Bab 21
Fareen leka
membelek telefon bimbit yang berjenama Samsung S3 Mini itu. Akhirnya dia
memiliki telefon bimbit juga. Lepas ni tak adalah dia nak pinjam telefon
Balqish hari-hari atau setiap kali dia rindu akan keluarganya di kampung.
“Balqish!” Laung Fareen.
“Ya, kau nak apa?” Jawab Balqish yang
sedang khusyuk membaca novel lalu melangkah ke dalam bilik Fareen.
“Qish, boleh tolong aku tak?”
“Alah, macam tak biasa pulak kau ni. Apa
dia?”
“Ni, aku tak pandai sangat nak guna
telefon jenis yang macam touch ni. Kau buatlah apa yang patut eh? Aku nak masak
kejap.”
“Wei! Kau nak masak apa?”
“Aku masak apa yang ada jek. Kalau takde
rencah, alamatya maggi jelah! Hehe...”
“Reen, aku nak ikut kaulah pergi dapur.
Seram sejuk aku kat dalam bilik ni. Dahlah hari ni malam Jumaat. Eii...” Getus
Balqish lalu mengatur langkah ke dapur bersama Fareen.
Malam ni Azrie tidak dapat melelapkan
matanya kerana asyik memikirkan kejadian pagi tadi. Apabila sebut nama Fareen
pasti hatinya akan berbunga.
“Aku memang dah jatuh cinta. Fareen,
kalau kau nak tahu, sejak kejadian tu aku dah mula tak nak tinggalkan kau.
Kalau boleh aku nak kau sentiasa berada di samping aku.” Desis Azrie sambil
tersenyum lalu jatuh ke bawah katil.
“Aduh!!!” Jerit Azrie sambil mengusap
kakinya yang tersepit di bawah katil.
“Azrie... Anak mama okey kan? Bukak
pintu ni kejap...” Ujar Puan Syazira risau apabila dengar seperti ada orang
jatuh gedebuk seperti buah nangka.
Azrie cuba sedaya upaya untuk berdiri
namun gagal. Kakinya sungguh lemah pada masa itu. “Mama bukak pakai kunci spare
jelah. Azrie tak boleh bangunlah. Sakit kaki...” Balas Azrie.
“Ya Allah Azrie... Macam mana boleh jadi
macam ni? Kaki kamu bengkak teruk ni. Nak mama call doktor peribadi kita ke?
Kalau kamu tak nak, mama boleh ambilkan kotak first aid. Kejap eh nak...”
“Takpelah mama. Azrie okey.” Jawab Azrie
sempat memaut lengan mamanya. “Mama, kalau boleh Azrie nak cepat-cepat
bertunang dengan dia...”
“Siapa dia tu? Mesti calon menantu mama
kan.”
“Azrie tahu, calon menantu mama tu nama
dia Fareen Nuralisa kan? Fareen dah selamatkan nyawa Azrie mama! Kalau tekaan
Azrie salah, Azrie tak mungkin akan kahwin dengan calon entah apa-apa mama tu.
Please ma, Azrie cintakan Fareen sorang. Only her, mama... Azrie dah mula
sayangkan dia macam Azrie sayangkan mama.” Ujar Azrie lalu menitis air matanya.
“Untuk pengetahuan mama, Azrie dah letak
kan dia status yang paling istimewa dalam hati Azrie. Kalau mama tak percaya
jugak, belahlah hati Azrie ni.” Getus Azrie sambil menghentak dadanya.
Puan Syazira tersenyum nipis. Dia hanya
membiarkan saja anaknya mempertahankan cintanya pada menantu pilihannya iaitu
Fareen. Biarlah segala-galanya menjadi rahsia hinggalah ke majlis pertunangan
nanti. Puan Syazira sanggup buat apa saja asalkan anak lelakinya bahagia.
“Suka hati kamulah Azrie, nak cakap apa
pun. Yang penting bakal menantu mama tu akan selalu di samping kamu nak...”
Jawab Puan Syazira lalu melangkah keluar dari bilik Azrie.
“Kurang ajar punya perempuan!!!” Jerit
Aida sendirian di dalam biliknya. Apabila terfikir tentang Azrie dan Fareen,
Aida terus melemparkan gambar Azrie bersamanya di depan cermin. Hancur berkecai
cerminnya itu lalu dia bertindak di luar kawalan.
“Ya Allah Aida! Apa yang kau buat ni?
Bak sini kaca tu. Bahaya tau tak! Kau dah gila ke hah? Nasib baik aku datang.
Kalau tak, berdarah tangan kau nanti.” Gumam Emelyn lalu merebut serpihan kaca
yang dipegang oleh Aida.
