Skip to main content

Posts

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...
Recent posts

BUKAN GADIS BIASA - SINOPSIS

  Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media.  Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana.  "Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat...

CERITERA SEORANG PEREMPUAN KUAT

  Jadi perempuan itu harus kuat. Biarpun banyak air matamu mengalir kerana orang orang yang tidak menghargaimu tapi kamu tetap jugak harus kuat kerana apa, kamu itu berharga.  Jangan jadi lemah semata mata ramai orang tidak suka padamu sebaliknya jadikan sifat mereka itu sebagai langkah kamu untuk bangun.  Ingat sayang, kekuatan kamu itu mahal.  Tidak semua orang memilikinya. Kamu harus tetap kuat ya.  Kamu itu cantik. Kamu itu bijak. Kamu itu seorang yang sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kamu berjaya menjadi diri kamu sendiri.  Pesanku, kamu juga harus pandai memandu. Kerana apa, kamu itu kuat.  Kamu itu sudah berjaya sampai ke tahap ini. Kamu kuat kerana dugaan yang menimpamu. Ingat cantik, dugaan itu menguatkanmu bukan melemahkanmu. Betapa besarpun dugaan itu, Allah itu memilih kamu kerana apa, Kamu itu kuat.  Kamu mampu menghadapinya. Sesekali boleh jadi lemah tapi sekali aja. Lemah kerana lelaki bodoh meninggalkanmu? Bia...

Kehilangan seorang lagi yang kuanggap sahabat

  "Aku tak nak apa apa pun dari kau" Ya sebenarnya itu jawapan yang aku nak bagi  dekat kau sebab kalau kau nak tahu aku memang nak kau stay je dengan aku sebagai kawan aku. Kau tahu, dulu aku semangat pergi kerja sebab kau tau. Kau yang selalu menyakat aku dengan lawak lawak bodoh kau. Terkadang aku pukul kau sebab aku memang selesa dengan kau. Aku selesa share segala masalah aku dekat kau masatu. Kau ada je dengan aku masa aku down. Kau selalu bagi kata kata semangat kau.Tapi bila dah jadi macam ni aku sedih. Aku hilang sorang lagi yang aku anggap sahabat bagi aku.  Aku jugak yang mulakan semua ni sejak kau dah ada perempuan tu kat sisi kau. Aku tak ada niat pun nak benci dia tapi keadaan yang paksa aku jadi macam ni. Aku jadi benci sebab kita dah tak macam dulu. Walaupun perempuan tu tak pernah buat salah dengan aku tapi aku tak suka. Mungkin ada hikmah semua ni jadi tapi jauh di sudut hati aku, aku rindu frienship kita. Bagi kau tak ada pun semua ni boleh buang macam ...

Andai ajalku tiba dulu....

  Disebabkan ugutan itu aku terlalu takut.  Aku takut sangat hanya Allah saja tahu.  Aku tidak mahu ajalku jatuh ke tangan orang yang salah. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari orang yang berniat jahat terhadapku. Aamiin ya rabb.  Aku sungguh tidak menyangka semua ini akan berakhir seperti ini. Aku juga tidak mahu nyawaku melayang disebabkan perangai manusia yang sebegini. Disebabkan seorang lelaki seorang sahabatku tergamak mahu membunuhku. Dia benar benar mengugut untuk membunuhku. Kenapa semua ini jadi dekat aku? Selepas dugaan demi dugaan. Aku yakin Allah hantarkan semua dugaan ini untuk menguji keimanan aku. Allah pilih aku sebab aku mampu.  Tapi, jika benar ajalku sudah dekat aku mahu meminta maaf pada semua orang yang membaca ini. Aku takut sangat kalau orang berdendam dengan aku Apatah lagi membenciku sehingga mahu menganiayaku begini. Tipulah kalau aku kuat sehingga tidak mengambil peduli tentang semua ini. Dia duduk satu block rumah dengan aku, sememangny...

Kebenaran itu pahit......

  Terkadang manusia leka tentang apa yang dilakukan dan mereka terus melakukan itu tanpa rasa bersalah namun aku sekarang tidak tahu harus menyalahkan diriku atau meminta maaf atas perbuatanku. Aku sememangnya kalah dengan emosiku sendiri kerana aku berasa serba salah tapi niatku cuma mahu membantu. Niatku baik dan tidak mahu sahabatku itu terjebak dengan dua orang lelaki yang sering menyakitinya. Sumpah aku langsung tidak berniat untuk memalukan dirinya apatah lagi menceritakan itu. Beribu kali aku menyalahkan diriku kerana terpaksa menceritakan itu tapi apabila aku berfikir ke aras positif dan itu memang lebih kepada kebaikan dirinya aku redha dia menuding jari menyalahkan aku. Aku menangis kerana aku aku tidak tahan lagi atas kata kata caci maki terhadapku. Ya, aku nampak di matanya dia tidak akan berpaling kepada kami tapi jujur aku katakan aku sayangkan dia sebagai kakak aku. Biarpun dia hanya menyalahkan diriku tapi aku yakin allah akan tunjukkan jalan yang benar kepadanya. Y...

Kenapa aku ? Kenapa aku yang kena nangis !

  Hari sudah pun larut malam tapi badanku terasa bertenaga kerana aku sudah pun tidur pada petang tadi. Aku terlelap pun kerana otakku penat yang teramat memikirkan perkara yang bodoh.  Kenapa kalini aku begitu lemah sedangkan mereka kelihatan sangat tenang? Aku mahu kekuatan aku semula. Luka di dalam hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku yakin aku menangis kerana luka yang aku rasakan saat ini begitu pedih sedangkan mereka? Jujur aku tidak mahu melihat mereka bersama semula kerana aku mahukan yang terbaik untuk dia ! Aku mengalirkan air mata bodoh ni kerana aku cemburu. Ya, aku cemburu sebab aku dah ada perasaan.. Aku nak dia bersama perempuan yang benar benar boleh menjaga dia bukan perempuan yang macam dia yang mahukan perhatian dan merosakkan orang yang aku sayang. Biarpun aku ni kelihatan bodoh sebab bertepuk sebelah tangan tapi nama dia sentiasa ku doakan. Aku nak dia bersama orang yang tepat.  Biarlah aku nampak bodoh.  Aku rasa kalini aku dah banyak kali menan...