Bab
17
Dah dua
minggu Fareen dan juga Balqish bekerja di restoran mewah yang setiap hari penuh
dengan pelanggan tetap. Menurut Encik Fuad, restoran ini berdekatan dengan
hotel yang mereka tinggal dan apabila pagi, mereka terus ke restoran ini. Sebab
itulah setiap hari Fareen menjerit sekuat hatinya memanggil nama Balqish untuk
bangun pergi kerja bersama. Kalau tidak, alamatnya balik kampunglah...
“Awak berdua kerja kat sini ke?” Soal
Puan Syazira pada Fareen yang sedang sibuk mengambil pesanan manakala Balqish
membancuh air di dapur.
“Haah puan... Dia orang berdua ni memang
pekerja yang bagus dan setia dengan saya.” Jawab Encik Fuad dari belakang.
“Lahh Fuad, kenapa awak tak bagitahu
saya yang Fareen dengan Balqish kerja kat sini... Kalau tidak, tentu saya dah
ambik dia orang bekerja di butik saya.” Ujar Puan Syazira.
“Eh puan kenal dia orang ni ke?” Tanya
Encik Fuad sambil menggaru kepalanya.
“Ye saya dah lama kenal dia orang.”
Getus Puan Syazira lalu membuka kaca mata hitamnya dan menyimpannya di dalam
beg tangan Guessnya.
“Reen, Aqish!!! Puan Syazira arahkan
kamu berdua duduk semeja dengannya.” Laung Encik Fuad tegas suaranya sampai
satu dapur mendengarnya.
“Ada apa puan panggil kita orang ni...”
Kata Balqish lalu melabuhkan punggungnya di depan Puan Syazira. Kali ni Balqish
membahasakan diri wanita di depannya ini dengan panggilan ‘Puan’ kerana dia
tahu mungkin wanita ini dari golongan VIP bak kata Fareen.
“Saya nak salah seorang dari kamu berdua
kerja kat butik saya. Kalau dua-dua nak pun boleh...” Getus Puan Syazira
membuatkan Fareen tersedak.
“Kenapa Fareen? Tak sedap ke jus oren
tu?” Kata Puan Syazira sambil mengusap belakang bahu Fareen.
“Takdelah puan, saya cuma tersedak sikit
je tadi.” Jawab Fareen.
“Macam mana dengan tawaran saya tadi,
setuju? Haa kamu berdua selesa tak tinggal kat apartment tu? Kalau tak selesa,
saya boleh belikan kamu rumah yang lain...”
“Takpe puan, saya selesa sangat tinggal
kat situ.” Balas Fareen sambil tersenyum manis.
“Apa kata kau je yang terima tawaran
Puan Syazira tu? Aku tak nak sebab aku tetap nak kerja kat sini sebagai
pembancuh air. Kau jelah yang kerja kat butik eh...” Bisik Balqish di telinga
Fareen.
“Okey kalau itu yang kau nak. Kau memang
tak suka aku kerja kat sini kan.” Ujar Fareen lantas dia terpaksa terima
tawaran Puan Syazira.
“Wei, bukan tu maksud aku. Tapi...”
Belum sempat Balqish meneruskan kata-katanya, Fareen pantas mengatur langkah
keluar dari restoran itu dengan air mata.
“Aku tau Qish, kau memang dah tak suka
aku kat sini.” Desis Fareen di dalam hati sambil mengesat air matanya.
Setelah masuk ke dalam butik milik Puan
Syazira, Fareen terpesona melihat baju-baju yang tergantung kemas di dalam rak.
Kemudian dia terkejut melihat gambar keluarga Puan Syazira yang terletak
betul-betul di atas rak baju itu. “Macam kenal dia tu...” Desis Fareen lalu
mendekati gambar itu.
“Kenapa asyik tengok gambar lelaki tu
je? Suka?” Tanya Puan Syazira sambil tangannya memeluk bahu Fareen.
“Memang sah ni dia...” Detik Fareen.
“Err, takdelah puan. Saya cuma tengok
je. Puan, boleh saya tau, siapa dia ni?” Soal Fareen.
“Nama dia Azrie Haikal, dialah
satu-satunya anak lelaki saya. Jom ikut saya pergi pejabat kat atas. Saya nak
interview awak sikit boleh?”
“Ohhh Azrie. Err boleh puan...”
“Kalau awak tak kisah, saya boleh ubah
penampilan awak. Saya tau awak sebenarnya cantik, Fareen. Rugi kawan awak tu
tolak tawaran saya kalau tak, saya akan ubah dia jugak.” Ujar Puan Syazira.
“Eh takpelah puan! Saya okey macam ni.
Puan, betul ke puan ni pereka fesyen yang terkenal tu?” Tanya Fareen tiba-tiba.
“Saya memang pereka fesyen. Kalau awak
nak, saya boleh design kan baju awak cantik-cantik. Tapi takdelah terkenal
sangat...” Balas Puan Syazira.
