Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 28

Bab 28
Fareen membuka matanya perlahan-lahan. Dia terdengar kuat alunan yasin yang dibacakan oleh abahnya dan juga Azrie. Azrie? Apa dia buat kat sini? Dia cuba memandang di sekelilingnya. Ada Balqish, ibu, Puan Syazira, Ariff dan siapa pulak lelaki yang kelihatan berumur sedikit ni...

Air mata Azrie kelihatan menitis di tapak tangannya. Dia menangis sebab aku? Kenapa dia nangis? Orang lain yang bersama aku tak nangis pun, desis Fareen lalu membuka matanya luas. Mujur takde Aida dan sahabatnya yang sama-sama kejam tu. Rasanya dah lama aku tak sedarkan diri.

“Reen? Kau... Dah sedar?” Getus Balqish sambil tersenyum nipis. Semua orang di situ memandang tepat ke arah muka Fareen yang sedang terlantar di atas katil itu.

“Ya, aku dah... Sedar. Qish, kenapa semua orang ada kat sini?”

“Kami semua ada kat sini sebab nak satukan kamu berdua sayang...” Jawab ibu pendek. Apa maksud ibu kali ni? Nak satukan aku dengan siapa pulak?

“Betul tu. Kita orang semua sayangkan kau. Then masing-masing dah setuju nak tunangkan korang lepas Azrie konvokesyen nanti. Lagi berapa hari je.” Tukas Balqish.

“Aku tak setuju. Ibu, Fareen tak nak bertunang dengan dia! Disebabkan lelaki ni lah Reen terseksa. Fareen benci dia, ibu. Abah, tolonglah dengar cakap Reen... Kali ni je. Reen sanggup buat ape je asalkan tak bertunang dengan lelaki ni.” Bentak Fareen lalu menggagahkan dirinya untuk keluar dari bilik pesakit itu.

“Fareen tunggu! Kenapa kamu tolak sayang? Mama memang dah lama restu hubungan kamu berdua. Kamu memang ada persamaan yang sesuai sangat. Apa yang mama tau, Fareen suka makan nasi goreng kan? Azrie pun suka nak...” Pujuk Puan Syazira.

“Saya tak nak, puan. Sejak bila puan jadi mak saya ni? Untuk pengetahuan puan, saya dah tak sempurna macam dulu. Muka saya buruk disimbah asid yang sangat pedih tu dan kepala saya ni masih sakit. Ya Allah, aduh sakitnya...” Jerit Fareen sambil memegang kepalanya yang berbalut itu.

Fareen pantas berlari keluar dari hospital itu lalu menahan teksi. Dia tak kira, walau apa pun dia tetap tak nak bertunang dengan lelaki yang amat dibencinya itu. Mana taknya, disebabkan Azrie hidupnya jadi sengsara. Kalaulah dari dulu dia tidak mengenali siapa itu Azrie Haikal, tentu dia tidak diseksa seteruk ini. Pipinya hancur dan buruk. Malu dilihat orang.

“Fareen!!!” Laung Azrie. Tercungap-cungap dia mengejap Fareen namun dia terpaksa kehilangan Fareen sekali lagi. Mana kau pergi, jerit Azrie sekuat hatinya.


“Pak cik Azman kan? Pak cik tunggu dulu, saya naik atas kejap ambik duit untuk bayar tambang teksi ni.” Ujar Fareen lembut.

“Okey, pak cik tunggu. Kalau Fareen nak pergi mana-mana cakap je dengan pak cik. Pak cik boleh hantarkan.” Jawab pak cik.

“Hmm bagus jugak. Fareen naik atas sebab nak kemas semua barang lepas tu turun balik nak suruh pak cik hantar saya. Boleh pak cik hantar saya sampai Port Dickson tak? Sebenarnya rumah saya kat situ.”

“Ehh boleh...”

Engkau
Tak bisa aku sedang sedih
Air mata membanjiri hati
Tersakiti lagi

Biarkan hati ini untuk mencintaimu selamanya
Kernaku tahu kau tak akan sakiti aku
Hanya dirimu harapanku untukku hidup
Dan kembali
Menuai cinta yang hilang
Di jalan hidupku

Fareen leka mendengar alunan lagu di dalam radio ini. Lagu yang bertajuk Engkau yang dinyanyikan oleh Siddiq Safian ini seakan tahu apa yang bermain di dalam fikiran dan juga hatinya. Lirik lagunya serba sedikit berkenaan dengan hidupnya.

“Kenapa Reen? Ada yang tak kena ke? Ceritalah kat pak cik. Lagipun rumah kamu dah nak sampai ni.” Getus pak cik Azman yang perasan air mata Fareen menitis tidak berheti-henti.


“Takde apalah pak cik. Fareen okey je. Fareen cuma rindu nak balik kampung. Tapi nanti pak cik jangan berhenti depan rumah saya tau. Pak cik berhenti dekat-dekat dengan pantai je. Sebab rumah Fareen jauh lagi. Nanti bila sampai pantai, Fareen tahulah rumah Fareen dekat-dekat situ.” Ujar Fareen pantas menyeka air matanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam