Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 23

Bab 23
“Aida, aku dah dapat alamat rumah perempuan tu. Kau nak tau tak babe, siapa yang baik sangat bagi rumah tu kat dia orang?” Ujar Emelyn pada Aida yang sedang memandu Alza itu.

“Baguslah kalau macam tu. Hmm siapa? Azrie?” Soal Aida sambil mengetap bibirnya.

“Nope. Orang yang baik sangat tu ialah Puan Syazira, mama Azrie. Aku dapat rasakan yang Puan Syazira nak satukan anak lelaki dia dengan Fareen atau Balqish.” Bidas Emelyn.

“No never. Aku takkan biarkan dia orang bersatu. Babe, ingat rancangan kita hari tu. Hari ni kau kena bagitahu aku kat mana rumah perempuan tu then kita perangkap dia. Jangan sampai ada orang nampak yang kita culik Fareen.” Ujar Aida lantas menekan minyak.

Setelah sampai di perkarangan apartment mewah milik Puan Syazira, Aida dan Emelyn pantas melangkah ke arah lif untuk naik ke tingkat tiga.

Tok... Tok... Tok...

Aida dengan selambanya mengetuk kuat pintu rumah musuh ketatnya itu. Dia malas hendak menekan loceng. “Orang kampung duduk kat apartment mewah, tak sesuai langsung!” Desis Aida sambil menjulingkan matanya ke atas.

Fareen terkocoh-kocoh mendapatkan orang yang mengetuk pintu rumahnya itu. “Takkan Balqish balik awal kut?” Getusnya.

“Hai Fareen...” Tegur Aida setelah Fareen membuka pintu rumahnya.

“Aida? Apa awak buat kat sini? Masuklah...” Ujar Fareen lembut. Dia hairan kenapa tiba-tiba Aida datang ke sini bersama temannya sedangkan Aida begitu benci hendak melihat mukanya.

“Baiknya Fareen jemput kita masuk sedangkan dia tau kita tak suka dengan dia...” Bisik Emelyn.
“Awak berdua tunggu kejap eh. Saya buatkan air.”

“Oii tak payah! Aku datang sini sebab nak ajak kau ikut kita orang pergi satu tempat. By the way, ada orang lain tak selain kau kat rumah ni?” Getus Aida.

“Ada. Balqish. Dia kawan baik saya... Tapi dia belum balik lagi. Awak nak bawak saya pergi mana?” Tanya Fareen.

“Adalah. Kau ikut je kita orang. Cepatlah... Kau tak payah tukar baju. Pakai baju ni je.”

“Apa aku nak jawab ni? Aku kena tunggu Balqish lepas tu nak balik kampung lagi. Aku risau sangat dengan keadaan ibu. Ya Allah...” Desisnya di dalam hati.

“Kau tunggu apa lagi? Jomlah!” Balas Aida lalu menarik tangan Fareen. Emelyn turut menolak badan Fareen dengan kuat sehingga Fareen hilang kawalan.

“Hei awak berdua! Saya boleh jalan sendirilah. Kalau macam ni lah perangai awak Aida, saya tak nak ikut.”

“Kau dah pandai melawan eh perempuan kampung! Ikut jelah...”

Kenapa aku tak berdaya nak lawan dua orang perempuan ini? Ya Allah, engkau kuatkanlah aku walau di mana pun aku berada. Amin, desis Fareen lalu melangkah keluar dari apartment itu.

“Sakitlah!” Laung Fareen sambil teresak-esak menangis. Sungguh tak menyangka yang Fareen akan dikurung dan dipukul oleh dua orang manusia yang tak berhati perut seperti Aida ni. Mahu saja dia menjerit sekuat hatinya. Ibu, abah... Tolong Fareen, keluh Fareen.

“Kau jeritlah sekuat hati kau perempuan. Takde siapa yang akan tolong kau kat situ. Kecuali superhero! Hahaha...” Getus Emelyn sambil ketawa terbahak-bahak.

