Skip to main content

Mengadu kat Blog jelah

Assalamualaikum guys

Ekceli aku tak tau lagi nak mengadu kat siapa. Kat blog jelah eh? Harap siapa yang baca luahan hati aku ni faham perasaan aku macam mana. Semua orang tau nak marah marah aku je. Bila aku cerita perkara sebenar, dia orang mengejek aku. Nak ngadu kat kawan pun, dia orang takkan faham punya. Layan aku nak tak nak je. Sakit hati aku hanya Allah swt je yang tau. Sabar jelah Nad...

Tahun 2014. Tahun yang paling teruk yang pernah aku rasa sebab... Sebab aku banyak kali kena buli kat sekolah. Dia orang suruh aku buat apa? Buatkan kerja dia orang. Depan mak ayah baik macam malaikat. Dengan orang lain, jahat nauzubillah. Seriusly tahun ni, banyak kali aku nangis tak tau sebab apa. Mungkin hati aku ni terlalu sakit. Dia orang tak sedar yang dia orang dah banyak kali sakitkan hati aku.

Aku harap tahun depan tahun yang lebih baik dari tahun ni. Aku tak nak lagi kena buli macam dulu. Kena hina, kena kutuk macam macam sampai aku nak bunuh diri. Tapi Allah swt tu Maha Agung. Allah takkan benarkan aku bunuh diri sebab aku tau bunuh diri tu berdosa besar. Sebab tu sekarang aku nak jadi orang yang sentiasa kuat. In shaa allah aku boleh.

Kadang kadang kan, aku selalu cakap sorang sorang. Biarlah. Kalau aku cakap banyak pun dengan orang tu nanti orang kata aku ni mulut murai. Mulut kepoh. Lagipun kat Pajam ni aku bukan ada kawan pun. Kawan baik? Nope. Budak kecik adelah. Tanya adik2 aku tu haa. Dia orang ramai kawan boleh lah ~

Dah berapa bulan dah aku terperap kat dalam rumah je ataupun dalam bilik. Boring wei. Mulai sekarang, aku nak berubah. Aku tak nak lagi jadi budak baik sangat nanti kena pijak kepala. Senyum salah, sengih salah, ketawa salah. Habis apa yang betul? Nak bergurau pun salah, nak cakap baik2 lagilah salah. Hmm....

Aku taulah aku tak cantik, hodoh, buruk. Tapi aku besyukur atas semua yang Allah swt bagi. Aku terlalu merendah diri? Biarlah! Dari orang asyik mengutuk aku je. Apa yang aku buat semua salah. Kalaulah satu hari nanti Allah swt bagi aku seorang kawan yang baik. Yang betul2 faham aku. Tak kutuk aku belakang2. Tak tikam aku. Kawan makan kawan sendiri? Lagilah aku benci!

Kalau kat dunia ni ada dunia khayalan kan bagus. Boleh aku masuk kat dunia tu. Berkawan dengan haiwan atau bunian lagi bagus. Macam cerita cinderella tu, ada pari-pari penjaga. Kan best. Kalau sedih je, sekelip mata je dia gunakan tongkat sakti dia tu. Tak pun Narnia. Dia sembunyi kat dalam almari dia, terus termasuk kat dalam dunia lain. Wow, aku tak boleh bayangkan kalau aku yang masuk dalam tu sebab aku kan selalu sembunyi dalam almari kalau sedih. Hehe...

Sekarang aku dah tak boleh sembunyi kat dalam almari tu sebab aku dah besar. Dah tinggi. Dah tak muat dah nak sembunyi. Almari aku tu dah lah kecik. Takdelah kecik sangat. Sederhana lah ~
Hope adelah dunia khayalan sebab aku ni suka berangan! Haha kbye :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam