Terkadang manusia leka tentang apa yang dilakukan dan mereka terus melakukan itu tanpa rasa bersalah namun aku sekarang tidak tahu harus menyalahkan diriku atau meminta maaf atas perbuatanku.
Aku sememangnya kalah dengan emosiku sendiri kerana aku berasa serba salah tapi niatku cuma mahu membantu. Niatku baik dan tidak mahu sahabatku itu terjebak dengan dua orang lelaki yang sering menyakitinya. Sumpah aku langsung tidak berniat untuk memalukan dirinya apatah lagi menceritakan itu. Beribu kali aku menyalahkan diriku kerana terpaksa menceritakan itu tapi apabila aku berfikir ke aras positif dan itu memang lebih kepada kebaikan dirinya aku redha dia menuding jari menyalahkan aku.
Aku menangis kerana aku aku tidak tahan lagi atas kata kata caci maki terhadapku. Ya, aku nampak di matanya dia tidak akan berpaling kepada kami tapi jujur aku katakan aku sayangkan dia sebagai kakak aku. Biarpun dia hanya menyalahkan diriku tapi aku yakin allah akan tunjukkan jalan yang benar kepadanya. Ya Allah maafkan kekhilafan aku. Aku mohon keampunan kepadamu kerana niatku hanya mahu membantu dia dan bekas suaminya. Aku tidak mahu terus terusan sebegini. Orang akan menganggap aku memecahkan rahsianya sebaliknya aku mahu dia sedar apa yang dia lakukan. Aku tidak mahu menjadi rakan subahatnya dan ini kali kedua aku begini.
Tahun ini begitu keras untukku kerana terpaksa berdepan dengan dua situasi sahabatku. Situasi yang berbeza tapi punca yang sama. Apa yang terjadi ini benar benar memberi pengajaran kepada diriku. Kini aku faham mengapa allah tidak memberi peluang kepadaku untuk berkahwin lagi kerana aku tidak bersedia. Ya, apa yang terjadi di depan mataku semua ini cukup memberi kesan kepadaku.
Untuk sahabatku, kalaulah akak baca ni nad nak akak faham nad langsung tak ada niat nak malukan akak depan orang atau cerita buruk pasal akak. Nad sayangkan akak sebab tu nad nak selamatkan akak dari orang yang salah. Nad dah redha akak maki nad depan semua orang. Memang patut pun akak maki nad. Nad mintak maaf terpaksa buat semua ni sebab nad nak akak berubah. Nad tahu mesti akak marah sangat dekat nad sebab akak percayakan nad tapi nad buat macam ni kan. Nad sayangkan akak. Nad harap satu hari nanti akak faham apa yang buat ni semua bukan untuk burukkan akak tapi untuk kebaikan akak. Nad doakan akak jumpa lelaki yang betul betul boleh jaga akak sebaiknya.
Comments