Jadi perempuan itu harus kuat.
Biarpun banyak air matamu mengalir kerana orang orang yang tidak menghargaimu tapi kamu tetap jugak harus kuat kerana apa, kamu itu berharga.
Jangan jadi lemah semata mata ramai orang tidak suka padamu sebaliknya jadikan sifat mereka itu sebagai langkah kamu untuk bangun.
Ingat sayang, kekuatan kamu itu mahal.
Tidak semua orang memilikinya.
Kamu harus tetap kuat ya.
Kamu itu cantik.
Kamu itu bijak.
Kamu itu seorang yang sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan orang lain.
Kamu berjaya menjadi diri kamu sendiri.
Pesanku, kamu juga harus pandai memandu.
Kerana apa, kamu itu kuat.
Kamu itu sudah berjaya sampai ke tahap ini.
Kamu kuat kerana dugaan yang menimpamu.
Ingat cantik, dugaan itu menguatkanmu bukan melemahkanmu.
Betapa besarpun dugaan itu, Allah itu memilih kamu kerana apa,
Kamu itu kuat.
Kamu mampu menghadapinya.
Sesekali boleh jadi lemah tapi sekali aja.
Lemah kerana lelaki bodoh meninggalkanmu?
Biarkan mereka yang bodoh itu pergi kerana mereka memang bodoh kerana mereka buta yang baik sudah berada di depannya.
Kecewa kerana ditinggalkan juga oleh temanmu?
Biarkan, satu yang pergi ramai lagi mahu berteman denganmu.
Anggap saja mereka bodoh kerana tidak pandai menghargaimu.
Kamu itu sudah cukup baik.
Jangan sedih ya cantik.
Kamu itu memang kuat.
Jangan sesekali lemah lagi ya sayang.
Ingat pesanku, Allah sentiasa ada bersama kita.
Keluargamu juga sentiasa di sisi dan kamu juga harus tahu ramai lagi yang ingin menghargaimu tapi tidak tahu caranya tapi kamu harus bersyukur mempunyai mereka yang menjaga perasaanmu, emosimu yang kadangkala berubah.
Hanya mereka yang mengerti, terima kasih kerana sentiasa di sisi.
Comments