“Babe, aku akan balas dendam. Aku takkan
biarkan Fareen dapat Azrie. Aku nak bunuh dia wei! Kau tau Hadi ada kat mana
sekarang ni?” Ujar Aida terkumat-kamit. Seluruh badannya menggigil akibat
terlalu memikirkan kekasihnya, Azrie.
“Sabar Aida... Aku tak suka dengan cara
kau ni. Aku tak nak kau bunuh Fareen disebabkan kebodohan kau sendiri. Kau boleh kenakan dia secara diam-diam ke?
Tapi kalau kau nak upah Hadi lagi, aku tak rasa tak mungkin kut.”
“Kenapa pulak? Hadi buat kerja bagus
apa. Kau jangan nak cabar aku Emelyn!
Aku taulah kau tu syok kat Hadi kan? Sebab tulah kau tak bagi aku upah dia kan.
Kalau macam ni lah perangai kau babe, kita putus kawan!”
“Wei Aida, apa yang kau merepek ni?
Sejak bila pulak aku ni syok kat Hadi? Nak tengok muka Hadi tu pun aku
menyampah. Lagi nak suka. Eii tolonglah. Aku boleh je tolong kau kenakan Fareen
tu tapi dengan syarat.” Getus Emelyn.
“Syaratnya apa? Belanja kau makan?” Teka
Aida.
“Pandai pun kawan aku sorang ni. Aku pun
tengah lapar gila ni. Jom keluar makan? Sambil tu, kita boleh plan kenakan
Fareen.”
“Eh sejak bila kawan baik aku ni pandai?
Haha jom!”
Sedang Fareen leka menyeterika baju-baju
rekaan Puan Syazira, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya.
“Assalamualaikum, sibuk ke?” Tanya Azrie
lalu melabuhkan punggungnya di atas meja yang bersebelahan dengan Fareen.
“Waalaikumussalam. Kalau tak sibuk, dah
lama saya goyang kaki kat rumah. Apa awak buat kat sini? Tak kerja ke? Bukan ke
awak kerja dengan papa awak? Tak marah ke dia kalau awak buang masa dengan saya
macam ni...”
“Amboi, banyaknya soalan dia. Saya kan
anak bos. Lagipun kerja jadi pengurus jualan tu bukan susah sangat. Petik jari
je... Takdelah awak, saya tengah lunch sekarang ni. Tu yang singgah sini
kejap.”
“Kalau macam tu okeylah.” Jawab Fareen
lantas tangannya mencapai botol lalu terpegang tangan Azrie. Dia cuba mahu
melepaskan tangannya namun Azrie cepat saja memaut tangan gadis pujaannya itu.
“Awak janji dengan saya, boleh?”
“Janji apa? Azrie, saya tak selesalah
kalau macam ni. Kita ni bukan muhrim. Kalau mama awak atau orang lain yang
nampak, matilah saya dipecat nanti.” Ujar Fareen lalu melepaskan tangannya
juga.
“Janji yang awak takkan tinggalkan saya
lagi? Saya cintakan awak, Fareen. Please tolong percayakan saya, kali ni jek.
Saya dah tak kisah dah apa orang nak cakap pasal kita. Biar semua orang tahu
yang awak bakal jadi isteri saya satu hari nanti...”
“Azrie Haikal, apa yang awak merepek ni?
Saya tengah kerja ni. Kalau tak saya report kat mama awak eh... Awak dahlah
tipu saya dulu.”
“Tipu apa?” Getus Azrie cuma mengimbas
kenangan dulu. Baru dia teringat yang dia pernah cerita dengan gadis ini bahawa
dia berasal dari Felda dan juga pernah menyembunyikan perkara yang sebenar.
Mungkin sebab itu Fareen sering mengelakkan diri setiap kali terjumpa
dengannya.
“Awak... Maafkan saya. Saya terpaksa
tipu awak sebab saya takut awak tak nak kawan dengan saya. Yelah saya ni kan
asal dari keluarga yang berada. Tu yang saya tipu yang saya dari Felda semua.
Fareen, saya tipu sunat je!” Bidas Azrie.
“Saya tak kisah nak kawan dengan sesiapa
pun. Asalkan orang tu tak menipu. Dahlah awak. Saya banyak kerja nak buat ni.
Bila-bila nanti kalau awak free, kita boleh jumpa kat Secret Recipe...” Desis
Fareen sambil tersenyum nipis.
“Betul ni? Okey Fareen. Saya akan datang
bila-bila masa je kalau saya free. See ya!”
Azrie, maafkan aku kerana terpaksa
mengelakkan diri dari kau sebab aku kesiankan Aida, getus Fareen.
Comments