Skip to main content

Andai ajalku tiba dulu....

 


Disebabkan ugutan itu aku terlalu takut. 
Aku takut sangat hanya Allah saja tahu. 
Aku tidak mahu ajalku jatuh ke tangan orang yang salah. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari orang yang berniat jahat terhadapku. Aamiin ya rabb. 

Aku sungguh tidak menyangka semua ini akan berakhir seperti ini. Aku juga tidak mahu nyawaku melayang disebabkan perangai manusia yang sebegini. Disebabkan seorang lelaki seorang sahabatku tergamak mahu membunuhku. Dia benar benar mengugut untuk membunuhku. Kenapa semua ini jadi dekat aku? Selepas dugaan demi dugaan. Aku yakin Allah hantarkan semua dugaan ini untuk menguji keimanan aku. Allah pilih aku sebab aku mampu. 

Tapi, jika benar ajalku sudah dekat aku mahu meminta maaf pada semua orang yang membaca ini. Aku takut sangat kalau orang berdendam dengan aku Apatah lagi membenciku sehingga mahu menganiayaku begini. Tipulah kalau aku kuat sehingga tidak mengambil peduli tentang semua ini. Dia duduk satu block rumah dengan aku, sememangnya aku takut! Sejak dua tiga harini aku sanggup mengambil langkah untuk naik lif belakang supaya tidak terserempak dengannya. 

Aku tidak menyangka disebabkan orang yang salah telah mengubah fikirannya menjadi orang yang kejam seperti itu. Aku sayang pada sahabatku itu tapi aku tidak mahu dia menjadi orang jahat dan akhirnya aku menjadi mangsanya. Nyawaku bukan dibuat main. Perjalananku masih jauh. Andai ajalku tiba, aku tidak dapat bayangkan raya tahun ini tanpa aku. Sudahlah mahu dekat raya. setiap tahun aku pasti balik ke rumah keluargaku. Kalau tahun ni tak ada aku? Aku tidak mahu melihat tangisan keluargaku. Itulah harta yang aku ada sekarang ni. Aku tidak mahu juga mereka kehilangan aku sekarang. 

Aku mohon kalau umurku masih panjang, aku mahu berbakti lebih lama lagi kepada mereka. Aku dari dulu ingin melihat keluargaku bahagia. Itu niatku. Tidak kisahla apa jua aku lakukan semuanya demi keluargaku. 

Aku harap orang yang berniat jahat terhadapku itu sedar. Di bulan yang mulia ini, aku mahu orang orang  yang membenciku, memaafkan diriku. Hanya engkau saja yang berhak membolak balikkan hati manusia ya allah. Aamiin ya rabb...



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam