Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 22

Bab 22
Farah seperti biasa memasak di warungnya. Cuma kali ini kesihatannya sering terganggu. Mungkin dia rindu sangat pada anak perempuannya iaitu Fareen. Entah kerja apalah Fareen kerja kat sana. Sihatkah dia? Semoga anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik-baik saja.

“Qila!” Laung Farah memanggil Aqilah yang sedang sibuk mengambil pesanan.
“Ya mak cik? Ada apa?” Soal Aqilah.

“Tolong, err...” Jawab Farah lalu pengsan di atas riba Aqilah. Aqilah segera memanggil orang ramai untuk membantu mak cik Farah.

“Kan saya dah cakap, kalau tak sihat tu jangan bukak warung. Awak rindu kat Fareen ni... Dah tiga bulan dia tak balik. Mungkin anak kita tu sibuk sangat agaknya.” Ujar Hairul pada isterinya yang sedari tadi batuk.

“Bang, tolong saya telefon Fareen. Saya dengar Fareen ada beli telefon hari tu. Saya rindu sangat nak dengar suara manja dia. Tolonglah bang...” Rintih Farah.

“Baiklah. Abang cuba telefon nombor Balqish sebab abang tak ambik lagi nombor Fareen.”
Hairul terus mendail nombor telefon Balqish.

“Assalamualaikum Qish, boleh pak cik dapatkan nombor Fareen?” Soal Hairul.

“Waalaimussalam, boleh. Maafkan saya pak cik sebab baru bagi pak cik nombor Fareen. Si Fareen tu sejak kerja kat butik, dia sibuk sangat. Maklumlah butik mewah...” Balas Balqish dalam talian.

“Takpe nak. Janji pak cik dapat tunaikan hajat mak cik kamu ni nak bercakap dengan anak perempuan dia.”

“Orite pak cik.” Ujar Balqish lantas menyebut satu persatu nombor telefon Fareen.
“Hah! Cakap dengan siapa tu? Boyfriend ehh...” Usik Fareen menyergah Balqish dari belakang. Terkejut beruk Balqish dibuatnya lalu mengurut dadanya berulang kali. Ingatkan pontianak mana tadi. Rambut lurus panjang mengurai! Gaya macam pontianak aje si Fareen ni.

“Tulah kau, dulu kat kampung kau yang selalu sergah aku. Haa padan muka kau! Hee...” Jawab Fareen sambil senyum.

“Senyumlah kau! Tadi abah kau telefon aku tanya nombor telefon kau. Kejap lagi kau call lah family kau. Lupa daratan betullah kau ni. Nak jadi anak derhaka ke?” Ujar Balqish sinis.

“Astagfirullah Qish, sampai hati kau tuduh aku macam tu. Siapa yang nak jadi anak derhaka? Sejahat aku sekalipun, aku tetap ingat abah dengan ibu aku. Aku dah rancang nak bawak dia orang pergi bercuti lepas aku habis belajar nanti. Insya-Allah bila duit aku dah cukup nanti, bolehlah aku masuk ke universiti tu.” Terang Fareen lalu mencapai Samsung S3 Mininya untuk mendail nombor telefon abahnya.

“Suka hati kaulah Fareen. Aku lega sebab kau masih ingat mak ayah kau. Kau lepaskanlah rindu kau tu puas-puas, aku nak tidur ni. Selamat malam!” Ucap Balqish sambil menghempaskan tubuhnya di atas katil lalu terlelap.

“Assalamualaikum, abah apa khabar? Sihat? Abah, Reen rindu sangat kat abah dengan ibu. Reen harap abah dengan ibu sihat walafiat kat sana. Reen janji, Reen akan hulurkan gaji Reen ni kat abah melalui akaun bank.” Ujar Fareen lalu air matanya menitis.

“Waalaikumussalam nak, abah tak mengharapkan gaji Reen tapi kami harap sangat Reen dapat balik ke sini walaupun sekejap. Sejak Reen kerja kat sana, ibu selalu tak sihat. Kadang-kadang takde siapa nak bukak warung. Kalau dulu ada Reen, sekarang semuanya berubah. Tolonglah balik nak.” Rintih abah.

