*Updated 27 Februari 2022 sebab baru ada masa hehe. Ni masa interview staff and buat induction hukhuk
Selamat petang semua 💕
Sihat ke? By the way sebenarnya Ira tengah kerja lagi ni ada lagi setengah jam nak balik.
Ok, seperti yang dijanjikan Ira akan share pengalaman Ira sepanjang Ira buat internship dekat company mydin ni. Mesti korang tertanya tanya selama ni kan Ira buat intern apa, position apa... Sebab kat entry sebelum ni Ira tengah tunggu surat confirmation dari HQ.
Pernah tau Ira terjumpa sorang pembaca blog Ira kat Mydin dan dia intern kat Mydin jugak! Dah habis dah kot. Sebab masatu Ira kerja cashier. Kerja cashier sebab nak cari duit untuk ambik transcript diploma Ira.
Ira terkejut tau masa dia cakap dia pernah baca blog Ira pasal pengalaman intern kat company 3m tu. Terkejut laa betapa keciknya dunia ni sebab terjumpa pembaca blog hehe 😆 Dia ada cakap dia tunggu jugak bila Ira nak update pasal pengalaman intern kat mydin ni huhu.
So tak naklah intro panjang panjang Ira akan cerita masa mula mula Ira masuk intern sini. Ira kena bawak dengan sorang budak intern jugak. Dia intern kat HR HQ. Dia bawak Ira turun tangga pergi ofis hyper subang.
Dia cakap kena excercise turun tangga err 😀 Ira gelar dia si tinggi je. Si tinggi bawaklah Ira pergi ofis hr hyper subang tu lepastu dia bagi borang dan dokumen Ira kat Kak Azie then dia balik ofis dia.
Masa mula mula tu Kak Azie (Hod Hr masatu) suruh Ira duduk. Kak Azie ambik lepastu dia tengok dokumen Ira. Ira diam je masatu yelah tak tahu nak buat apa. Dia tanya nama Ira, Ira cakap Nadhira. Panggil nad je.
Kak Azie suruh mizan ajar apa yang patut. Yang kelakar mizan masatu mula mula bahasakan diri saya awak dengan Ira. Dah lama lama beraku kau je sebab sebaya je. First dia ajar buat failing.
So far takdelah susah sangat buat failing senang je sebab kat situ ada maklumat staf tu je. Mizan tu pulak dah nak habis intern rupanya. Jadi si Ira ni ganti dia haa gitu. Tapi yang best masuk masuk budak budak intern yang lain dah ajak rehat sekali. Means dia orang tu staf intern hq.
So masa rehat je selalulah rehat dengan dia orang. Banyak gambar kenangan dengan dia orang tau! Nanti Ira share sikit sikit sebab sekarang rasa nak bercerita dulu 🤣
Seminggu kemudian, Ira dah start pegang kunci bilik hr lepastu kut si mizan buat thumb print staf and tengok cara dia buat interview, induction apa semua. Seronok la belajar jadi hr berbeza dengan company sebelum ni. Macam company sebelum ni Ira banyak stres walaupun kerja 6 hari je tapi intern kat mydin ni banyak benda Ira belajar.
Lepas je mizan habis, Ira yang handle tugas recruitment apa semua tu tapi sayang tak continue kerja sebagai hr 🥺 Takpe tu kemudian cerita... Bulan 3 tak silap ada stock take. kat mydin subang jaya. Masatu pun best Ira belajar cara nak buat stock take. Apa Ira buat, Ira kira barag dan label that's it. Kena kerja malam pulak tu setelah lama tak kerja malam so ngantuk 😢
Then tolong tolong agihkan makanan masatu memang ramai staf dari branch lain yang datang.
Ok berbalik pada hr punya kerja, Ira suka tau jadi hr sebab apa, suka tengok orang nervous datang interview. Ada yang dengar luahan dia orang kena buang kerja sebab covid kan masatu. Sebenarnya Ira la intern paling sekejap tapi famous sampai la kerja sekarang 🤪 Sampai digelar orang educated ni mana mana dia boleh pergi.
Ramai yang perasan perjalanan hidup Ira kat mydin ni. Jadi hr kejap lepastu menghilang sebulan sebab cuti kolej tak bagi masuk pastu masuk balik. Then masuk kerja full time cashier pulak sekarang kerja team plano kat HQ pulak.
So far mydin banyak bagi pengalaman and pengajaran kat Ira. Memang enjoy intern kat sini siapa yang cari tempat intern tu datanglah mydin nanti jumpa jodoh hehe gurau je 🤣
Nasib Ira tak tersangkut. Hukhuk
Dekat entry lain nanti Ira share pengalaman kerja as permanent kat mydin pulak. Penat dah taip ni dah la guna fon 😠Lenguh 🥺
Ira akan publish dulu nanti balik kerja Ira cuba upload gambar kalau bolehlah. Doakan Ira beli laptop! Nak tulis novel ðŸ˜
Oklah geng sekian. Goodluck siapa yang tengah intern tu dan yang tengah cari tempat intern tu try la hantar resume korang kat link ni recruitment.hq@mydin.com mana tau rezeki korang. Tapi kalau intern kat HQ lain tau 😅
Orait sekian dari saya seketul Ira ❤️ Babai 🦋
Comments
@Sya hi, ye cawangan lain pun boleh guna email tu untuk apply intern. sebab semua intern memang under HQ pun. HQ yang akan uruskan tempat intern korang 😊
@Unknown hi awak, ye nak intern dekat mydin kena datang interview dulu. lepastu nanti pihak HR akan uruskan tempat intern korang 😄 kalau nak intern mydin cawangan lain pun kena apply email recruitment tu.
@Sya : hi awak, kalau nak apply intern memang kena guna email tu sebab semua intern under HQ. HQ yang akan uruskan tempat intern korang. nanti masa email tu cakap je nak apply intern dekat cawangan lain.
@Unknown : hi awak, ye intern mydin kena datang interview. awak apply dulu hantar email dekat email recruitment nanti cakap nak apply intern dekat cawangan lain. nanti pihak HR HQ akan uruskan intern korang.
@Unknown : hai awak, dokumen yang diperlukan awak bawak je resume awak dengan sijil2 awak ye.
@Anonymous : hi awak, elaun yang dibayar masa saya intern dekat mydin RM500 ya tapi sekarang tak taulah berapa.
kos sya pon sesuai jugak untuk berkaitan QA or relate tentang kualiti sesuatu produk ke serta berkaitan tentang halal..antra skop bidang sy ni ad yg sesuai x LI kt mydin
@Anonymous : Hai awak, cuba follow up email hr tanya pasal result interview tu. Kalau tak dapat pun dia orang akan inform rasanya. Harap membantu!