tertanya tanya... Siapalah perempuan yang suka mengarut ni kan! Hahaha... Sekian dari Miss Simple yang suka berangan...!!! Cantiknya :)

Kata Kata Keramat

Assalamualaikum guys... Dah lama tak post kat blog ni sebab Ira sibuk memanjang dengan homework. Maklumlah budak sekolah kan! Ira post sekarang ni pun kat klinik. Tempat kerja Ira. Nasib line wifi laju. Hehe. Korang apa cerita? Sihat tak? Alhamdulillah Ira sihat je. So, hari ni Ira nak story dengan korang pasal kata kata keramat. Apa tu kata kata keramat? Jom layan... Kata kata keramat tu bagi Ira kata kata yang susah nak lafazkan macam cinta. Kalau kita suka kat someone tu, susah nak luahkan kan? Macam tu jugak Ira. Kalaulah ada seseorang yang berani meluahkan kata kata keramat tu depan Ira. Ira terus cair beb! Lagi lagi crush. Orang yang kita suka. Setakat ni Ira takde suka sape2. Suka sebagai kawan tu adalah. Tapi nak suka lebih dari seorang kawan tu tak boleh. Sebab Ira dah malas nak berharap kat orang yang tak pernah suka kat kita. Contohnya macam ni kata katanya, "Aku cintakan kau, Aku dah lama sukakan kau, Aku rindu kau, Saya sayangkan awak lebih dari seorang kawan....