Bab 20
Dah dua
bulan Fareen kerja di butik mewah milik Puan Syazira dan dia telah pun mendapat
gaji keduanya. Alhamdulillah betul kata Balqish, belum kerja setahun dah cukup
lumayan gaji yang Puan Syazira beri kepadanya. Tetapi hari ini dia cuti kerana
Puan Syazira terpaksa menguruskan appoimentnya di pusat modeling.
“Qish, kau tak kerja ke hari ni?” Soal
Fareen sambil menyediakan sarapan roti telur.
“Tak. Hari ni aku period. Malulah nak
buat air kalau period. Hehe...” Jawab Balqish selamba.
“Macam tu pulak? Apelah kau ni... Kau
tak bagitahu bos kau ke yang kau cuti hari ni?”
“Dah bagitahu ler cik kak oi! Kalau tak,
takdelah aku goyang kaki sekarang ni. Kau tu pulak, asal tak kerja?” Tanya
Balqish.
“Puan Syazira ada hal sikit. Tu yang
butik tutup. Bukan aku sorang je yang cuti, semua pekerja kat situ memang
dicutikan. Wei... Memandangkan aku baru dapat gaji ni, jom keluar jalan-jalan
nak? Aku belanja kau... Lagipun aku nak beli baju baru. Dengan mekap sekali!”
“Cehh mentang-mentanglah orang tu baru
dapat gaji en. Yelah aku ikut. Tak payahlah belanja aku. Aku ada duit sendiri.
Simpan duit kau tu. Kau dah lupa ke, kita datang sini nak sambung belajar.
Bukan nak enjoy!”
“Alah sekali-sekali je kut. Lagipun duit
dalam tabung opps bank aku tu banyak lagi... Sambil tu kita singgahlah pantai
kejap. Boleh tenangkan fikiran... Ye tak?”
“Yelah Reen! Ikut suka kaulah. KL mana
ada pantai mak cik! Aku sekeh kepala kau kang... Tulah kau tu kuat berangan
sangat masa kat kampung dulu. Hahaha. Wei, kau tak terfikir ke nak beli
handphone? Boleh contact ibu dengan abah kau. Tak rindu ke kat dia orang?
Takkan nak harapkan handphone aku jek.” Bebel Balqish.
“Haah ek. Betul jugak cakap kau. Kalau
macam tu, jomlah siap cepat! Aku dah tak sabar ni nak beli macam-macam, guna
duit aku sendiri. Thanks Qish sebab nasihat kan aku. Hee!”
Setelah sampai di Times Square, Fareen
dan Balqish lega kerana dapat keluar dari bas tambang yang sesak ni. Dahlah
jalan sesak!
“Aku tengok kau sekarang kan Reen, makin
cantiklah. Kalah artis... Kalau Azrie tengok ni, meleleh air liur dia.” Ujar
Balqish.
“Cantik kau cakap? Alhamdulillah...
Jangan dalam hati kau kutuk aku macam badut sarkas pulak. Dahlah aku tak pandai
mekap. Tu pun Puan Syazira dengan kau yang ajar aku sikit-sikit pasal mekap
ni...” Getus Fareen.
“Fareenku sayang, takkanlah aku nak
kutuk kawan sendiri... Betul apa aku cakap ni. Tengok lelaki-lelaki yang
lalu-lalang kat sini semua pandang kau lain macam. Sama macam kat kampung dulu.
Semua orang suka kau.”
“Dah, jom masuk. Abaikan je dia orang
tu. Tak penting pun...” Jawab Fareen malas. Mana taknya, imej Fareen kali ni
berbeza. Dulu dia suka sangat memakai baju kurung sampai orang ingat dia nak
pergi majlis. Sekarang Fareen sudah pandai bersolek nipis. Dia juga suka
memakai t-shirt dan jeans apabila keluar berjalan.
“Wei cantik tak ni?” Soal Balqish lalu
menunjukkan dua pasang jubah.
“Cantik sangat. Kau nak pakai ke jubah
tu?”
“Memang nak pakai. Tapi yang lagi satu
ni aku ingat nak hadiahkan untuk mak aku kat kampung. Kau tak nak beli apa-apa
ke, Reen?
“Aku pun sama nak belikan untuk mak ayah
aku tapi aku rasa kat tempat ni tak sesuailah. Mahal sangat. Harga nak cecah
3000 ringgit. Terkejut aku tengok harga dia tadi. Kalau setakat ratusan ringgit
tu aku tak kisahlah kan.”
“Tulah. Wei apa kata kita makan dulu?
Tadi masa masuk aku ada nampak kedai makan.”
“No hal. Aku pun dah lapar sangat ni.
Lepas makan, kita pergi cari kedai baju yang murah sikit lepas tu singgah kedai
buku tau.” Ujar Fareen.
“Yes boss! Haha jom.”
“Awak!!!” Laung Fareen lalu menolak
tubuh Azrie yang hampir dilanggar kereta. Mereka sama-sama terjatuh di atas
jalan yang penuh dengan kereta itu.
“Awak okey? Ada apa-apa cedera tak?”
Soal Azrie cemas lalu memeluk erat badan Fareen yang terjatuh di atasnya tadi.
Dia risau jika Fareen cedera parah disebabkan dia tidak tahu melihat kiri kanan
tadi.