“Bagus jugak idea puan tu tapi macam
mana dengan kerja saya?”
“Esok awak boleh mula kerja. Tapi
sebelum tu ikut saya kejap...” Jawab Puan Syazira lalu menarik tangan Fareen
untuk bergerak ke saloon di sebelah butiknya.
“Pergi mana?” Fareen semakin tidak
keruan. Jangan Puan Syazira bawak aku pergi saloon sudah! Aku bukannya suka
sangat berdandan, desis Fareen di dalam hati.
Tekaannya benar, Puan Syazira membawanya
ke sebuah saloon. Tapi untuk apa Puan Syazira buat semua ni untuk aku? Bukannya
aku ni bakal menantu dia pun. Nasib baik Azrie tak tahu lagi yang aku ada kat
sini. Kalau dia ada mesti dia fikir aku saja nak amik hati mak dia... Hmm
“Azrie, I malaslah nak pergi butik mama
you tu. Kita pergilah tempat yang syok sikit macam Times Square ke, Pavilion...
Lagipun dah lama I tak shopping.” Omel Aida.
“Kau nak tetap jadi kekasih aku ke tak?
Kau sendiri yang nak bertunang kan? So, jangan nak banyak alasan. Nak tak nak,
kau kena ikut aku jugak.” Balas Azrie lalu mengalihkan lengannya yang sedari
tadi dipaut oleh Aida.
“Thanks Azrie sebab you dah banyak berubah.
Walaupun you kasar-kasar dengan I, I tetap sayangkan you. I harap you tak jumpa
lagi perempuan kampung tu.”
“Perempuan kampung? Maksud kau apa?”
Soal Azrie mengingatkannya pada Fareen.
“Alah, lupakan jelah... Lagipun kita dah
bahagia sekarang ni. Apa lagi, jomlah masuk butik.. I dah tak sabar dah ni nak
jumpa dengan bakal mak mertua I...” Jawab Aida manja.
Tadi kata malas, sekarang semangat
pulak. Macam-macamlah perempuan ni. Sabar jelah Azrie... Apesal jantung aku
berdegup laju pulak ni?
Terbeliak mata Azrie apabila gadis
pujaannya berada di depan matanya sekarang. Biar betul? Aku mimpi ke... Ya
Allah!
“Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi
puan... Puan Syazira dah banyak sangat tolong saya. Sekali lagi, saya nak
ucapkan banyak-banyak terima kasih pada puan. Hanya Allah swt je yang dapat
balas budi puan.” Ujar Fareen.
“Sama-sama nak... Lagipun saya dah
anggap Fareen macam anak saya sendiri. Eh Azrie, kamu pun ada kat sini?”
Fareen pantas mengalihkan pandangannya
ke arah Azrie dan juga perempuan cantik di sebelahnya.
“Hai perempuan kampung tak sedar diri...
Rambut kau dah lain ek. Oh aku lupa, kau datang sini sebab nak amik hati mak
Azrie kan? Sedarlah diri kau tu sikit woi. Azrie ni bakal tunang aku. Kau tu
just perempuan entah dari mana asalnya. Dahlah kampung. Puihh!” Getus Aida
tidak puas hati.
Makin membara hati Fareen mendengar
kata-kata sinis dari Aida itu. Dia terus meminta diri untuk pulang ke rumah
kerana malu dengan keluarga Azrie.
“Fareen tunggu!” Azrie terus berlari
mengejar Fareen turun ke bawah. Air mata Fareen deras mengalir. Kalaulah dia
ada kuasa, dah lama dia sumpah perempuan tadi tu. Huh?!
Belum sempat Fareen keluar dari butik
mewah itu, lengannya pantas ditarik oleh Azrie. Mata mereka bertatapan
seketika. Rindu Azrie pada gadis ini membuak-buak. Ingin saja dia memeluk
Fareen tapi malangnya bukan muhrim. Betapa istimewanya Fareen di dalam hatinya
kerana gadis ini telah berjaya memikat hatinya.
“Saya rindukan awak... Maafkan saya
pasal Aida...” Getus Azrie.
“Buat apa awak rindukan saya? Azrie, tak
lama lagi awak bakal jadi tunang orang... Saya tak nak Aida menghina saya
terus-terusan.” Balas Fareen sebak.
“Shut... Fareen dengar sini, saya
sukakan awak. Kali ni saya tak kehilangan awak... Saya cin...” Belum sempat
Azrie menghabiskan kata-katanya, Fareen terus menahan teksi dan cepat-cepat
menyuruh pemandu teksi itu bergerak.
“Arghh!!! Kenapa kau buat aku macam ni
Fareen? Kau buat aku tergila-gilakan kau... Saat aku nak luahkan perasaan aku
mesti ada penghalangnya. Siap kau Aida!” Jerit Azrie.
Comments
http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html