Skip to main content

NADDY






Assalamualaikum dan hai semua! 

Setelah sekian lamanya tak update bio ni. Siapa NADDY? Macam mana boleh wujudnya nama Naddy Elysa ni? Semua persoalan tu akan terjawab kejap lagi. 

Ok nama sebenar Ira ialah Nur Nadhira binti Ahmad Jais. Nama ic tu eh. Bukan fake. Kalau korang terjumpa nama ni kat blog mana2 haa tu memang Ira sebab blog tu dah tak guna. Blog ni kan? Haa blog tu dah tak guna. Sebab tulah dalam blog ni korang akan jumpa Nad lah. Naddy lah. Ira lah. Semua tu nickname Ira sekarang ni :)

Ira ni asal Johor tapi menetap kat Negeri Sembilan sebab duduk dengan family. 14 tahun tinggal kat Johor dan sekarang kat Negeri Sembilan. Area mana? Mantin. 

Umur Ira sekarang ni 18. Tak cukup umur lagi nak 19. Birthday lambat lagi bulan 7. Apa lagi? Tu jelah kot. Malas nak intro banyak2. 

Ira ni suka simple2 je walaupun ada kawan Ira cakap Ira ni suka dress up. Dress up apanya simple adelahh! Ira dress up pakai apa yang ade jelah kat rumah. Kat dalam robok tu. (Bahasa orang Johor) Robok (Almari) Gi kelas pun simple. Ira belajar kat Linton. Sape tak tahu lagi Linton tu kat mana sila rujuk tepi sidebar Ira. Banyak kali dah entry Ira mention pasal kampus Ira. So far alhamdulillah oklah Ira belajar kat sini.

Ira ni SUKA CAKAP.

Sape yang betul2 kenal Ira tu tahulah Ira macam mana. Bercakap tak henti2 berjam2. HAHAHA. Normal la perempuan gais.

Lupa pulak... Ira CAT LOVER!!!!!!!

Image result for welcome to my blog clip art
NADDY ELYSA

Haa, ni penting. Takut korang confuse sebab tu boldkan bahagian ni. Macam mana terciptanya nama Naddy ni sebab Ira ada stalk sorang blogger ni nama dia Naddy. So macam menarik je ann. Nama Ira pun Nadhira. Orang panggil Nad. So cam sesuai je kalau cipta Naddy. 

Elysa pulak...

Ira memang suka nama Elysa ni. Tak tahu kenapa tapi nama Elysa ni nampak macam lembut. Elysa... So terciptalah Naddy Elysa gais... 

Sekian...


Image result for thank you

Thank you gaiss bukak tab bio ni :))




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...