“Eh korang berdua okey tak? Aku risau
ni... Awak pun satu Azrie, lain kali tengoklah kiri kanan. Nasib baik ada
Fareen, kalau tak habis awak kena langgar tadi...” Ujar Balqish sambil menarik
perlahan tangan Fareen untuk berdiri.
“Takpe Qish, aku okey. Cuma luka sikit
je.” Getus Fareen.
“Terima kasih Fareen... Kalau takde
awak, agaknya saya dah mati tadi... Awak dah selamatkan nyawa saya.” Ucap Azrie
sambil merenung Fareen.
“Sama-sama. Awak selamat bukan kerana
saya tapi kerana Allah swt. Dah jomlah lintas jalan. Nanti orang marah pulak
kita cakap kat tengah-tengah jalan ni...”
“Sebenarnya tadi saya betul-betul nak
cepat. Tadi Ariff ada call saya, dia kata nak jumpa saya kat Pavilion. Tu yang
saya kelam-kabut. Tadi kata awak ada luka sikit, jom saya bawak awak pergi
klinik kejap.” Kata Azrie prihatin.
“Ehh takpe Azrie! Luka sikit aje.
Okeylah, saya dengan Balqish nak balik dulu tau. Awak pergilah jumpa Ariff.
Kesian dia tunggu lama...” Jawab Fareen.
“Hmm, okey. Hati-hati tau...” Balas
Azrie kesal. Baru saja dia mahu mengajak Fareen pergi ke Pavilion bersamanya.
Sabar Azrie, tak lama je lagi aku akan pikat dia...
Sampai saja di depan pintu Secret
Recipe, Azrie sudah nampak batang hidung Ariff yang mancung dan duduk di
sebelah tingkap.
“Hei bro, asal dengan pipi kau tu?”
Tanya Ariff yang sedang menghirup latte itu.
“Aku accident tadi. Nasib baik ada
Fareen dengan Balqish. Kalau tak aku dah masuk kubur dah tadi...” Jawab Azrie
lalu memesan milo ais untuk menenangkan dirinya.
“Fareen, Balqish? Macam mana dia orang boleh
ada kat sini? Ohh aku tau. Mesti dia orang cari kerja kat sini then nak sambung
belajar kan?” Ujar Ariff.
“Macam tahu-tahu je kau ni. Kau pakai
ilmu apa hah? Entahlah, aku rasa macam tu kot. Ni apehal nak jumpa aku ni?”
Ariff tersenyum sinis lalu mengeluarkan
sekeping kertas kecil dari dompetnya.
“Kau bagi aku kertas ni buat apa?”
“Bacalah...”
“Kalau setakat nak bagi aku kertas kecik
ni baik kau whatsapp jelah. Kau tau tak, aku dari pejabat tadi... Kelam-kabut
aku drive kereta aku sampai sini.” Omel Azrie lalu mencapai kertas kecil yang
diberikan oleh Ariff itu.
Assalamualaikum
Azrie,
Maafkan
I pasal hari tu. I nak mintak maaf jugak pasal Fareen. I tau you memang sukakan
dia kan? I betul-betul menyesal sekarang ni. Please Azrie, terima I balik. I
harap sangat hubungan kita halal. I janji I akan berubah demi you sayang. Dan I
takkan ganggu hidup Fareen lagi.
Bulat mata Azrie apabila baca bait-bait
perkataan yang ditulis oleh Aida khas untuknya. Sakit mental ke apa dia ni?
Pura-pura baik atau memang berubah baik? Tapi kalau dia betul-betul baik,
kenapa dia tak nak jumpa aku sendiri... Perlu ke dia suruh Ariff hantarkan
kertas kecik ni kat aku? Mustahil, dia kan tak suka dengan Ariff.
“Betul ke dia yang tulis ni? Ke kau yang
saja buat cerita?” Getus Azrie.
“Muka aku nak buat cerita? Betullah wei.
Takkanlah aku sanggup nak tikam kawan aku sendiri. Kalau kau ada masalah, aku
pun boleh rasalah wei. Dah terang-terang Aida datang jumpa aku semalam lepas tu
bagi aku kertas ni. Kalau kau tak percaya jugak aku boleh whatsapp dia.”
“Okey aku percaya tapi dia kan tak suka
kau?”
“Entah, nak buat macam mana... Dah
terdesak sangat kut. Dia sendiri yang cakap semalam, please Ariff, mama dia tak
bagi aku jumpa Azrie so dapat jumpa kau pun jadilah!” Ujar Ariff sambil
melakonkan gaya Aida.
“Thanks Riff. Lepas ni kalau kau ada
apa-apa maklumat pasal Aida lagi, kau call atau whatsapp je aku. Kalau nak
jumpa, aku selalu busy.”
“Yelah bro. Sebenarnya aku tak sokong
sangat hubungan kau dengan Aida sebab kita sendiri tahu kan perangai dia macam
mana. Tak mungkin dia berubah mendadak macam tu sekali kan. Tapi kalau kau
dengan Fareen. Tak payah cakap, aku dah memang bagi lampu hijau terus!”
“Haha itu baru betul. Tapi buat masa ni
aku kena settlekan problem ni dengan Aida dulu. Lepas tu baru pikat Fareen. Ye
bro?”
Ariff hanya membalasnya dengan senyuman
saja. Dari dulu Ariff memang tidak suka membantah kata-kata sahabatnya Azrie
ini. Yalah, Azrie lah satu-satunya kawan yang setia dengannya dari dulu lagi.
Comments