Skip to main content

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang!


Selamat petang semua... 


Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je.


Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe


Okay back to the topic,


Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini. 


WAJIB BACA!


Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai.


Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak pengalaman dah macam2 huhu. Tapi tu cerita nanti.. Ni nak cerita pasal kerja. So fokus!


Lepas habis intern Ira balik rumah mak again. So dalam sebulan jugak duduk rumah without do anything just small business. So time tu kolej suruh ambik transcript and sijil Diploma Ira. Ira banyak fikir time tu and buat keputusan untuk tanya dekat Kak Azie, (HOD HR) ada tak kerja kosong cashier pun jadi la. Ira tak nak apply hr sebab Ira tahu Ira ni ada diploma je and mydin time tu tak ambik staff. Tengah banyak buang staff rasanya. Then Kak Azie cakap ada kosong but cashier jelah. 


"Nad tak kisah ke cashier?" Tu soalan Kak Azie.


Ira cakap Ira tak kisah. Ira nak kerja jugak asalkan boleh lepaskan bayar transcript and duit konvo. Tu yang kerja cashier. Yelah tak nak susahkan mak ayah Ira hmm. 


So far kerjalah cashier kat mydin subang jaya tu dalam 5 bulan sampai 13 Disember 2021. Best weh even penat :( Best tu dari segi environment. Kawan kawan yang support each other. Sama sama penat kan. Hadap kaunter maut ramai gila customer time gaji fuh! Angkat barang berat. Tu yang kurus keping time tu. Hoho


Okay then, kawan Ira ada cakap HQ tengah banyak kosong pulak. Dia suruh hantar resume. Serious Ira tak hantar resume pun. Tiba tiba...


Tiba-tiba abang razi (geng hr jugak) whatsapa Ira cakap 


"Saya dah hantar personal file nad dekat kak suhana hr hq..."


Lepastu beberapa hari kemudian, Ira kena panggil dengan interview dekat HQ tu. Apalagi kelam kabut siapkan resume baru. Hari khamis rasanya ingat lagi Ira kena tutup kaunter sebab nak pergi interview. Then yah, lepas interview dengan HOD TEAM PLANO apa semua Ira dapat masuk department plano dalam HQ. Mula mula sedih gila sebab dapat tahu akan tinggalkan kawan kawan cashier huhu. Rasa macam tak nak teruskan cerita. Teringat2 weh! :(


Masatu jugaklah Ira baru keluarkan baby LC Ira. Semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. Kejap lagi Ira share gambar dan juga benda benda penting yang korang yang tengah apply kerja kat mydin tu kena take noted.


P/S KALAU KERJA DEKAT BRANCH MYDIN CONTOH CASHIER/PEMBANTU JUALAN/DAN LAIN LAIN


KERJA SETIAP HARI. 

ISNIN-AHAD. CUTI SEHARI SAHAJA.


IF CASHIER REHAT 2 KALI.

PEMBANTU JUALAN /DAN LAIN2 REHAT SEKALI.

PAKAIAN UNIFORM MYDIN. 

SELUAR SLACK HITAM KASUT HITAM 

TUDUNG HITAM

KALAU PANGKAT TINGGI LAIN TAU. KALAU NAK APPLY BOLEH EMAIL TERUS DEKAT EMAIL NI :


recruitment.hq@mydin.com


P/S KALAU KERJA DEKAT HQ. HQ OFFICE DEKAT MYDIN SUBANG JAYA. 

LEVEL 1M & LEVEL 3


HQ ADA BANYAK DEPARTMENT JUGAK.

KERJA 5 HARI.

ISNIN-JUMAAT.

SABTU&AHAD CUTI.

PUBLIC HOLIDAY CUTI.


PAKAIAN FORMAL. 


Jelas tak hehe. Ira sengaja taip guna caps lock bagi korang semua faham. Kalau tak jelas lagi nanti komen je kat post ni okay =) 


Nak tahu pengalaman Ira kerja dekat HQ pulak. Kerja dekat HQ 9 bulan. So total semua sekali setahun sebulan Ira kerja tetap kat mydin subang jaya tu. Kalau termasuk intern, nak dekat 2 tahun weh. Ira tahu dah celah mana warehouse tempat security apa semua. Seronok tau kerja dekat mydin sebab banyak training lagi. Belum cerita pasal training lagi ni. Takpe tunggu entry seterusnya gituuu hehe.


So best memang best kerja kat mydin tu cuma.... Adalah masalah sikit kenapa Ira berhenti kan. Ikutkan nak kerja lama lagi. Kerja dekat HQ is a so challenging for me. Sebab nak biasakan diri dengan orang orang yang berpangkat. Kerja dekat HQ jugak, kena banyak buat hal sendiri and slow slow belajar sistem. Mula mula tu Ira slow tapi alhamdulillah berjaya catch up semua. Yelah kerja lari bidang kan so kena pandai study slowly. Kerja HQ ada outstation tapi Ira tak sempat pergi. Kalau tak Ira kena pegi pembukaan Mydin Tunjung sebab planogram and layout Tunjung Ira yang buat. Hmm terasa sedih jugak sebab berhenti namun apakan daya ada hikmah di sebalik semua. Ira yakin ada rezeki Ira kat tempat lain.

Okay laa setakat ni je. Dah panjang lebar dah Ira bercerita ni. Nak tengok gambar gambar Ira tak sepanjang kerja dekat Mydin. 

Ni : 



Masa kerja cashier


banyak lagi sebenarnya gambar.. ni masa deepavali. pakai baju ikut tema huhu



team planogram HQ


this is me dekat office HQ hehe


kalau kerja dekat mydin wajib pakai id card tau

okay sekian babai! 

Ira doakan segala urusan kita semua dipermudakan aamiin..
terima kasih jugak sudi baca kisah Ira =)






















Comments

Atul said…
Ira, kalau nak kerja sekejap je (3 bulan), mydin ambil tak? Nak kerja 3 bulan tu sebab cuti sem. Pastu dah kena sambung belajar semula. Ke tak ambil?
NADDY said…
@Atul : Hai Atul, kalau macam tu awak boleh apply part time. Sebab tak silap Ira, kalau ambik kerja part time cashier ramai je student and sekarang mydin subang jaya memang tengah nak cari staf part time cashier. Kalau nak jawatan lain awak boleh je walkin interview dekat mana mana branch mydin. If HQ rasanya takde jawatan untuk student melainkan awak apply untuk intern =)
Kalau kerja part time berapa jam ya? And berapa hari? ��
Kalau part time berapa jam ya? Dari pukul berapa sampai pukul berapa? And berapa hari kerja?
Ira, kalau part time, berapa gaji yang saya nak kena tulis?
Kalau part time, berapa expected salary yang saya nak tulis ya? Saya tak ada pengalaman kerja. Tu tak tahu tu :(
Atul said…
Ira saya nak tanya lagi. Harap sudi reply.
1) kalau saya nak kerja part time, berapa expected gaji yang saya boleh letak ya? Saya tak pernah kerja, jadi tak tahu :(
2) part time kena kerja berapa jam sehari?
3) kalau walk in, nak kena bawak apa2 ke? Dokumen apa kena bawa?
4) kalau part time ada shift ke?
5) nanti dia ajar ke camne kerja cashier tu?
NADDY said…
@Atul : Hai Atul, terima kasih komen dekat bawah post Ira lagi. Okay Ira jawab pertanyaan awak satu persatu based apa yang Ira tahu. Sebab Ira pun tak sure sangat. Mungkin sekarang sistem mereka dah lain. (Ira dah tak kerja mydin lagi)

1) Untuk part time, mydin ada rate gaji contoh RM10, 1 jam untuk part time cashier. Ni yang latest kalau tak silap saya.
2) Then kena kerja berapa jam tu saya tak pasti selalunya nanti hr akan bagitahu. Selalunya bila awak free awak datang kerja.
3) Untuk walkin interview bawak dokumen which is resume, sijil yang berkaitan dan awak kena isi borang dekat pejabat hr.
4) Yang ni tak pasti rasanya takde shift. Sebab shift untuk pekerja full time.
5) Ya kerja cashier ada training. Sebab Ira pernah kerja cashier dulu training 3 hari. Tapi kalau still tak pandai dia extend training sampai seminggu.

Harap ni membantu awak Atul. Kalau awak nak tahu lebih lagi boleh tekan link facebook saya ya. TQ =)
Anonymous said…
Kak ira nak tanya maksud huruf disebalik
MYDIN Tu apa ye?
Unknown said…
Sorry tanya lagi HQ 1m tinggkat berapa
Saya lupa...hari tu ada training dan ni second time saya training lupa tinggkat berapa , harap membantu☺
NADDY said…
@Anonymous : Hai awak =) Sebenarnya mydin tu nama owner mydin iaitu Tuan Mydin. Kalau awak nak tahu lebih info boleh google Tuan Mydin nanti keluar hihi. Then ada lagi makna disebalik mydin tu tapi Kak Ira tak ingat pulak huhu maaf! Harap membantu..

@Unknown : Hai awak, cara nak pergi ke HQ 1M senang je awak masuk pintu mydin subang jaya tu lepastu cari kedai Harold Bread then ambik lif sebelah kedai Harold Bread tu then awak tekan button 1M. Dah sampai.. Harap membantu awak good luck on your training ^_^
Nananan said…
Satu hari kerja berapa jam? Wajib ke kerja 12 jam atau ada yang kerja 8 jam?
Nananan said…
Satu hari kerja berapa jam? Wajib ke kerja 12 jam atau ada yang kerja 8 jam?
NADDY said…
@Nananan : Hai awak, maaf lambat reply. Tak pasti sekarang macam mana sebab saya dah tak kerja mydin.
Anonymous said…
Hai akak! saya baru je dapat keje mydin hihi. Pasal kasut hitam tu kan,tak kesah ke kasut apa apa janji kasut hitam? kalau macam kasut hitam sekolah tu takpe ke?
Han said…
Hello, nk tanya kalau dia minta gmbr passport tu kan, background putih ke biru eh?
Anonymous said…
Hai bole share skop kerja utk pengurus jabatan utk cawangan tertentu?
NADDY said…
@Anonymous : Haik dik! Alhamdulillah proud of you, maaf la akak perasan comment awak. Ya kasut hitam boleh pakai kasut sekolah hitam tu.

@Han : Hello, gambar passport saya cadangkan background biru la tapi sekarang gambar putih pun boleh rasanya cuba la dulu mana yang sesuai.

@Anonymous : Hai, maaf saya tak bekerja di mydin lagi jadi untuk lebih details boleh email resume awak di email yang di atas atau walkin interview.
fiqa said…
hi fiqah here... esok ada interview mydin... boleh share tak tips (hope sempat reply)
Anonymous said…
hi awak maaf ganggu, saya nak tnya awak kalau interview dekat mydin selalu in english / bm. saya betul betul nervous 🥲
ayunii said…
interview dekat mydin guna bm ke bi, takut ni
NADDY said…
Hi fiqah, sorry for the late reply. Tak tahulah now awak dah kerja ke dekat mydin or tempat lain, ira just nak share one tips iaitu always confident with yourself. Kalau freshgrad just cerita je your background or so on. If ada pengalaman kerja, cerita je insyaAllah they will dengar and mana tahu your rezeki dapat kerja kan.
NADDY said…
Hi awak, interview dekat mydin so far in bm tapi boleh je prepare nak cakap english hehe. Goodluck!
NADDY said…
Hi ayunii, jangan takut awakk confident je. Interview dekat mydin mostly in bm tapi prepare jelah in english kalau awak nak. Goodluck!

Popular posts from this blog

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...