Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media. Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana. "Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat?" -
Jadi perempuan itu harus kuat. Biarpun banyak air matamu mengalir kerana orang orang yang tidak menghargaimu tapi kamu tetap jugak harus kuat kerana apa, kamu itu berharga. Jangan jadi lemah semata mata ramai orang tidak suka padamu sebaliknya jadikan sifat mereka itu sebagai langkah kamu untuk bangun. Ingat sayang, kekuatan kamu itu mahal. Tidak semua orang memilikinya. Kamu harus tetap kuat ya. Kamu itu cantik. Kamu itu bijak. Kamu itu seorang yang sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kamu berjaya menjadi diri kamu sendiri. Pesanku, kamu juga harus pandai memandu. Kerana apa, kamu itu kuat. Kamu itu sudah berjaya sampai ke tahap ini. Kamu kuat kerana dugaan yang menimpamu. Ingat cantik, dugaan itu menguatkanmu bukan melemahkanmu. Betapa besarpun dugaan itu, Allah itu memilih kamu kerana apa, Kamu itu kuat. Kamu mampu menghadapinya. Sesekali boleh jadi lemah tapi sekali aja. Lemah kerana lelaki bodoh meninggalkanmu? Biarkan mereka yang bodoh itu pergi kerana