“Ibu sakit? Abah, maafkan Reen abah. Abah, Reen nak cakap dengan ibu boleh?”
Hairul terus menghulurkan telefon bimbitnya kepada isterinya yang sedang meneguk air kosong itu. Muka Farah bengkak akibat terlalu banyak menangis.

“Ibu, ibu... Ni Reen anak ibu. Ibu, please jawab. Reen risau sangat kalau jadi apa-apa kat ibu... Reen janji, kalau Reen dapat cuti nanti Reen balik kampung ya?” Ujar Fareen sambil mengesat air matanya yang sudah mencurah-curah di pipinya.

“Ya nak. Ibu rindu sangat nak dengar suara manja kamu. Ibu harap kamu berjaya kat sana. Kerja elok-elok. Jangan tinggal solat. Ibu harap kamu dapat balik ke sini walaupun sekejap.” Ujar ibu sebak.

Fareen pantas menghantar sms kepada Puan Syazira untuk memohon cuti supaya dapat menjenguk ibunya di kampung.

Assalam puan, saya terpaksa amik cuti beberapa hri sbb saya nk balik kmpung. Ada hal sikit.

Fareen memandang sekilas pada wajah sahabatnya yang nyenyak tidur di sebelahnya. Perlu ke dia bagitahu Balqish tentang ni? Aku takut Aqish kena buang kerja disebabkan aku, getus Fareen. Matanya masih terkebil-kebil. Susahnya nak tidur kalau terlalu banyak berfikir.
“Baik aku kemas beg aku untuk balik kampung esok.”

Fareen pantas mencapai beg yang berwarna ungu yang terletak di atas kabinet itu. Alamak tak sampailah pulak. Dia cuba menjongketkan kakinya untuk mencapai beg itu namun beg itu terjatuh di atas muka Balqish. Balqish terus terbangun dari tidurnya lalu memisat matanya.

“Apehal ni wei?” Getus Balqish lalu mencampakkan beg yang berwarna ungu itu kepada Fareen.
Fareen tersengih sambil menekup mulutnya. Kelakar jugak bila Balqish tiba-tiba bangun seolah-olah tak cukup tidur tapi masih dalam sedar.

“Takde apa. Kau sambunglah tidur!” Desis Fareen.

“Woi Reen! Apehal kau keluarkan semua baju kau ni hah? Kau nak pergi mana? Tak bagitahu aku pun kan.” Getus Balqish.

“Err, Qish... Esok teman aku balik kampung? Aku dah mintak cuti kat Puan Syazira. Wei please... Ibu aku sakit.”

“Hmm, yelah. Tapi aku tak confirm lagi bos aku bagi cuti ke tak.”

Ting tong...

Azrie beberapa kali menekan loceng di apartment peribadi milik mamanya. Setahunya apartment ni tiada penghuni tapi kenapa terang-benderang macam ada orang je?

Baru saja dia hendak menekan loceng itu sekali lagi, pintu sudah pun dibuka.

“Awak?! Apa awak buat kat sini? Dah malam tau tak! Kalau ada orang nampak nanti habislah saya...” Getus Fareen.

Azrie tersenyum seakan mengejek gadis cantik yang berada di depan matanya ini. Walaupun dengan baju tidur baginya Fareen tetap cantik memakai baju apa pun.

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Boleh senyum sorang-sorang kat situ. Macam mana awak tahu rumah saya kat sini?”

“Saya ingat takde orang. Baru saya nak tenangkan fikiran saya kat rumah ni. Untuk pengetahuan awak, ni apartment peribadi mama saya.” Ujar Azrie.

“Ohhh baru saya ingat yang awak ni satu-satunya anak lelaki Puan Syazira. Saya tak boleh ajak awak masuk sebab tak eloklah lelaki masuk rumah perempuan kan...” Balas Fareen sambil berpeluk tubuh.
“Takpelah, kalau macam tu saya balik dulu. Jaga diri awak baik-baik tau.”

“Okey.”

Fareen menutup pintu lalu melangkah pantas ke dalam bilik tidurnya. Aduh penatnya... Dengan malas, Fareen terus menghenyakkan badannya di atas katil.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam