Bab 27
“Macam mana?
Ada berita apa-apa tak pasal kawan saya?” Soal Balqish pada Azrie. Dari riak
muka Azrie, Balqish dapat meneka yang Azrie ada menyembunyikan sesuatu.
“Azrie, cakaplah... Jangan diam je!
Fareen tu kawan saya dan bakal kekasih awak jugak.” Bentak Balqish sambil menghentak
meja. Ramai orang di restoran mewah di mana tempat dia bekerja itu
memandangnya.
“Apa tengok-tengok hah? Ada hutang?
Kalau takde, mind your own business! Jangan suka menyibuk hal orang.” Getus
Balqish geram.
“Sabar Qish. Duduk-duduk. Saya memang
ada berita terbaru pasal Fareen. Awak jangan risau, dia selamat tapi
keadaannya...”
“Mana awak tau dia selamat? Awak
bagitahu jelah! Tak payah nak elak-elak dari saya. Cuba cerita tu straight to
the point?!” Ujar Balqish.
“Fareen koma dan sekarang dia dirawat di
Hospital Specialist Senawang. Kalau awak nak pergi melawat dia, awak kena
contact parent dia dulu. Yelah awak jugak yang cakap dulu Fareen tak sempat nak
jenguk mak ayah dia, dia dah hilang macam tu je.” Tukas Azrie.
“Okey saya akan contact mak ayah dia.
Tapi awak kena janji dulu yang awak akan bawak kita orang pergi hospital tu.
Sekarang ni ibu Fareen sakit. Jadi, baik kita pergi terus ke rumah Fareen ambik
pak cik Hairul dan juga mak cik Farah dari rumah. Lepas tu terus pergi
hospital. Kan senang. Tak payah nak fikir lama-lama.” Ujar Balqish.
Dia ingat aku ni machine gun ke apa nak
drive kereta jauh-jauh dalam masa yang sama. Kau cakap senanglah, desis Azrie
dalam hati.
“Ya, saya janji. Tapi kita jemput mak
ayah dia dulu. Suruh dia orang tinggal sementara kat apartment awak then esok
baru saya ambik korang pergi hospital. Faham?”
“No problem. Asalkan dapat jumpa Fareen
walaupun sekejap.”
Comments