“Tulah. Siapa suruh rampas bakal tunang aku. Nak ambik hati mak mertua konon. Puih! Eh Fareen, kau dengar sini, aku takkan biarkan kau duduk kat sini diam-diam je. Aku akan seksa kau sampai kau mampus! Biar aku sorang je yang dapat Azrie.” Ujar Aida lalu menunjal kepala Fareen.

Bulat biji mata Fareen apabila mendengar ugutan dari Aida dan Emelyn itu. Sudahlah tangannya diikat. Dia tak mampu nak lawan dua orang gadis ini melainkan Allah swt memberinya peluang untuk melawan.

“Siapa cakap yang aku rampas bakal tunang kau hah Aida? Aku langsung takde niat nak rampas Azrie ataupun nak ambik hati Puan Syazira. Dia orang yang datang sendiri kat aku dengan izin Allah swt. Aida, Emelyn... Tolonglah lepaskan aku. Aku nak balik kampung jumpa mak ayah aku. Dia orang perlukan aku saat ni.” Rintih Fareen.

“Lepaskan kau? No neverlah sayang... Kalau aku lepaskan kau nanti kat luar sana kau hari-hari pergi menggatal dengan Azrie kan! Kau mengaku sekarang yang kau pun suka kat Azrie... Kalau tak kenapa hari tu Azrie sanggup kejar kau and then aku tengok muka kau hari tu semacam suka aje. Mentang-mentanglah kerja kat butik mewah. Naik lemaklah kau kan perempuan!” Getus Aida lalu menampar kuat pipi Fareen.

“Memang aku suka kat dia tapi aku kesiankan kau. Aku tak nak kau sakit hati sebab aku! Pergilah kat Azrie dan cakap baik-baik dengan dia.”

“Wah, wah... Pandainya kau jadi doktor cinta nak nasihatkan aku eh perempuan kampung. Dahlah aku malas nak layan kucing kurap macam kau ni. Kau duduklah dengan tikus kat dalam bilik ni. Esok aku akan datang lagi bawak ubat yang paling sedap. Bye Fareen Nuralisa...” Ujar Aida lalu mengunci pintu bilik stor rumahnya itu.

“Beres! Lepas ni aku bolehlah dating dengan Azrie hari-hari. Kau pulak akan jadi PA aku yang paling bagus. Boleh babe? Lagi satu, jangan sampai semua orang tau rahsia kita. Kalau kau bukak mulut jugak, tengoklah apa aku buat kat kau nanti. Faham!”

“Yalah Aida... Aku kan dari dulu setia kawan dengan kau. Aku takkan biarkan rahsia kita pecah sampai satu masanya nanti.” Balas Emelyn sambil tersenyum sinis.
“Apa kau cakap tadi?”

“Takde apa-apa.” Emelyn tersenyum jahat. Dia mempunyai strategi sendiri iaitu jika Aida buat hal, dia akan bocorkan segala-galanya pada Azrie atau Ariff.

Farah tersentak kerana gelas yang berisi air kosong itu jatuh tiba-tiba dan pecah berderai. Hatinya semakin tidak keruan. Adakah ini petanda tidak baik atau sebaliknya? Ya Allah, engkau lindungilah anak perempuanku, desis Farah. Dia serta-merta melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia hendak melakukan solat hajat kerana dia sungguh bimbang dengan keadaan anaknya.

“Kenapa ni Farah?” Soal Hairul pada isterinya yang tergopoh-gapah pergi ke bilik air. “Bang, saya rasa tak sedap hatilah bang. Tadi gelas yang saya selalu minum tu tiba-tiba je jatuh. Saya takut jadi apa-apa kat anak kita, Fareen...” Getus Farah.

“Astagfirullah Farah. Tak baik awak fikir bukan-bukan pasal anak kita. Doakan je dia selamat. Kalau terjadi apa-apa pun, kita hanya mampu berserah kepada Allah swt.” Ujar Hairul sambil mengusap bahu isterinya. Farah pantas mengalirkan air matanya apabila setiap kali memikirkan keadaan Fareen di sana.

Comments

Anonymous said…
Best lah jugak . Eii benci betul dgn Aida tu ! Kenapalah dia benci sgt kt Fareen . Hmm . Hehe :)

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam